2017年2月9日星期四

Koleksi Soalan Novel BM Baharu SPM 2016/2017

Contoh soalan dan jawapan novel tingkatan 4 dan tingkatan 5 (SPM 2016/2017)

-tingkatan 4 : Jendela Menghadap Jalan-tingkatan 5 : Songket Berbenang Emas

click : Nota ekspres novel ting.4 dan 5

Set 1


Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan keganasan dalam rumah tangga. Contohnya, suami Che Jah, Seman yang bersikap kaki judi, pemabuk dan panas baran telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya, Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
          Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa. Contohnya, Lili amat taat dan akur akan suruhan ibu bapanya. Dia tidak membantah secara lisan apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu bagi menghabiskan masa cuti sekolah.


Jelaskan satu peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan berdasarkan dua buah novel yang anda kaji. [8m]

          Novel pertama yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Pada bahagian permulaan novel ini, cerita bermula apabila Lili dihantar pulang bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas ekspres. Ibu berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di kampung. Semasa dalam perjalanan ke Dungun, Lili berkenalan dengan Geetha, seorang gadis berketurunan India yang duduk di sebelahnya ketika di dalam bas ekspres.
          Selain itu, novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Pada bahagian permulaan novel ini, cerita bermula apabila Dahlia dan rakan-rakannya, Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah.  Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan STPM tidak lama lagi.  Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.


 Set 2


Jelaskan dua contoh sikap tabah yang terdapat dikaitkan dengan perwatakan watak utama. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Dahlia merupakan seorang yang tabah menjaga keluarga. Contohnya, sebagai anak sulung dalam keluarga, Dahlia menyatakan kesediaannya untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain sepanjang ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.
          Selain itu, Dahlia merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dalam pembelajarannya. Contohnya, apabila dia terpaksa tidak hadir ke sekolah demi menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain ketika emaknya masih menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru walaupun tahun itu dia berhadapan dengan Peperiksaan STPM.
          Seterusnya, Dahlia merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan berbagai-bagai dugaan seperti peristiwa ibunya, Saleha yang disahkan bersikap kurang siuman dan terpaksa dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk rawatan pemulihan.  Di samping itu, peristiwa neneknya, Nek Kiah yang sentiasa memandang serong terhadap mereka sekeluarga.


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8m]

          Novel yang telah saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas, karya Kahiruddin Ayip.  Terdapat beberapa persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut.
          Persamaan latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
       Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, Lili digambarkan sebagai pelajar tingkatan lima yang cemerlang dan banyak menguasai bahasa asing. Dia boleh bertutur bahasa Mandarin dengan fasih dan juga tahu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti bahasa Thai, bahasa Jepun dan bahasa Latin.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, Dahlia, Kavita dan Siti Wangi digambarkan sebagai pelajar tingkatan enam yang tekun dan rajin belajar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM yang bakal diduduki.
          Selain itu, persamaan latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
          Dalam novel Jendela Menghadap Jalan, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Contohnya, Lili tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupu hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula, Dahlia amat menyayangi ibu dan ahli keluarganya. Contohnya, Dahlia berusaha melawat ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas. Dahlia juga sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah semata-mata untuk memastikan adik bongsunya, Anggerik mendapat penjagaan yang sempurna sepanjang ibunya menerima rawatan di hospital.

Set 3

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut. [7m]

          Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa contoh nilai tanggungjawab dalam novel ini.
          Nilai tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab seorang kakak terhadap adik-adiknya. Contohnya, Dahlia yang tinggal di asrama sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah ketika mendapat tahu ibunya dimasukkan ke hospital kerana ingin menjaga adiknya yang masih kecil iaitu Anggerik yang berusia satu setengah tahun kerana tiada sesiapa menjaga adiknya. Begitulah tanggungjawab seorang kakak sebagai anak sulung.
          Nilai tanggungjawab yang kedua ialah tanggungjawab seorang pelajar terhadap pelajarannya. Contohnya, Dahlia diuji dengan pelbagai dugaan kemiskinan, fitnah masyarakat dan bencana banjir yang melanda kampungnya tetapi Dahlia tetap melaksanakan tanggungjawab mengulangkaji pelajaran untuk menduduki peperiksaan dalam dewan penempatan mangsa banjir yang sempit lagi tidak selesa dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlangan dalam peperiksaan STPM.

Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat dalam setiap novel yang telah anda pelajari. [8m]

          Novel yang telah saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin dan novel Songket Berbenang Emas, karya Kahiruddin Ayip.  Terdapat beberapa peristiwa tentang kepincangan masyarakat dalam dua buah novel tersebut.
          Dalam novel Jendela Menghadap Jalan menunjukkan peristiwa masyarakat yang sanggup mencuri demi kelangsungan hidup. Contohnya, Seman telah mencuri kubah masjid yang merupakan tempat ibadat dan menyebabkan penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq. Akhirnya, Che Jah memberitahu bahawa suaminya Seman yang mencuri kubah berkenaan dan natijahnya Seman ditangkap.
          Dalam novel Songket Berbenang Emas pula menunjukkan peristiwa masyarakat yang percaya ilmu hitam dan nasib malang dalam keluarganya. Contohnya, Nek Kiah percaya keluarga Embong dan Saleha hidup dalam kemiskinan dan Saleha menjadi gila kerana telah dilanggar hantu syaitan. Nek Kiah telah mengambil kapur dan memangkah pintu rumah Embong supaya dapat menghalang ahli keluarga lain bernasib malang. Saleha sakit kerana perbuatan orang. Bakar telah menemui sebungkus telur busuk dan jarum di hadapan rumah mereka. Selepas kejadian itu, ibunya pun kembali.



Tema+Peristiwa 

          Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Novel ini bertemakan kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat. 
(kes rumah tangga che jah)

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. 
(bantu ayahnya jaga adik-adik)

Set 5

Perwatakan watak utama/Persoalan/Pengajaran/Peristiwa yg dapat diteladani/Nilai

           Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama dalam novel ini ialah Lili. Lili merupakan seorang yang bijaksana dalam menangani sesuatu isu. Contohnya, Lili bijak menyelesaikan kes keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap Che Jah dengan menceritakan masalah itu kepada Kak Mimah.
          Selain itu, Lili merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya, sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya-upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.
          Seterusnya, Lili juga merupakan seorang yang rajin dalam melakukan kerja-kerja harian di dapur. Contohnya, Lili rajin membantu neneknya, Hajah Aishah dalam mengurus kerja-kerja di dapur sepanjang dia bercuti di Kampung Sentosa.

          Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia. Dahlia merupakan seorang yang penyabar. Contohnya, Dahlia sabar menangani sifat buruk sangka neneknya, Nek Kiah terhadap dirinya yang menuduhnya sebagai perempuan yang tidak baik.
         Selain itu, Dahlia merupakan seorang yang tabah menjaga keluarga. Contohnya, sebagai anak sulung dalam keluarga, Dahlia menyatakan kesediaannya untuk menjaga adik bongsunya, Anggerik dan adik-adiknya yang lain sepanjang ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.
         Seterusnya, Dahlia juga merupakan seorang yang rajin dalam melakukan kerja-kerja harian di dapur. Contohnya, Dahlia rajin melakukan kerja-kerja di dapur seperti memasak untuk bapa dan adik-adiknya ketika ibunya, Saleha menerima rawatan di hospital akibat menghidap penyakit kemurungan.


Set 6

Konflik

         Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat peristiwa konflik dalam novel ini.
         Pertembungan nilai tradisi dengan moden. Datuk Lili mengalami konflik dalam dirinya setelah disindir oleh nenek Lili. Nenek Lili mengatakan orang kampung sudah beralih kepada perubatan moden dan mereka tidak akan mendapatkan rawatan daripada datuk lagi.
         Che Jah mengalami konflik dengan suaminya yang panas baran. Suaminya sering memukulnya dan anak-anak. Konflik ini menyebabkan Che Jah tidak dapat bersabar dengan sikap suaminya lalu dia meminta cerai.

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Dahlia mengalami konflik dalam dirinya apabila ibunya dirawat di Hospital Permai. Dia terpaksa keluar dari asrama dan tinggal di rumah untuk membantu ayahnya menjaga adik-adiknya.
         Dahlia mengalami konflik dengan Nek Kiah kerana Nek Kiah telah menghalau keluarganya. Nek Kiah hendak menjual tanah tapak rumah Dahlia.

Set 7

Watak sampingan

         Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak watak sampingan dalam novel ini. Antara watak sampingan ialah Haji Abdul Rahman, iaitu datuk kepada Lili.
         Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam perubatan tradisional. Contohnya, datuk Lili berjaya menyembuhkan Letchumi daripada sakit teruk dengan herba yan dibuatnya sendiri.
         Datuk Lili juga merupakan seorang yang mempunyai ilmu keagamaan. Contohnya, datuk Lili rajin beribadat dan beliau berjaya mengislamkan ayah Danel, iaitu William.
         Datuk Lili juga merupakan seorang yang pandai mengurut. Contohnya, datuk Lili mengurut Danel.

         Novel kedua yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak watak sampingan dalam novel ini. Antara watak sampingan ialah Embong, iaitu ayah kepada Dahlia, suami kepada Saleha.
         Embong merupakan seorang yang penyabar. Contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri, iaitu Nek Kiah kerana hidup miskin.
         Embong juga merupakan seorang yang berani. Contohnya, Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
         Embong juga merupakan seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya. Contohnya, Embong meyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan dia akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.




4 条评论 :