2017年2月19日星期日

好网站介绍:Makopl官方部落格

大家好,这里有好网站介绍哦。

#这是Makopl的官方部落格哦。
#在这个部落格里,收集了Makopl的各类经典作品,还有很多Makopl的评论作品集啦。
#里面收集了不少独门秘籍哦。^^
#到目前为止Makopl的经典作品有这些。

Makopl作品系列

#除此之外,Makopl还评论了各类型的作品哦。
#如果想来点轻松的?里面也有个《轻松小站》哦,让你能放松心情,舒解压力。
#有兴趣的话不妨来看看这个部落格吧。

  • Makopl主张有教无类,以德报德,以德报怨。
  • 以大欢喜帮助众生,独乐乐不如众乐乐。
  • 依旧是当年的Ubah鸟,CforumMakopl
http://makopl9574.blogspot.my/

2017年2月13日星期一

Karangan Bahagian B SPM 2015 : Aktiviti rekreasi seperti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat. Ulas pernyataan tersebut.

Karangan Bahagian B SPM 2015 :
Aktiviti rekreasi seperti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat. Ulas pernyataan tersebut.

                   Dalam melangkah ke era modenisasi, masyarakat sejagat terlalu sibuk berlumba-lumba mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat khususnya amalan rekreasi. Hal ini demikian kerana tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti rekreasi yang menjadi antara amalan dalam mempratikkan gaya hidup sihat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, aktiviti rekreasi dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan pada waktu senggang untuk menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda. Jika diteliti dengan lebih mendalam, aktiviti rekreasi merupakan elemen yang prioriti dalam menjayakan semua aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Menurut pandangan saya, aktiviti rekreasi memang sewajarnya diamalkan oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal usul. Fenomena ini selaras dengan kata-kata William J.Siegel, “Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal kerana merancang.” Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti rekreasi banyak memberikan maslahat dalam kehidupan setiap insan. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita, mengapakah setiap insan di dunia ini perlu mengamalkan aktiviti rekreasi? Oleh hal yang demikian, kepentingan aktiviti rekreasi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dengan lebih terperinci sehingga ke peringkat akar umbi demi kebaikan kita bersama.

                   Kebaikan dominan yang menyumbang kepada aktiviti rekreasi ialah dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam tubuh badan dapat dikurangkan malahan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh juga dapat dipertingkatkan. Tamsilnya, kita boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti bersenam, berkelah, berkayak dan sebagainya. Dengan ini, daya tahan kardiovaskular dapat dipertingkatkan serta jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan imuniti badan kita daripada sebarang jangkitan penyakit seperti deman, selesema dan batuk. Dalam konteks ini, aktiviti rekreasi berupaya kita melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, apabila kita memanfaatkan masa kita dengan aktiviti rekreasi yang kita gemari dapat mengurangkan stres. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita mengamalkan aktiviti rekreasi, kita akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti tersebut dan bukannya memikirkan masalah kehidupan yang kalang kala membebankan minda kita. Dengan ini, masalah yang membelenggu sukma dapat dilupakan seketika. Deduksinya, kita perlu menjadikan aktiviti rekreasi sebagai agenda harian supaya kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati dan membebaskan diri daripada sebarang masalah yang menghimpit kalbu kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

                 Sementelahan, kepentingan aktiviti rekreasi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama insan. Aktiviti rekreasi bukan rekadar dalam lingkungan dunia individu sahaja malah dapat dilakukan secara berkumpulan. Tamsilnya, aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti melancong, mendaki gunung, senamrobik dan sebagainya. Melalui komunikasi dua hala, secara tidak langsung bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malahan juga dapat mewujudkan kemesraan lantas memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain seperti serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dalam konteks ini, nilai saling membantu dan bekerjasama yang termaktub sebagai nilai ke-35 dalam Pendidikan Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan turut dapat dilahirkan apabila masyarakat yang terdiri daripada multietnik terlibat dalam aktiviti rekreasi yang sama, visi kudsi Wawasan 2020 & Gagasan 1Malaysia sudah pasti dapat direalisasikan. Tuntasnya, aktiviti rekreasi mendatangkan manfaat yang amat bermakna dalam mengakrabkan perhubungan antara sesama insan.

