2017年3月28日星期二

SPM Pendidikan Moral

Set 1

1. Tujuan Kerajaan melancarkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) :
- merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan miskin dengan kaya
- mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah
- meningkatkan dan memperbanyakkan kemudahan asas di luar bandar
- meningkatkan kualiti kehidupan rakyat

2. Slogan “Malaysia Boleh” :
- Semangat yang membolehkan kita berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan tanpa mengenal erti putus asa.
- Memberikan kita semangat untuk mencuba/melakukan terbaik demi mencapai kejayaan untuk diri sendiri dan mengharumkan nama negara.

3. Kejayaan Malaysia :
- Pelayaran solo oleh Dato Azahar Mansor
- Pendakian Gunung Everest
- Pembedahan telinga bionik
- Pembuatan kereta tempatan Proton

4. Tajuk Cukai Pendapatan Perseorangan :

a. Peranan pembayar cukai :
- Nilai bertanggungjawab.
- Pembayar cukai harus memikul tugas sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab dengan melaksanakan kewajipan membayar cukai.
- Nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
- Pembayar cukai harus mematuhi peraturan pembayaran cukai yang ditetapkan di mana kegagalan membayar cukai boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti dipenjara.

b. Tujuan kenakan cukai :
- Membiayai perbelanjaan kerajaan seperti pembayaran gaji pekerja awam
- Pembinaan infrastruktur
- Pelaburan negara

c. Contoh cukai : Cukai pintu, Cukai jualan, Cukai jalan

d. Tindakan mengatasi masalah pembayar cukai yg tegar :
- penggantungan lesen
- senarai hitamkan nama
- denda/saman yang lebih tinggi

5. Tujuan sambutan Citrawarna :
- Tarikan pelancong
- Memperlihatkan kepelbagaian budaya dan adat di Malaysia
- Memupuk perpaduan

6. Keunikan Malaysia :
- Aman dan damai
- Pantai yang bersih dan cantik
- Pelbagai makanan tradisional pelbagai kaum seperti dodol, kuih bulan
- Sambutan pelbagai perayaan seperti Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina
- Kepelbagaian adat dan budaya pelbagai kaum seperti pakaian tradisional

7. Negara yg menjalin kerjasama erat dgn Malaysia :
- Singapura, Thailand, Indonesia, China
Rusia
Malaysia sebagai pusat operasi syarikat automotif
BMW bagi rantau Asia
Jepun
Pertukaran pelajar
Mesir
Pertukaran program televisyen dan berita
Amerika Syarikat
Kerjasama dalam bidang ketenteraan

8. Cara kerajaan berhubung baik dengan negara luar :
- Pertukaran pakar/pelajar
- Meningkatkan kerjasama , dari aspek pertukaran teknologi
- Lawatan antara pemimpin negara

9. Isu Jerebu :

a. Punca :
- Pembakaran secara terbuka
- Asap dari kilang-kilang dan kenderaan
- Cuaca yang terlalu panas
- Pembakaran kawasan pertanian untuk penanaman semula.

b. Agensi :
- Jabatan Alam Sekitar
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Perhutanan
- Jabatan PERHILITAN

c. Tindakan diri/langkah kesihatan :
- Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa berada di dalam bangunan.
- Pergi ke klinik segera jika sakit, mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
- Banyak minum air kosong.
- Memakai topeng muka jika keluar.
- Mengambil cuti jika berada di kawasan jerebu tahap bahaya.

d. Kesan :
- Menganggu aktiviti seharian.
Aktiviti luar seperti bersenam atau beriadah tidak dapat dilakukan kerana tahap kebersihan udara yang tidak baik.
- Mengehadkan jarak penglihatan
Berbahaya terutamanya kepada pemandu di jalan raya yang boleh mengakibatkan kemalangan.

e. Peranan kerajaan :
- Penguatkuasaan undang-undang mengenai alam sekitar seperti hukuman dan denda yang lebih berat kepada individu mahupun syarikat yang terlibat dalam pembakaran tertutup mahupun pembakaran hutan.
- Rundingan serantau dengan negara-negara jiran seperti Indonesia bagi menangani masalah jerebu secara bersama.
- Pengiklanan di media massa mengenai tindakan semasa jerebu supaya orang ramai sedar dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menghadapi jerebu.

10. Tokoh :
a. Dlm bidang fesyen – Zang Toi, Jimmy Choo
b. Dlm bidang ekonomi – Dr Zeti Aziz, Tan Sri Tony Fernandes
c. Dlm bidang hiburan – Sudirman, Dato Siti Nurhaliza

11. Contoh Badan Sukarela : Kelab Rotary, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

12. Jenis jenayah siber : Penggodam atau ‘hackers’ , Penyebaran virus.

13. Contoh bahan bacaan yang berilmiah : Majalah Sukan, Surat khabar

14. Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan/ Tun Abdullah Ahmad Badawi – Bapa Pembangunan Modal Insan

15. Remaja bermatlamat adalah remaja yang mempunyai misi untuk berjaya dalam hidup. Mereka telah merancang dan tahu akan hala tuju mereka demi masa depan yang cemerlang.

16. Isu kemasukan warga asing : 

Faktor Malaysia dibanjiri dengan warga asing :
- Peluang pekerjaan terhad di negara asal
- Faktor bencana alam dan peperangan di negara asal
- Sikap tidak bertanggungjawab majikan tempatan dan agensi-agensi membawa masuk pekerja luar
- Rakyat tempatan terlalu memilih pekerjaan

Kesan kemasukan warga asing :

a. Segi ekonomi :
- pengaliran mata wang negara berkadar banyak pada setiap tahun
- mata wang negara menurun

b. Segi sosial :
- penempatan setinggan kian meningkat
- menjejaskan pemandangan dan berlaku pencemaran
Tindakan kerajaan mengatasi :
- memperketatkan rondaan di sempadan
- penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap

17. Negara yang boleh menyertai pertandingan Sukan Komanwel selain Malaysia :
-Singapura, Indonesia.

18. Punca berlaku kes penculikan :
- Wang tebusan
- Balas dendam



没有评论 :

发表评论