2020年4月22日星期三

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (2)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)



*Selangor 1*

Bahagian A
Ciri-ciri masyarakat alaf baru
1. Mendapatkan maklumat daripada Internet;
penggunaan Internet secara meluas untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai bidang, media sosial seperti aplikasi Wattsap, Telegram , Facebook yang menjadi medium utama untuk menyebarkan dan mendapatkan maklumat semasa.

2. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang;
masyarakat berlumba-lumba meningkat ilmu dan kemahiran, menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk memperbaiki taraf kehidupan, menyertai seminar, kursus atau program yang dianjurkan oleh pihak tertentu untuk meningkatkan kemahiran dalam
pelbagai bidang seperti kursus pertanian, automotif, makanan dan lain-lain.

3. Menggunakan kemudahan teknologi maklumat secara meluas;
urusan seharian seperti pembayaran bil, transaksi wang, urus niaga dijalankan secara online,
komunikasi lebih banyak menggunakan telefon pintar, mesyuarat atau persidangan menggunakan telesidang, pengajaran dan pembelajaran secara maya.

Bahagian B
1. Langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk mempopularkan permainan
tradisional dalam kalangan remaja.
a)  menyertai pertandingan/festival yang diadakan seperti pertandingan wau, sepak takraw, kabadi.
b) mengisi masa lapang dengan bermain congkak, batu seremban, galah panjang.
c) menyertai kelab permainan tradisional yang ditubuhkan oleh pihak sekolah atau kelab kesenian dan budaya.
d) menghadiri pameran tentang permainan tradisional yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
e) mencadangkan kepada pihak sekolah agar menjadikan permainan tradisional sebagai
salah satu aktiviti kokurikulum.

2. Amalan rumah terbuka yang sering diadakan pada musim perayaan dapat mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
- Amalan rumah terbuka dapat mengeratkan silaturahim,saling mengenali, bertukar-tukar pandangan dan berbual-bual dengan mesra.
- Memupuk nilai-nilai murni seperti saling menghormati, bekerjasama dan bertolak-ansur.
- Dapat memahami budaya dan adat resam kaum lain dari segi makanan, pakaian, tarian, muzik.
- Melambangkan keunikan masyarakat Malaysia – dapat menjadi daya tarikan pelancong asing.
- Mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai walaupun masyarakat berbilang kaum kerana wujudnya persefahaman.

3. ‘Kepelbagaian Budaya Warisan Kaum Menjadi Daya Tarikan Pelancong’.
Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
- Adat resam dan budaya pelbagai kaum seperti pakaian, seni muzik, tarian dan
makanan menjadi daya tarikan pelancong – nyatakan contoh.
- Warisan sejarah seperti Kota A Famosa, George Town, Bukit Malawati, Muzium,
rumah panjang.
- Permainan tradisional- pertandingan/festival seperti pertandingan wau, sepak raga,
kabadi, galah panjang, congkak, wayang kulit.
- hasil seni kraf tangan – labu sayung, batik, songket.
- Cerita-cerita rakyat yang dikaitkan dengan sesuatu tempat seperti Makam Mahsuri,
Beras Terbakar.

4. Kepentingan-kepentingan pelabur asing kepada negara.
- Dapat menjanakan kemajuan dari segi kemudahan infrastuktur – lebuh raya, jaringan
Internet, pengangkutan
- Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat – dapat meningkatkan pendapatan rakyat,
mengurangkan pengangguran
- Meningkatkan ekonomi negara – industri perkilangan berkembang pesat, barangan
import semakin kurang kerana sumber dalam negara digunakan sepenuhnya dalam
sektor pembuatan
- Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran; pekerja tempatan dilatih dengan
kepakaran dari negara luar, teknologi yang canggih dibawa masuk dalam perubatan,
sektor pertanian, perindustrian
- Penyelidikan dalam pelbagai bidang dapat dijalankan kerana bantuan modal dan kos
ditanggung oleh pelabur asing

