Tema : Amalan menabung [Soalan Percubaan SPM 2016]
Bentuk Soalan :
Kedah
- 5. Peribahasa-peribahasa
di atas menjelaskan bahawa amalan menabung sangat penting. Bincangkan
faedah-faedah amalan menabung dalam kehidupan.
Kelantan
- 3. Menabung merupakan
amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan
langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.
Melaka
- 2. Menabung amat penting
untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan. Apakah peranan ibu bapa dalam
memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?
Buku kerja (m/s24)
- 2. Amalan menabung dan
berjimat cermat perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan tersebut
diharapkan berterusan sehingga mereka dewasa. Berdasarkan pernyataan di atas,
anda diminta menemu ramah seseorang tokoh berkaitan dengan topik tersebut.
Tutor SPM (Edisi 27)
-Manfaat menabung.
Soalan KLON SPM
-Amalan berjimat-cermat amat
penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini. Berikan pendapat anda tentang
peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
Kepentingan
amalan menabung
“Sedikit-sedikit, lama-lama
jadi bukit.” Apabila mendengar sahaja peribahasa di atas, pasti tergambar dalam
fikiran kita bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan perbuatan menabung. Cuba
kita berfikir sejenak, apakah itu menabung? Menabung merupakan perbuatan yang
mulia dan dapat ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah wang demi menjamin
masa depan seseorang. Namun begitu, dalam era pascaglobalisasi ini kesedaran
untuk menabung semakin menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi
golongan remaja. Para cendekiawan memfasiqkan bahawa wang bukan segala-galanya,
tetapi tidak dinafikan dengan wang kita dapat melakukan segala-galanya.
Peribahasa tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata amat tepat untuk
menyokong pendapat tersebut. Kini, terdapat pelbagai cara yang dapat kita
lakukan untuk menabung. Kita boleh menabung di bank-bank tempatan yang banyak
terdapat di negara kita atau melabur dalam saham-saham yang dijamin oleh
kerajaan. Sememangnya, amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak
setahun jagung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Izharnya, amalan
menabung ini mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada individu yang
melakukannya tetapi juga terhadap masyarakat dan negara.
Pada hemat saya, kepentingan
primanya ialah para pelajar dapat
menyambung pelajaran dengan menggunakan wang tabungan sekiranya diperlukan.
Hal ini demikian kerana kos pengajian di peringkat universiti semakin
meningkat. Bagi golongan miskin pula, wang pendaftaran sesi pengajian sahaja
pun sukar untuk dibayar. Jika kita menabung, kita dapat menampng perbelanjaan
persekolahan lain, seperti membeli buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah
dan yuran kelas bimbingan luar. Dalam hal ini, kita wajarlah membuka akaun di
bank dengan bantuan daripada ibu bapa. Di sampng itu, kita haruslah menabung
dalam jumlah yang konsisten setiap bulan dan wang simpanan ini tidak
dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sikap boros dan berbelanja pada
perkara yang tidak perlu haruslah dielakkan sama sekali. Natijahnya, kita tidak
perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan
kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading
nanti. Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada
biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan
kewangan, mereka pun seolah-olah kaca terhempas ke batu. Melalui amalan
menabung, ibu bapa kita tidak perlu bergolok bergadai untuk membiayai kos
pelajaran anak-anak yang mahal sekali. Orang tua-tua pernah berkata bahawa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna haruslah menjadi pedoman
dalam amalan ini. Ringkasnya, kehidupan masa hadapan lebih terjamin dengan
pembelajaran sepanjang hayat dijadikan landasan untuk berjaya sekiranya ada
tabungan yang mencukupi.
Faedah kedua sekiranya
seseorang itu melakukan tabungan ialah wang tabungan itu dapat digunakan pada waktu kecemasan. Dana kecemasan ini cukup
penting terutamanya buat individu yang sudah berkeluarga. Dana kecemasan
biasanya merupakan satu dana yang disimpan untuk membiayai perbelanjaan di luar
jangkaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa malang tidak berbau, nasib
buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang
ditabung dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah sebagai sumber
kewangan. Misalnya, semasa dalam masalah kesihatan, ditimpa bencana alam dan
tragedi kemalangan jalan raya. Sudah pasti wang tabungan itu amat berguna untuk
tujuan rawatan. Sebagai impaknya, wang tersebut juga boleh membantu keluarga
dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Dalam erti kata yang lain, wang
tersebut dapat memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Hal ini jelas
dinyatakan dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum
kena, berjimat sebelum habis. Hakikatnya, amalan menabung merupakan persediaan
kita untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh akal
sama sekali.
