2020年1月16日星期四

Nota Ringkas Past Year Bahasa Melayu STPM Penggal 2


Nota Ringkas / Ekspres Bahasa Melayu STPM Penggal 2

Catatan :
Admin merupakan pelajar STPM 2018. Nota ini merupakan hasil usaha sendiri semasa saya mengulang subjek BM Penggal 2. Selepas mengulang admin berjaya meningkat gred dari B- kepada A. Harap nota ini mampu membantu adik2 untuk menghadapi peperiksaan nanti.

-Semoga Maju Jaya- dari Admin 😊


(Sumber# Blogspot: Knowledge Is Infinite)


Ayat
Klausa
Frasa
(sintaksis)
Bentuk Kata
Golongan Kata
Proses Pembentukan Kata
1.Kata tunggal
1.Kata tugas
1.Proses pengimbuhan
2.Kata terbitan
2.Kata kerja
2.Proses pemajmukan
Kata
Morfem
(morfologi)
3.Kata ganda
3.Kata adjektif
3.Proses penggandaan
4.Kata majmuk
4.Kata nama
4.Proses pengakroniman



Jenis Penggandaan
Jenis Kata Majmuk
Jenis Akronim
1. Penggandaan penuh
1. Rangkai kata bebas (gabungan kata dasar)
Cth : tengah hari
1. Gabungan huruf awal beberapan perkataan
Cth : ADUN
2. Penggandaan semu (sekiranya dipisah tanpa maksud)
2. Istilah khusus dlm bidang ilmiah (bidang ilmu/jawatan)
Cth : Menteri Besar
2. Gabungan suku kata dgn suku kata beberapa perkataan
Cth : Tadika
3. Penggandaan separa
(separuh, gandaan kata tunggal @ kata berimbuhan)
3. Mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
Cth : anak emas
3. Gabungan suku kata beberapa perkataan dgn huruf awal
Cth : UNITEN
4. Penggandaan berentak
(pengulangan bebas-vokal/konsonan @ sisipan)
4. Gabungan suku kata dgn perkataan penuh
Cth : Purata- Pukul Rata
5. Gabungan bahagian2 kata scr bebas
Cth : MARA- Majlis Amanah Rakyat



Kata Kerja Aktif
Kata Kerja Pasif
1. Transitif
1. Dgn imbuhan pasif
2. Tak transitif
a. tanpa pelengkap
b. berpelengkap
c. berpenerang

2. Dgn penanda pasif “kena”


Fungsi Imbuhan : Pengekal & Pengubah golongan kata
Frasa endosentrik : FN, FK, FADJ
Frasa eksosentrik : FSN


Proses Penerbitan Awal
1. Proses peluasan
- menggunakan kata hubung
2. Proses penyusunan semula
- ayat pasif
- ayat songsang
- ayat yg mengandungi satu obj + keterangan
3. Proses pengguguran
- frasa dlm subjek/predikat mengalami pengguguran
- ayat yg bermula ‘yang….’
- ayat perintah
- inti frasa nama subjek digugurkan

Hukum D-M : hukum diterangkan (D) & menerangkan (M)
cth : pokok kelapa, pelita minyak, kafe siber, restoran nasi kandar


Kekecualian :
1. Bilangan & Penjodoh Bilangan
Cth : banyak benda, dua orang polis
2. Kehadiran Kata Nafi
Cth : bukan asing, bukan persoalan
3. Penggunaan Gelaran / Nama Panggilan
Cth : Puan Hawa, Profesor Dr. Asmah
4. Kebiasaan Penggunaan
Cth : ibu pejabat, Naib Canselor, Timbalan Menteri, pembantu penyelidik


  
Darjah Perbandingan Kata Adjektif
1. Darjah Biasa
- tiada kata bandingan
- kata nafi ‘tidak’ & ‘tak’
2. Darjah Bandingan
- bandingan yg sama.
Cth : awalan se- , ‘ sama + adj + dgn ‘ , kata bandingan : bagai, umpama, seperti, laksana .
- bandingan yg berbeza.
Cth : kata penguat ‘lebih/kurang + adj + drpd’
3. Darjah Penghabisan
a) maha  [Cth : Allah Maha Besar]
b) terlalu/terlampau [Cth : terlalu rajin, terlampau sayang]
c) ter- + adj [Cth : ternakal, termahal]
d) ter- + amat/sangat + adj [Cth : teramat merdu, tersangat laju]
e) amat/sungguh/sangat + adj + sekali [Cth : amat jujur sekali, sangat lazat sekali, sungguh besar sekali]
f) se- + adj + gandaan [Cth : senakal-nakal, semalas-malas]
g) paling + adj [Cth : paling tinggi, paling besar]
h) adj + sekali [Cth : tebal sekali, tegas sekali]

