1. Isi-isi
penting isu pelancongan
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian
berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing
serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta
orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang
menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran
asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta
pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan
negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur – selepas China dan
Hong Kong.
* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.
· Pelancongan menjadi suatu bidang
pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini.
· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara
hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri
pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko,
alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem
pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan
negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung
kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan
perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga
sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para
pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai
pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan
juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan
yang terbaik.
· Jika diperhalus, banyak yang perlu
dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi,
kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran
sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak
menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.
· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara
terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap
perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.
· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan
semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan
dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha
menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam
industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.
· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri
pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik
(PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini
telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001
telah dianjurkan di sini.
· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai
program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung
kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor
awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh
sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama
ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi,
penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri
ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur.
· Namun begitu, pada keseluruhannya,
kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran
dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta
bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk
memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.
· Contohnya, bermula daripada
kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada
mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa
menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong,
rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.
· Dengan menjadi pelancong dalam
negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga
melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi
industri itu.
· Apabila tempat-tempat pelancongan di
dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya
yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan
sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru
bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
· Selain dari sudut komersial
pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan
berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup
kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang
sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.
2. Faktor-faktor yang menjadikan sesuatu kawasan berpotensi sebagai kawasan pelancongan
Bentuk muka bumi:
·
Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
·
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang
menghijau
·
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
·
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
·
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
·
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba
+cth lokasi.
·
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
·
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
·
Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.
·
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
·
Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.
·
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
·
Gua yang menarik + cth gua.
·
Kesan sejarah + cth lokasi.
·
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
·
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
·
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
·
Ketersampaian – kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
·
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
·
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
·
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
·
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
·
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
·
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
·
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
·
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
·
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.
3. Kepentingan pelancongan
·
Pendapatan negara + RM?
·
.Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
·
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
·
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan
terbang.
·
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
·
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.
4. Kesan pelancongan terhadap alam sekitar
·
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan
raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan
pelbagai.
·
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.
·
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth
haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.
·
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek,
banjir kilat mudah berlaku.
·
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai
/ pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.
·
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah
mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
·
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan
udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
·
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt
kelawar.
5. Usaha memajukan industri pelancongan
·
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu
karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
·
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
·
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
·
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
·
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan
baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.
没有评论 :
发表评论