                       Sehubungan dengan itu, aktiviti rekreasi juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada ini, kita acap kali melihat pelbagai aktiviti rekreasi yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Antara adalah seperti aktiviti berkayak, mendaki gunung dan meluncur. Program tersebut telah memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing.  Sesungguhnya, muafakat merupakan inti pati kepada perpaduan. Melalui pergaulan dua hala, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Pada waktu yang sama, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui diskusi secara ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Natijahnya, jelaslah bahawa aktiviti rekreasi mampu membendung masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan menjadikan wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.

                    Dalam pada itu, kita sewajarnya mengamalkan aktiviti rekreasi untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermaslahat. Bertitik tolak daripada itu, kita patut menggunakan masa senggang untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti berjoging, bersenam, berkelah dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung menghindarkan diri daripada aktiviti kurang sihat dan bergaul dengan rakan yang terlibat dalam masalah sosial. Amsalnya, aktiviti yang boleh diketengahkan ialah remaja yang sedang mencari identiti diri dan mengalami kecelaruan jiwa akan mudah terjerumus dalam aktiviti merempit, melepak dan pergaulan bebas kerana matlamat mereka seperti layang-layang yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan amalan rekreasi, masa kita tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas yang perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan menjalankan aktiviti rekreasi dapat mengelakkan diri daripada berasa bosan dan letih dalam mengharungi kehidupan seharian di alam fana ini. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, “ Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.” Izharnya, aktiviti rekreasi mampu memenuhi masa senggang kita dengan pelbagai aktiviti yang bermaslahat demi memantapkan semangat dan disiplin diri.

                    Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti rekreasi membawa seribu satu kelebihan kepada segenap strata masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita berperanan untuk berwaspada seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak dengan menguruskan masa untuk aktiviti rekreasi, kerjaya atau pelajaran kita secara bijaksana. Selanjutnya, kita perlu menjadikan amalan rekreasi sebagai budaya hidup moden mutakhir ini dan mengelakkan diri daripada laman sesawang yang berunsur negatif supaya mental dan jiwa kita tidak goyah dek nafsu yang bermaharajalela. Janganlah kita menolak amalan rekreasi kerana amalan ini amat bertentangan dengan apa-apa agama sekalipun. Ironinya, kita seharusnya menjadi golongan yang sentiasa bermunasabah terhadap diri dengan menjadikan kehidupan hari lebih baik daripada semalam. Akhirulkalam, dititipkan serangkap pantun untuk renungan semua.

                                                   Harum sudah cempaka hiasan,
                                                          Berpuput semilir laungan jiwa ;
                                                  Aktiviti rekreasi pencetus wawasan,
                                                           Pastinya lahir nusa wibawa.

2017年2月9日星期四

Analisis Soalan Novel BM Percubaan SPM 2016


Soalan Novel Percubaan SPM  2016 :

1. PPD Mersing Johor

(a) Biasanya pengarang sesebuah novel menggambarkan watak utama sebagai watak yang mempunyai banyak keistimewaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua keistimewaan watak utama dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel.

2. PPD Tangkak Johor

(a) Watak utama dalam salah satu novel yang anda pelajari mempunyai sikap-sikap yang boleh diteladani.
Jelaskan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua contoh.

(b) Setiap peristiwa dalam novel dapat memberi gambaran latar masyarakat yang hendak dikemukakan oleh pengarang.Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa dalam setiap novel tersebut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab.

3. Kedah

(a) Berdasarkau sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilaikemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua novel yarrg anda pelajari, huraikari satu peristiwa yangmengandungi unsur saspens terdapat dalam setiap novel tersebut.

4. Melaka

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Bandingkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan tema kedua-dua novel tersebut.

5. MRSM

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar tempat yangterdapat dalam novel tersebut.

(b) Dalam sesebuah novel, terdapat tindakan watak yang tidak wajar dicontohi.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu peristiwa yangmenggambarkan tindakan watak yang tidak wajar dicontoh.. Nyatakan alasan anda.

6. N9

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan perwatakan watak utama yang terdapat
dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,terdapat beberapa persoalan yang dipaparkan
oleh kedua-dua pengarang. Huraikan persoalan yang menunjukkan persamaan yang terdapat 
dalam setiap novel tersebut.