Kata Kerja
1. Kausatif (menyebabkan, menjadikan)
cth: lupai, besarkan (KESAN)
2. Benefaktif (membawa makna manfaat)
cth: akhiran- ‘kan’ : gorengkan
3. Lokatif (membawa makna tempat)
cth: akhiran- ‘i’ : lekati (lekat di) , hiasi (hias pada) ( Dua Objek)
4. Reflektif (sebaliknya)
5. Ekuatif (persamaan)



Jenis Binaan Frasa Adjektif
1. Adj + Adj
- keserasian makna (kesamaan) cth : gagah perkasa, sunyi sempit
- berlawanan makna (pertentangan) cth : tinggi rendah, pahit manis
- unsur rima (keindahan bunyi) cth : gemuk gedempol, kering kontang
2. Adj + Nama (boleh disisipkan dengan ‘seperti’)
- kiasan  cth : ringan tulang, murah hati  [ringan seperti tulang]
- keserupaan cth :  malu-malu kucing, hijau daun [malu-malu seperti kucing]




Kata Tugas
1. Kata Penyambung Ayat
- kata hubung
a. Kata hubung gabungan
b. Kata hubung pancangan  
     b1) relatif- ‘yang’
     b2) komplemen- ‘bahawa’, ‘untuk’, ‘agar’, ‘supaya’
     b3) keterangan
2. Kata Praklausa [KLAUSA]
- Kata seru  (eh, wah, aduh, aduhai, ah, cih, oh, alamak, syabas) [!]
- Kata tanya  (apa, siapa, mengapa, bila, bgmn, berapa, di mana) [?]
- Kata perintah (permintaan, silaan, larangan, ajakan, pembiaran)
- Kata pembenar (ya, benar, betul)
- Kata pangkal ayat ( hatta, maka, arakian, syahdan, adapun, …)
3. Kata Prafrasa & Pancafrasa [FRASA]

a. Kata bantu
     a1) aspek (masa/waktu)
CTH-> sedang, akan, sudah, masih, tengah mula, belum, telah, pernah, baru
     a2) ragam (perasaan)
CTH–> hendak, dapat, mungkin, mesti, enggan, mahu, ingin, boleh, barangkali, perlu, wajib

b. Kata penguat
     b1) hadapan (berada di hadapan adj)
CTH-> agak, begitu, paling, cukup, terlalu, kian, terlampau, makin, kurang
     b2) belakang (berada di belakang adj)
CTH–> sekali, benar, betul, nian
     b3) bebas (berada di hadapan/ belakang adj)
CTH-> amat, sungguh, sangat

c. Kata penegas
     c1) yg menegaskan subjek & predikat
CTH-> juga, jua, pun, hanya, sahaja, lagi, memang, cuma, pula,…
     c2) yg menegaskan perkataan yg bercantum dgnnya
CTH-> partikel -lah, -kah, -tah (itulah, siapakah, apatah)

d. Kata nafi
     d1) tidak (kata kerja & kata adj)
     d2) bukan (kata nama & kata sendi nama)

e. Kata pemeri
e1) ialah ( ….. + FN)
e2) adalah (….+ FAdj/FSN)
e3) merupakan = ialah (kata kerja)

f. Kata sendi nama ( di, ke, dari, drpd, kpd, pd, utk, bagi, demi,ttg, spt, dgn, sejak)

g. Kata arah (atas, antara, bawah, hulu, bucu, penjuru, barat, sisi, tengah, sudut, luar)

