Teknik
Menjawab Soalan KBAT Novel (Tingkatan 4) SPM 2016/2017
- Soalan 7m =
4 Isi 3 Bahasa [jawab 1 novel (ting.4/5) sahaja]
- Soalan 8m = 6 Isi 2 Bahasa [jawab dua buah novel yg telah pelajari ting.4 dan 5]
- Soalan 8m = 6 Isi 2 Bahasa [jawab dua buah novel yg telah pelajari ting.4 dan 5]
Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel
ini. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili
seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah
yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, perwatakan
kedua watak utama ialah Lili seorang
yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi
saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, perwatakan
ketiga watak utama ialah Lili seorang
yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama
dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
2. Persoalan
Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi cabaran.
Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.
Selain itu, persoalan
yang kedua ialah persoalan
bertanggungjawab menyelesaikan masalah. Contohnya, Lili menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, persoalan
yang ketiga ialah persoalan keberanian
seorang gadis. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama
dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
3. Latar masyarakat
Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang cekal menghadapi cabaran.
Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.
Selain itu, latar
masyarakat yang kedua ialah masyarakat
yang bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi
saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, latar
masyarakat yang ketiga ialah masyarakat
yang berani. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama
dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
4. Latar tempat
Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung Sentosa. Di sinilah Lili cekal menempuh semua
dugaan dan masalah yang berlaku.
Selain itu, latar
tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah.
Di sinilah Lili menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, latar
tempat yang ketiga ialah di puncak bukit.
Di sinilah Lili bersama-sama dengan
Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.
5. Nilai kemanusiaan
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan
dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan
masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, nilai
kemanusiaan yang kedua ialah nilai
bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes
keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, nilai
kemanusiaan yang ketiga ialah nilai
keberanian. Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan
Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
6. Pengajaran
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak nilai kemanusiaan
dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal
menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, pengajaran
yang kedua ialah kita hendaklah
bertanggungjawab. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes
keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, pengajaran yang ketiga
ialah kita hendaklah berani.
Contohnya, Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada
lewat petang untuk melihat kejadian matahari terbenam.
7. Peristiwa yang memberikan teladan. – (pengajaran)
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memberikan teladan
dalam novel ini ialah kita hendaklah
mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi
ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang
bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu
berat untuk berbuat demikian.
Selain itu,
peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan
pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah dan menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali,
peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal
menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
8. Nilai kasih sayang
Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai kasih
sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih
sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Contohnya, Lili amat
mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya
pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.
Selain itu, nilai kasih
sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap
cucunya. Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini.
Selepas Lili diculik oleh anak Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan
baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Akhir sekali, nilai
kasih sayang yang ketiga ialah kasih
sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya
dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan kesihatan anaknya.
9. Satu
watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut
sebagai watak hitam
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Watak hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih
Rafiq sebagai watak hitam adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta
mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk.
Selain itu, Rafiq
merupakan seorang yang ketagihan dadah
jenis syabu. Contohnya, Rafiq mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya
memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.
Akhir sekali, Rafiq
merupakan seorang yang tidak
mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq sering ponteng sekolah hingga
menyebabkan dibuang sekolah.
10. Tiga sebab novel
tersebut hebat dan menarik
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis dalam mengharungi
kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili
cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, sebab
yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian
ilmu yang dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu
datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam bidang agama dan perubatan
tradisional.
Akhir sekali, sebab
yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan
dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan
Danel bersahabat baik walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.
11. Unsur konflik merupakan
elemen penting- Kemukakan bukti yang tepat
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Dalam novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung.
Contohnya, Rafiq selalu mencuri harta benda orang kampung dan harta benda milik
keluarganya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli syabu.
Selain itu,
penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh mencuri
kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh
Tuan Haji Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.
Akhir sekali,
dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung, Rafiq
telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan
belajar untuk berubah sedikit demi sedikit.
12. Kepentingan teknik
dialog dalam mengembangkan peristiwa
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Kepentingan teknik dialog dalam
mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini ialah dialog
menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini benar-benar
hidup.