7. Pahang

a) Terdapat pelbagai peristiwa yang memaparkan konflik dalam sesebuah novel terutama pada bahagian perkembangan binaan plot. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.

8. Perlis

(a) Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

9.  Sabah PDD (Kota Belud)

(a) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya.

 (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, kemukakan satu peristiwa yang dapat menggambarkan nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

10. Selangor (Kuala Langsat) SMK Sijangkang Jaya

a) Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagaiperistiwa. Berdasarkan sebuah novel yang telah
anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan kemukakan alasan anda. [KBAT]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,huraikan dua perwatakan watak utama yang anda fikir
sesuai untuk dicontohi oleh pembaca daripada setiap novel tersebut.

11. SBP

(a) Watak utama merupakan watak yang menggerakkan keseluruhan cerita. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,huraikan perwatakan watak utama yang menonjol.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam
setiap novel tersebut.

12. Perak

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut yang telah anda pelajari.

13. Pulau Pinang

(a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan perwatakan watak sampingan  yang telah ditetapkan bagi novel tersebut.
** Danel/Embong

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesepakatan melakukan sesuatu pekerjaan.

14. Terengganu

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungiawab yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Watak utama dalam sesebuah novel sering menghadapi cabaran dalam hidupnya. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada satu peristiwa bagi setiap novel.

15. Kelantan

(a) Setiap novel mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji,
jelaskan sebab-sebab novel tersebut dianggap istimewa dan boleh menarik minat para pembaca.

(b) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.

16. Kelantan (Yayasan Islam Kelantan)

(a) Pengarang sering menimbulkan konflik kepada watak utama dalam sesebuah novel untuk menghidupkan jalan ceritanya. Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama dan jelaskan
Bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dialami itu.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan satu latar masa yang terdapat dalam setiap novel tersebut. 

Koleksi Soalan Novel BM Baharu SPM 2016/2017

Contoh soalan dan jawapan novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 (SPM 2016/2017)

-tingkatan 4 : Jendela Menghadap Jalan-tingkatan 5 : Songket Berbenang Emas

click : Nota ekspres novel ting.4 dan 5

Set 1


Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, suami Che Jah, Seman yang bersikap kaki judi, pemabuk dan panas baran telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya, Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
          Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa. Contohnya, Lili amat taat dan akur akan suruhan ibu bapanya. Dia tidak membantah secara lisan apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu bagi menghabiskan masa cuti sekolah.


Jelaskan satu peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan berdasarkan dua buah novel yang anda kaji. [8m]

          Novel pertama yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Pada bahagian permulaan novel ini, cerita bermula apabila Lili dihantar pulang bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas ekspres. Ibu berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di kampung. Semasa dalam perjalanan ke Dungun, Lili berkenalan dengan Geetha, seorang gadis berketurunan India yang duduk di sebelahnya ketika di dalam bas ekspres.
          Selain itu, novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Pada bahagian permulaan novel ini, cerita bermula apabila Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah.  Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan STPM tidak lama lagi.  Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.


 Set 2


Jelaskan dua contoh sikap tabah yang terdapat dikaitkan dengan perwatakan watak utama. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Dahlia merupakan seorang yang tabah menjaga keluarga. Contohnya, sebagai anak sulung dalam keluarga, Dahlia menyatakan kesediaannya untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain sepanjang ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.
          Selain itu, Dahlia merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam pembelajarannya. Contohnya, apabila dia terpaksa tidak hadir ke sekolah demi menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain ketika emaknya masih menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru walaupun tahun itu dia berhadapan dengan Peperiksaan STPM.
          Seterusnya, Dahlia merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan berbagai-bagai dugaan seperti peristiwa ibunya, Saleha yang disahkan bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan.  Di samping itu, peristiwa neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap mereka sekeluarga.


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8m]

          Novel yang telah saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas, karya Kahiruddin Ayip.  Terdapat beberapa persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut.
          Persamaan latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
       Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, Lili digambarkan sebagai pelajar tingkatan lima yang cemerlang dan banyak menguasai bahasa asing. Dia boleh bertutur bahasa Mandarin dengan fasih dan juga tahu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, Dahlia, Kavita dan Siti Wangi digambarkan sebagai pelajar tingkatan enam yang tekun dan rajin belajar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM yang bakal diduduki.
          Selain itu, persamaan latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
          Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Contohnya, Lili tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupu hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, Dahlia amat menyayangi ibu dan ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia berusaha melawat ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas. Dahlia juga sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital.