h. Kata bilangan
     h1) tentu (kardinal) – jumlah
CTH -> satu, seratus, lapan belas
     h2) tak tentu – jamak
CTH -> sebilangan, sesetengah, kebanyakan
     h3) himpunan – gandaan ‘ke’ ‘ber’  ‘–an’
CTH ->  kedua-dua, bertiga, ribuan
     h4) pisahan
CTH -> tiap-tiap, masing-masing, setiap
     h5) pecahan – bahagian
CTH -> setengah, separuh, dua pertiga, seratus peratus
     h6) tingkat (ordinal) – peringkat ‘ke-‘
CTH -> kedua, kedua puluh, keseratus

i. Kata adverba (keterangan) -FK, FA, FS
     i1) jati
     i2) asalnya kata adj
     i3) asalnya kata kerja
     i4) bentuk gandaan
4. Kata Pascakata [KATA]
(kedua partikel -nya)
- Kata pembenda (gabungan kata menjadi kata nama) cth : hebatnya, cakapnya
- Kata penekan (memberi penegasan) cth : sebenarnya, sesungguhnya, seharusnya



Ayat
1. Golongan Ayat
- Ayat dasar
- Ayat terbitan
2. Bentuk Ayat
- Ayat tunggal (1 Klausa)
- Ayat majmuk  (2 Klausa)  [gabungan, pancangan, campuran]
3. Jenis Ayat
- Ayat penyata
- Ayat tanya
- Ayat perintah [suruhan, silaan, larangan, permintaan, ajakan]
- Ayat seruan [perasaan- eh, cis, wah, nah, aduh] [!]
4. Susunan Konstituen Ayat
- Susunan biasa
- Susunan songsang
5. Ragam Ayat
- Ayat aktif
- Ayat pasif



Ayat Dasar
Ayat Tunggal
1. Susunan biasa (sub+pre)
1. Susunan biasa dan songsang
2. Hanya ayat penyata
2. Boleh ayat penyata & jenis lain
3. Ayat aktif sahaja
3. Boleh ayat aktif/pasif
4. Klausa lengkap
4. Klausa lengkap/tak lengkap
5. Subjek ayat ialah FN
5. Subjek ayat boleh kata kerja/ kata adj



Ayat Perintah :
1. Ayat suruhan
Partikel -lah
2. Ayat silaan
Sila, jemput, sudi
3. Ayat larangan
Jangan, usah, takusah, awalan ‘di-‘
4. Ayat  permintaan
Tolong, mohon, minta
5. Ayat ajakan
Mari, jum, ayuh



Ayat Majmuk
1. Gabungan
2. Pancangan (relatif, komplemen, keterangan)
3. Campuran



1. Gabungan
(tentangan, turutan, pilihan, pasangan)
Dan, atau, sambil, tetapi, lalu, serta, malah
Maka, kemudian, lagi, tambahan pula, justeru, akhirnya
Sebaliknya, padahal, melainkan, kecuali
Lebih baik…biar jangan, Sama ada……atau
2. Pancangan
Relatif (yang)
Komplemen (untuk, supaya, agar, bahawa)
Keterangan (waktu, musabab, akibat, tentangan, syarat, cara, tujuan, harapan, bandingan)




2020年1月15日星期三

Nota Ringkas Past Year Bahasa Melayu STPM Penggal 1


Nota Ringkas / Ekspres Bahasa Melayu STPM Penggal 1

Catatan :
Admin merupakan pelajar STPM 2018. Nota ini merupakan hasil usaha sendiri semasa saya mengulang subjek BM Penggal 1. Selepas mengulang admin berjaya meningkat gred dari B- kepada A. Harap nota ini mampu membantu adik2 untuk menghadapi peperiksaan nanti.

-Semoga Maju Jaya- dari Admin 😊


(Sumber# Blogspot: Knowledge Is Infinite)


Salasilah BM
1. Filum ( >5000 tahun)
2. Rumpun ( 2500-5000 tahun)
3. Keluarga ( <2500 tahun)