Selain digunakan untuk waktu kecemasan, kebaikan
amalan menabung yang seterusnya ialah dapat
melahirkan insan yang menyemai tabiat berjimat cermat. Tegasnya kepada kita
bahawa orang yang sering mengalami kesempitan wang tidak berhemat dalam
berbelanja. Selain itu, kita juga amat susah untuk menyimpan wang sehinggakan
kita terpaksa mengikat perut pada akhir bulan kerana sikap boros berbelanja.
Dengan itu, sikap boros berbelanja ini sepatutnya diganti dengan didikan dan
amalan menabung. Selaras dengan itu, kita juga wajarlah mengelakkan sikap suka
berhutang dalam kalangan masyarakat. Menurut Dato Michael Chong, kita tidak
perlu “mengemis” dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang
menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Seterusnya,
kita juga digalakkan untuk merekod sesuatu perbelanjaan untuk megenal pasti
wang yang kita belanjakan itu. Sebagai kesannya, kita dapat mengelakkan diburu
pemiutang atau diisytiharkan muflis apabila gagal membayar hutang. Sementara
itu, sikap boros juga tidak akan berlaku dalam perbelanjaan seharian kita. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa sikap berhemah dan bijak mengurus kewangan dalam
diri sendiri akan dapat dipertingkatkan dengan amalan menabung.
Amalan menabung juga penting
untuk kelangsungan hidup pada hari tua
nanti. Hal ini berpunca daripada masalah kesihatan pada hari tua tidak
dapat dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, kita perlu menyimpan wang dari awal
dan tidak boleh menunggu sehingga waktu yang sesuai. Victor Hugo ada berkata
bahawa orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit. Seseorang yang
menabung lebih awal maka wang simpanannya akan menjadi lebih banyak. Kehidupan
kita pada hari tua akan menjadi lebih selesa apabila tiada masalah kewangan
kerana kita mendapat rawatan yang baik dan sempurna. Wang yang ditabung ini
amat penting digunakan untuk kos perubatan dan sara hidup kerana sudah tidak
bekerja. Amalan menabung sebenarnya mampu menjamin kestabilan hidup kita di
dunia. Di samping itu, kemaslahatan diri dan keluarga akan terpelihara melalui
amalan menabung. Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa, sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit yang mengatakan kemaslahatan menabung. Kata aforisme
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian haruslah menjadi panduan dalam
mengamalkan amalan menabung. Tegasnya, masa depan kita untuk hari tua akan
lebih terjamin apabila menabung.
Akhirulkalam, amalan
menabung memberikan pelbagai manfaat kepada umat manusia sekiranya diurus
secara bijak dan berhemat. Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung menjadi rutin hidup seluruh
masyarakat Malaysia. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, yang pipih
tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek dan tidak ada gunung tinggi yang tidak dapat
didaki, tidak ada luruh dalam yang tidak dapat dituruni. Sikap
bersungguh-sungguh yang berpegang kepada peribahasa Melayu, hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya perlu ada dalam diri untuk
merealisasikan amalan menabung sebagai budaya kerana genggam bara api, biar
sampai jadi arang. Kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung-ganang.
Seterusnya, kita wajarlah bijak merancang kewangan hidup kita dengan
mengamalkan budaya menabung wang sejak setahun jagung lagi supaya dapat
merealisasikan impian diri sendiri malahan negara. Kita juga perlu merenungi
faedah-faedah amalan menabung dan menjadikan amalan tersebut sebagai agenda
utama dalam kamus hidup kita.
Saya copy ya. Terima kasih
回复删除Boleh je, and good luck for your exam !
删除Minta izin copy ya.. terima kasih.. penutup yang sangat bagus 👍 penuh dengan peribahasa
回复删除Boleh je, bersyukur sebab dapat membantu anda, and good luck for your exam !
删除Thank you so! From spm 2019 candidate
回复删除Welcome, grateful my post helping u, good luck for your exam!
删除mohon dicopy makaseh ya~ konten nya asek banget, ak suka bener deh!
回复删除Boleh je, terima kasih sebab suka post saya dan harap membantu ya, good luck for your exam !
删除Bende........
回复删除Minta izin untuk salin sbgai panduan exam yaa. Terima kasih !
回复删除Minta izin ya doakan saya cemerlang
回复删除thanks!
回复删除u are very smart..love the way u join the points
回复删除Minta izin utk buat rujukan dan ad yg saya salin ayat awak.. Terima kasih
回复删除Boekkkkkk
回复删除