Set 3

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa contoh nilai tanggungjawab dalam novel ini.
          Nilai tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya. Contohnya, Dahlia yang tinggal di asrama sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah ketika mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital kerana ingin menjaga adiknya yang masih kecil iaitu Anggerik yang berusia satu setengah tahun kerana tiada sesiapa menjaga adiknya. Begitulah tanggungjawab seorang kakak sebagai anak sulung.
          Nilai tanggungjawab yang kedua ialah tanggungjawab seorang pelajar terhadap pelajarannya. Contohnya, Dahlia diuji dengan pelbagai dugaan kemiskinan, fitnah masyarakat dan bencana banjir yang melanda kampungnya tetapi Dahlia tetap melaksanakan tanggungjawab mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan dalam dewan penempatan mangsa banjir yang sempit lagi tidak selesa dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlangan dalam peperiksaan STPM.

Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat dalam setiap novel yang telah anda pelajari. [8m]

          Novel yang telah saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas, karya Kahiruddin Ayip.  Terdapat beberapa peristiwa tentang kepincangan masyarakat dalam dua buah novel tersebut.
          Dalam novel Jendela Menghadap Jalan menunjukkan peristiwa masyarakat yang sanggup mencuri demi kelangsungan hidup. Contohnya, Seman telah mencuri kubah masjid yang merupakan tempat ibadat dan menyebabkan penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq. Akhirnya, Che Jah memberitahu bahawa suaminya Seman yang mencuri kubah berkenaan dan natijahnya Seman ditangkap.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula menunjukkan peristiwa masyarakat yang percaya ilmu hitam dan nasib malang dalam keluarganya. Contohnya, Nek Kiah percaya keluarga Embong dan Saleha hidup dalam kemiskinan dan Saleha menjadi gila kerana telah dilanggar hantu syaitan. Nek Kiah telah mengambil kapur dan memangkah pintu rumah Embong supaya dapat menghalang ahli keluarga lain bernasib malang. Saleha sakit kerana perbuatan orang. Bakar telah menemui sebungkus telur busuk dan jarum di hadapan rumah mereka. Selepas kejadian itu, ibunya pun kembali.



Tema+Peristiwa 

          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Novel ini bertemakan kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat. 
(kes rumah tangga che jah)

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. 
(bantu ayahnya jaga adik-adik)

Set 5

Perwatakan watak utama/Persoalan/Pengajaran/Peristiwa yg dapat diteladani/Nilai

           Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Lili merupakan seorang yang bijaksana dalam menangani sesuatu isu. Contohnya, Lili bijak menyelesaikan kes keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap Che Jah dengan menceritakan masalah itu kepada Kak Mimah.
          Selain itu, Lili merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya-upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.
          Seterusnya, Lili juga merupakan seorang yang rajin dalam melakukan kerja-kerja harian di dapur. Contohnya, Lili rajin membantu neneknya, Hajah Aishah dalam mengurus kerja-kerja di dapur sepanjang dia bercuti di Kampung Sentosa.

          Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Dahlia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya, Dahlia sabar menangani sifat buruk sangka neneknya, Nek Kiah terhadap dirinya yang menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik.
         Selain itu, Dahlia merupakan seorang yang tabah menjaga keluarga. Contohnya, sebagai anak sulung dalam keluarga, Dahlia menyatakan kesediaannya untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain sepanjang ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.
         Seterusnya, Dahlia juga merupakan seorang yang rajin dalam melakukan kerja-kerja harian di dapur. Contohnya, Dahlia rajin melakukan kerja-kerja di dapur seperti memasak untuk bapa dan adik-adiknya ketika ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.


