Saudara Pengerusi Majlis, Tuan-tuan, Puan-puan, dan pelajar sekalian yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda sekalian kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sekolah SMK Gemilang tentang kesan gejala vandalisme dan langkah-langkah mengatasinya.
Saudara dan saudirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan salah laku atau melakumusnahkan. Dalam konteks vandalisme di Malaysia pula, vandalisme sebenarnya dapat diertikan sebagai fenomena merosakkan harta benda awam. Gejala ini memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.
Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik, ia akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan kesusahan kepada anggota masyarakat. Sebagai contoh, kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain. Walaupun vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menjejaskan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor ekonomi yang sedang membangun.
Kesan seterusnya ialah imej negara akan tercemar di mata dunia. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Natijahnya, industri pelancongan akan merosot. Kejadian ini akan memberikan kesan buruk kepada rakyat negara tersebut. Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan. Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot. Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan. Tambahan pula, pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Untuk mengatasi gejala vandalisme, langkah yang paling utama ialah pendidikan. Sistem pendidikan yang mantap dan kukuh dapat membendung gejala vandalisme. Menurut Datuk Lee Lam Thye, beliau menjelaskan hanya melalui pendidikan, kita dapat memupuk semangat antivandalisme dan meningkatkan kesedaran remaja tentang sikap memelihara harta benda awam. Justeru, remaja hendaklah didedahkan kepada kesedaran sivik sejak dari awal lagi kerana setiap anak yang dilahirkan hanya menanti warna budaya yang bakal dicorakkan oleh ibu bapa. Jelaslah bahawa kalau baik budaya hidup dan acuan dari rumahnya, maka baiklah peribadi remaja.
Langkah seterusnya ialah Penguatkuasaan undang-undang yang ketat. Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman dan kompaun atas kerosakan yang dikenakan dapat memberikan pengajaran kepada mereka atau setidak-tidaknya mereka akan berfikir dua kali sebelum berbuat demikian. Sebagai contohnya, negara Singapura mengenakan hukuman berat kepada pemusnah harta benda awam. Hal ini terbukti apabila hukuman berat yang dilaksanakan di Singapura mampu mengurangkan kes vandalisme. Menurut Datuk Lee Lam Thye lagi, satu undang-undang kecil vandalisme telah diperuntukkan untuk mendenda tidak kurang daripada RM2000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun kepada remaja yang melakukan vandalisme.
Di samping itu, kempen antivandalisme anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertemakan ‘Harta Awam Milikku-Milikmu’ dapat menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemai perasaan sayang terhadap harta benda awam dalam sanubari remaja. Kempen ini juga harus disusuli dengan pelaksanaan program seperti Program Pembimbing Rakan Sebaya, Sistem Mentor-Mantee dan Sekolah Penyayang di peringkat sekolah bagi membanteras kemelut vandalisme. Kementerian Pendidikan juga boleh menganjurkan peraduan melukis dan pertandingan menulis esei bagi meningkatkan kesedaran remaja supaya lebih menyayangi harta awam demi kepentingan bersama, berdasarkan tema ‘Harta Awam Milik Bersama-Hentikan Vandalisme’. Tegasnya, melalui kempen dan ceramah, nescaya matlamat vandalisme sifat dapat dicapai.
Pelajar sekalian,
Pelajar sekalian,
Kemelut vandalisme tidak boleh dipandang enteng. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagi membendung masalah vandalisme. Remaja janganlah terlalu mengikut perasaan atau terburu-buru melakukan sesuatu sehingga sanggup merosakkan harta benda awam. Harta benda awam harus dianggap seperti harta sendiri. Semoga masalah ini dapat diatasi agar negara tidak mengalami kerugian dari aspek material.
Sebagai pengakhir kata, saya ingin menyeru agar semua pihak memberi kerjasama untuk membanteras masalah ini. Dengan ini, saya akhiri ceramah saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.
没有评论 :
发表评论