1. Pergi hutan mencari kayu api,
Untuk dijual menyara keluarga,
Hormat-menghormati amalan terpuji,
Menjadi amalan sepanjang masa.
2. Masak lemak dengan kelapa,
Kelapa dicari oleh sang kera;
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera.
3. Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
4. Nasi lemak dalam pinggan,
Terliur sudah tidak tertahan;
Sayang emak tiada tandingan,
Pengorbanan ayah tiada ukuran.
5. Pokok ketapang tumbuh menunggul,
Dipotong-potong dibuat papan;
Sepakat muafakat perkara yang unggul,
Bahagia keluarga amalan kehidupan.
6. Masa berlalu begitu pantas,
Ingin bahagia tiada jalan pintas;
Segala cabaran terus direntas,
Kasihkan keluarga tempat teratas.
7. Hujan lebat sampai ke pagi,
Cantik taman di Bukit Timbalan;
Al-Quran ubat penyakit hati,
Subur iman kerana amalan.
8. Terbang debu di balik pepohon,
Jatuh rebah askar upahan,
Sayang ibu ingat pesanan,
Sayang abah patuh arahan.
9. Daun pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bungan rampah;
Tolong-menolong sesama keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.
10. Hilang sepi diraut wajah,
Usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah,
Kasih tersemai tetap abadi.
11. Buah jambu di bawah tangga,
Buah kelapa di hujung desa;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa.
12. Anak-anak hidup bahagia,
Mendapat perhatian ibu dan bapa;
Ada masalah dikongsi bersama,
Pengorbanan ibu bapa tidak dilupa.
13. Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,
Tinggal di kampung Teluk Kemang;
Aman sentosa bersenang-lenang,
Hidup bahagia terkenang-kenang.
14. Membawa bekal segelas susu,
Makan kari bersama disaji;
Bijak berakal mengawal nafsu,
Menjaga diri sifat terpuji.
'SHARING IS CARING.' Don't confuse your path with your destination. Just because it's stormy now doesn't mean you aren't headed for SUNSHINE.
我从其他地方发现你有在分享有关读书的部落格,同样的我也是
回复删除我想请问你我们可以合作吗?
可以哦.. email pm吗??
删除