Jenis Rumpun
1. Rumpun Austro-asia
2. Rumpun Austro-nesia [***PENTING!!!]
a. Barat (Keluarga Indonesia@Nusantrara)
b. Timur (Keluarga Mela-, Mikro- , dan Poli- nesia)
3. Rumpun Tibet-China
Bahan Bukti antara BM Kuno dengan BM Klasik
Bahan Bukti BM Kuno
Bahan Bukti BM Klasik
1. Kedukan Bukit
2. Talang Tuwo
3. Kota Kapur
4. Karang Brahi
*Keempat-empat ini – (Huruf Palava)
(600m- Tulisan India Selatan)
*Kota Kapur & Karang Brahi kandungan sama
1. Pagar Ruyung
2. Minye Tujuh
3. Terengganu * TERAWAL! (tulisan Jawi)
4. Batu Nisan Malik al-Salleh
5. Hukum Kanun Melaka
6. Hukum Kanun Pahang
7. Surat Awal
8. Naskah Sastera Klasik
 a)Aquaidal -Nasafi
 b)Sj Melayu /Sulalatus Salatih
 c) Misa Melayu
 d) Hikayat Hang Tuah
5. Gandasuli (Huruf Nagiri)
(800m- Tulisan India Utara)

*Pengaruh Bahasa Sanskrit
*Pengaruh Bahasa Arab
(Sistem Tulisan Rumi)

Sanskrit
-dwi, -eka, -maha, -panca, -pra, -swa, -tata, -tri, tuna
-man, -nita, -wati, -wan
Arab
(keagamaan & kepercayaan)
-konsonan f, gh , kh, q
- ah , -at, -i, -iah, -in, -wi
Parsi
Bi-adap, Bi-lazim, Bi-tara (bi bermaksud ‘tidak’)
Inggeris
-vokal rangkap & konsonan rangkap

Nasalisasi (sengau)
-m, n, ny, ng, KVKV, KVKVK, KVVK, KVKVV
Glotalisasi (glotis)
- ‘ea’ , ‘oe’ @ vokal sama, awalan ke-… @ ‘ke…an’
Labialisasi (bibir)
- bunyi ‘w’ , vokal ‘ua’ , ‘au’  (cth: buat : b-ua-t)
Palatalisasi (lelangit keras)
- bunyi ‘y’ , vokal ‘ai’ , ‘ia’ (cth: kait : k-ai-t)

Suku Kata Terbuka
- diakhirnya oleh bunyi vokal
Suku Kata Tertutup
- diakhirnya oleh bunyi konsonan

Definisi2 Penting :
Fonologi (fungsi bunyi bahasa)
> Fonetik : (Fon) Kajian bunyi bahasa, lambang dan cara bunyi
> Fonemik : (Fonem) Kajian sistem bunyi
Fonem – unit terkecil yang membezakan makna, menentukan sistem ejaan.

Bahasa Melayu Moden (Antara Pramerdeka dengan Pascamerdeka)
Pramerdeka
Pascamerdeka
Tokoh
1. R.O. Winstedt
2. R.I. Wilkinson
3. O.T. Dussek
4. W. Marsden

1. Raja Haji Ali
2. Abdullah Munsyi
3. Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman
4. Za’ba
Tokoh
1. Asmah Haji Omar
2. Nik Safiah Karim
3. Hassan Ahmad (Bekas Ketua DBP)
Pertubuhan
1. Pejabat Karang Mengarang
2. SITC
3. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS50)
4. Pakatan Belajar… (PBMPB)
5. Jawi Peranakan
Pertubuhan
1. DBP
2. UM
3. UKM
4. PENA
5. PBMUM
6. PPMPB
7. BBPK (sila rujuk nota sbb mungkin ada silap sini)

Kata Kunci / Penting biasanya keluar dalam exam ! (Nota berdasarkan pastyear)
1. William Marsden
A Grammar of Malayan Language
2. Mejar Dato’Haji
Jalan Basa Melayu, Penokon & Penambah, Buku Katan PBmPB Johor
3. Raja Ali Haji
Kitab Pengetahuan Bahasa
4. Za’Ba
Rahsia Ejaan Jawi, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu
5. Asmah Haji Omar
Susun Galar BM, Nahu Melayu Mutakhir
6. Nik Safiah
Sosiolinguistik BM


Seterusnya yang paling penting ialah bahagian berikut, kerana dalam 20soalan objektif hampir 10 lebih soalan diambil dari subtopik ini.  (Faham, Ingat, dan Hafal baik-baik konsep serta jadual tersebut)






🌟-GOOD LUCK GUYS- 🌟

Nota BM STPM Penggal 1
Nota BM STPM Penggal 2
Nota BM STPM Penggal 3