Selain itu, teknik
dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian. Seterusnya, teknik
dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan ketika
membaca novel ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan
watak dengan lebih jelas.
13. Peristiwa suka atau duka
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa duka yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq secara tiba-tiba.
Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang
meninggalkan kesan trauma kepada Lili.
Selain itu,
peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa
Che Jah yang menjadi mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya.
Perbuatan tersebut merupakan suatu kes keganasan rumah tangga yang meninggalkan
kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.
14. Tema dan contoh peristiwa yang
menggambarkan tema tersebut
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang terdapat dalam novel ini
ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan cabaran.
Contoh peristiwa
yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di
sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk
bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk
mengikuti perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya.
Selain
itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara
bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari
yang mula dipupuk oleh Lili.
15. Peristiwa
dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan
cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain
itu, nasib Che Jah dan dua anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat
perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke
muka pengadilan.
Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian
cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang yang bersikap kejam dan tidak
berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka pengadilan bagi
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
Akhir sekali, isu
pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana kubah
itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.
16. Anda kurang bersetuju dengan
kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya anda menjadi pengarang
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Saya kurang bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana
pengarang menamatkan watak antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah.
Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada pembaca, watak Seman perlu
dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che Jah dan
anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang
setimpal.
Selain itu,
pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu satu
persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili
sebagai watak utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang
kerasionalan reka bentuk jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih
mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan hubung kait cerita yang dipaparkan
dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi merungkaikan segala
persoalan pembaca.
17. Peristiwa yang menjadi
teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap
masyarakat ialah peristiwa Rafiq yang
menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu
yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada
segala masalah.
Selain itu,
peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang
terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat individu
yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan
mengancam nyawa.
18. Peristiwa yang menerapkan nilai
tolong-menolong
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela
Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang menerapkan nilai
tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang berusaha untuk
mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak Mimah.
Selain itu,
peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah
dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada
belenggu keganasan suaminya.
19. Peristiwa
yang menunjukan nilai tanggungjawab
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab seorang nenek
terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak
membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya
itu.
Selain itu,
peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya
menyelamatkan Lili daripada menjadi orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia
berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang berlaku itu.
20. Peristiwa yang
memaparkan nilai kerjasama
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa
Geetha bekerjasama dengan Lili mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian
matahari terbenam.
Selain itu,
peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan
kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik
bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
Akhir sekali,
peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah
memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia
dipanggil untuk menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh
suaminya itu.
21. Peristiwa yang
memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan
Novel
yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini
ialah peristiwa hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya,
nenek sentiasa mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili
menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.
Selain itu,
peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah
peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara.
Contohnya, Rashid mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili
pergi bertandang ke rumah Che Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah
melarang Lili pergi ke sana.
谢谢你
回复删除不客气,希望对你有帮助。
回复删除有沒有nilai ketaatan的?
回复删除没有哦, 不好意思。
删除(Nilai ) • ketaatan.
删除(Persoalan) •ketaatan anak terhadap ibu bapa.
(Peristiwa) •Lili telah mengikut suruhan ibunya supaya pulang bercuti di kampung datuknya di terengganu.
(Pengajaran) •kita mestilah taan akan perintah ibu bapa.
(Perwatakan utama) •seorang yang taan.
Teguran dia ada tak?
删除下个拜二紧张紧张
回复删除倒数15小时紧张紧张
删除祝你考试过关^^
删除请问一下有没有peristiwa menarik
回复删除Cth:lili doculik,diikat dan dikurung di pondok usang.....
请问一下在这篇novel里面有没有关于kasih sayang terhadap tumbuhan dan haiwan 的nilai
回复删除有 songket berbenang emas 吗
回复删除想请问一下有没有什么peristiwa是关于cabaran yang dihadapi oleh lili 的
回复删除谢谢
請問,有沒有nilai keberanian的?
回复删除tq..it is so useful
回复删除请问有没有 NILAI KEBERANIAN 的?
回复删除请问有没有nilai keprihatinan
回复删除