Set 6

Konflik

         Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat peristiwa konflik dalam novel ini.
         Pertembungan nilai tradisi dengan moden. Datuk Lili mengalami konflik dalam dirinya setelah disindir oleh nenek Lili. Nenek Lili mengatakan orang kampung sudah beralih kepada perubatan moden dan mereka tidak akan mendapatkan rawatan daripada datuk lagi.
         Che Jah mengalami konflik dengan suaminya yang panas baran. Suaminya sering memukulnya dan anak-anak. Konflik ini menyebabkan Che Jah tidak dapat bersabar dengan sikap suaminya lalu dia meminta cerai.

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dahlia mengalami konflik dalam dirinya apabila ibunya dirawat di Hospital Permai. Dia terpaksa keluar dari asrama dan tinggal di rumah untuk membantu ayahnya menjaga adik-adiknya.
         Dahlia mengalami konflik dengan Nek Kiah kerana Nek Kiah telah menghalau keluarganya. Nek Kiah hendak menjual tanah tapak rumah Dahlia.

Set 7

Watak sampingan

         Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak watak sampingan dalam novel ini. Antara watak sampingan ialah Haji Abdul Rahman, iaitu datuk kepada Lili.
         Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional. Contohnya, datuk Lili berjaya menyembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yan dibuatnya sendiri.
         Datuk Lili juga merupakan seorang yang mempunyai ilmu keagamaan. Contohnya, datuk Lili rajin beribadat dan beliau berjaya mengislamkan ayah Danel, iaitu William.
         Datuk Lili juga merupakan seorang yang pandai mengurut. Contohnya, datuk Lili mengurut Danel.

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak watak sampingan dalam novel ini. Antara watak sampingan ialah Embong, iaitu ayah kepada Dahlia, suami kepada Saleha.
         Embong merupakan seorang yang penyabar. Contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri, iaitu Nek Kiah kerana hidup miskin.
         Embong juga merupakan seorang yang berani. Contohnya, Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
         Embong juga merupakan seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya. Contohnya, Embong meyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan dia akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.




Koleksi Soalan KBAT Novel Jendela Menghadap Jalan (Tingkatan 4) SPM 2016/2017

Teknik Menjawab Soalan KBAT Novel (Tingkatan 4) SPM 2016/2017


- Soalan 7m = 4 Isi 3 Bahasa [jawab 1 novel (ting.4/5) sahaja]
- Soalan 8m = 6 Isi 2 Bahasa [jawab dua buah novel yg telah pelajari ting.4 dan 5]

click : Nota ekspres novel ting.4 dan 5

1. Perwatakan watak utama
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

2. Persoalan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
         Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

3. Latar masyarakat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

4. Latar tempat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung Sentosa. Di sinilah Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku.
          Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah. Di sinilah Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukit. Di sinilah Lili bersama-sama dengan Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.


5. Nilai kemanusiaan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

6. Pengajaran
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.

7. Peristiwa yang memberikan teladan. – (pengajaran)
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah dan menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
          Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

8. Nilai kasih sayang                                        
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas Lili diculik oleh anak Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
          Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesihatan anaknya.


9. Satu watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut sebagai watak hitam
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih Rafiq sebagai watak hitam adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk.
          Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.
          Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah.

10. Tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
          Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional.
          Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.

11. Unsur konflik merupakan elemen penting- Kemukakan bukti yang tepat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung. Contohnya, Rafiq selalu mencuri harta benda orang kampung dan harta benda milik keluarganya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli syabu.
          Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh mencuri kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.
          Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung, Rafiq telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan belajar untuk berubah sedikit demi sedikit.

12. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan peristiwa
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini ialah dialog menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini benar-benar hidup.
          Selain itu, teknik dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Seterusnya, teknik dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan ketika membaca novel ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan watak dengan lebih jelas.

13. Peristiwa suka atau duka
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa duka yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang meninggalkan kesan trauma kepada Lili.
          Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

14. Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran.
          Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya.
         Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula dipupuk oleh Lili.

15. Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain itu, nasib Che Jah dan dua anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan.
          Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
          Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

16. Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya anda      menjadi pengarang
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.
          Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan hubung kait cerita yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi merungkaikan segala persoalan pembaca.


17. Peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa Rafiq yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.

18. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada belenggu keganasan suaminya.

19. Peristiwa yang menunjukan nilai tanggungjawab
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.
          Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.

20. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa Geetha bekerjasama dengan Lili mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.
          Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
          Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

21. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan
          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah peristiwa hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.

          Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah Che Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.