Ada cadangan daripada pihak tertentu agar media sosial di negara ini dikawal oleh pihak berkuasa. Sejauh manakah anda bersetuju dengan cadangan di atas? Bincangkan.
Mutakhir ini, Internet dan teknologi maklumat berkembang dengan pesat sehingga menyebabkan pelbagai bentuk media sosial tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Hal ini menimbulkan banyak kesan, termasuk yang negatif. Atas sebab itulah, maka ada cadangan agar media tersebut dikawal oleh pihak kerajaan. Saya berpendapat bahawa media tersebut memang wajar dikawal tetapi tidaklah sehingga menghapuskan minat orang ramai untuk menggunakannya. Dengan itu, kata-kata tersebut menjadi mukadimah perbincangan isu ini selanjutnya.
Pada pendapat saya, media sosial harus dikawal oleh pihak berkuasa. Pertama, pengawalan perlu dibuat untuk menyekat penyebaran maklumat palsu atau fitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita percerian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganunt agama Islam. Jika dibiarkan, senario ini boleh menyebabkan menjadi huru-hara sehingga dapat menjejaskan ketenteraman negara. Ringkasnya, kawalan media sosial perlu dilakukan supaya maklumat palsu dan fitnah tidak dapat disebarkan lagi.
Namun demikian, sekatan atau kawalan juga perlu dibuat untuk mengurangkan pemupukan sifat negatif dalam kalangan segelintir pengguna Internet. Ada pengguna Internet yang menjadikan media sosial untuk menunjuk-nunjuk kemewahan dan keistimewaan yang dimiliki oleh mereka kepada orang lain. Hal ini dapat menarik perhatian daripada golongan yang berniat untuk melakukan kes jenayah seperti kes penculikan. Golongan tersebut boleh mendapatkan maklumat mangsa melalui media sosial yang telah dipaparkan oleh mereka itu sendiri. Keeadaan ini bukan sahaja akan menyebabkan keselamatan diri terancam tetapi boleh menimbulkan sikap riak dan angkuh yag boleh menyebabkan hubungan yang tidak harmoni antara sesama manusia. Jelaslah bahawa kawalan media sosial harus dilakukan untuk menjamin keamanan masyarakat sejagat.
Pengawalan juga patut dilakukan untuk mengurangkan berlakunya penipuan maya. Kita sering mendengar berita tentang kes mereka yang tertipu sehingga beratus-ratus ribu ringgit hanya disebabkan penipuan oleh pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan daripada kejahilan dan kelalaian pengguna Internet. Amsalnya, pengguna Internet menjalankan perniagaan atas talian melalui aplikasi yang popular untuk menarik pengguna yang kurang berpengetahuan dalam konteks ini dan akhirnya mereka melakukan pelbagai tipu helah untuk memperdaya pengguna kemudiannya mengaut keuntungan daripada mereka. Sememangnya, kita haruslah mengelakkan diri daripada menjalankan urus niaga dengan kaedah yang tidak melengkapi seperti peniaga dan pembeli tidak bertemu secara langsung. Deduksinya, kawalan media sosial amat diperlukan untuk mengurangkan kes penipuan di negara kita.
Walakin begitu, kawalan harus ada batasnya kerana kawalan yang keterlaluan akan menyebabkan perkara yang berikut. Kawalan yang berlebihan boleh menyebabkan kemarahan dan ketidakpuasan hati pengguna Internet. Pada hakikatnya, Internet merupakan satu bentuk kebebasan berhubungan antara sesama manusia. Jika kebebasan itu dikawal, maka erti ‘’Internet’’ yang sebenar sudah terhakis. Mereka mungkin bertindak secara tidak rasional bagi melahirkan ketidakpuasan hati mereka. Hal ini akan mencetuskan ketidaktenteraman akibat pengguna Internet melepaskan perasaan ngeram dan melakukan bantahan secara berkumpulan dalam media sosial. Izharnya, kawalan media sosial patut dilakukan tetapi tidak boleh melepasi had tertentu.
Sementara itu, ruang untuk mereka yang menggunakan Internet, khususnya media sosial secara positif mungkin akan terjejas. Dengan adanya kawalan, pengguna Internet tidak lagi sebebas dahulu, malah sesetengahnya mungkin kehilangan kreativiti dalam pemanfaatan Internet. Bukan itu sahaja, hak mereka untuk berkongsi sesuatu juga akan terjejas. Mereka tidak berpeluang untuk mengarang novel dan berkongsi cerita menarik dalam media sosial. Natijahnya, media sosial kian dipinggirkan dan penggunaannya semakin berkurang di negara kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kawalan media sosial perlu dijalankan melalui cara yang sesuai supaya hak pengguna Internet terjamin.
Walhasil, ada syurga ada nerak, ada panas ada sejuk, ada siang ada malam, dan begitulah juga media sosial pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebebasan media sosial hanya memerlukan pemantauan daripada pihak berkuasa. Namun, kawalan yang ketat tidak sewajarnya dilakukan. Sebaliknya, penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada difikirkan dapat membantu kita mengelakkan perkara-perkara negatif daripada terus tersiar dalam media sosial. Oleh hal yang demikian, semua anak watan Malaysia perlu berfikir matang sebelum melakukan sesuatu terutamanya dalam media sosial kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
没有评论 :
发表评论