5. Kesan menghayati hasil karya sastera yang dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kepada pembaca.
- Watak dan perwatakan yang digambarkan mempunyai sifat patriotik seperti Leftenan
Adnan dalam novel.
- Tema dan persoalan yang menggambarkan perjuangan mempertahankan tanah air
daripada ancaman musuh
- Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku dimasukkan dalam plot cerita
- Nilai-nilai murni yang terdapat dalam hasil karya sastera menggambarkan semangat
cinta akan tanah air seperti nilai keberanian, ketabahan, kasih sayang
- Unsur pengajaran yang menjadi panduan dan iktibar kepada pembaca seperti rakyat
hendaklah bersatu padu, berani menentang musuh yang mengancam keamanan
negara, memupuk semangat perpaduan

*Selangor 2*

Bahagian A
Langkah-langkah untuk meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional.
- Mengadakan kempen melalui media massa
- Mengadakan Festival Permainan Tradisional
- Pendedahan oleh ibu bapa

Bahagian B
1. Langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
- Ibu bapa memberi contoh yang baik dengan mempunyai hubungan yang baik dengan jiran
tetangga.
- Aktiviti rumah terbuka
- Aktiviti gotong-royong
- Menziarahi jiran yang berada dalam kesusahan

2. Selaku Setiausaha Kelab Pelancongan sekolah, anda telah menyertai lawatan ke salah sebuah tempat yang bersejarah di negara kita.
Tulis sebuah laporan tentang keistimewaan tempat bersejarah tersebut.
- Mempunyai nilai dan estetika tersendiri. Sebagai contoh bangunan bersejarah yang terdapat di tempat tersebut
- Sebagai menghargai pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu seperti Dato Maharaja Lela dan Siputum di Pasir Salak.
- Mempelajari dan menghayati sejarah lampau negara.
-Menyemai semangat patriotik kepada pengunjung.

3. Sebagai seorang remaja, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan penggunaan media sosial akan memberi faedah kepada diri anda.
- Memastikan hanya melayari laman web yang memberi maklumat yang berfaedah
- Tenaga pengajar perlu memberi pendedahan tentang pentingnya menggunakan media sosial dengan betul.
- Kerajaan memperuntukkan undang-undang terhadap penyalahgunaan media sosial.

4. Teknologi perubatan yang semakin canggih telah meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di seluruh dunia. Ulaskan pernyataan tersebut.
- Peralatan perubatan- semakin canggih, selamat, dan kurang risiko kegagalan.
- Teknologi pemprosesan ubat-ubatan-ubat-ubat lebih bersih dan selamat semasa diproses.
- Teknologi mengesan penyakit- penemuan kaedah mengdiagnosis penyakit dengan lebih cepat dan tepat.
- Kaedah rawatan – kaedah pembedahan dan pemindahan organ seperti jantung dan mata lebih cepat dan selamat.

5. Pantun, gurindam, syair, dan seloka merupakan puisi tradisional warisan bangsa yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Huraikan peranan pelbagai pihak supaya puisi tradisional tersebut kembali diminati.
- Pihak kerajaan (Gapena, DBP) - menganjurkan pelbagai pertandingan dan sayembara.
- Pihak sekolah – mengadakan pertandingan menulis puisi tradisional dan deklamasi.
- Ibu bapa - membawa anak-anak menonton persembahan deklamasi puisi tradisional.

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (1)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)



*Pahang Termeloh*

Bahagian A
1. Kebaikan pasar raya besar kepada pengguna
a) Pelbagai pilihan barangan
- barangan yang sama tetapi berbeza jenama
- pengguna dapat memilih mengikut kemampuan dan keperluan
- boleh membeli pelbagai jenis barangan di satu tempat sahaja
- pengguna boleh membeli keperluan asas tanpa perlu berkunjung ke pasar tani atau ke pasar malam.

b) Harga barangan lebih murah
- terdapat persaingan sihat antara produk buatan tempatan dan antarabangsa
- harga murah dibandingkan kedai-kedai runcit
- konsep jualan pada harga borong dan pukal
- sering mengadakan promosi jualan

c) Pelbagai kemudahan
- pasar raya besar memperkenalkan konsep pusat sehenti atau ‘one stop shopping’
- menyediakan tempat letak kereta percuma, surau, gerai makan dan sebagainya
- kesibukan masyarakat menyebabkan mereka suka bersikap sambil menyelam minum air
- banyak urusan dapat diselesaikan dan menjimatkan masa

BAHAGIAN B
1. Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.
Sebagai setiausaha Persatuan Sejarah, anda ditugaskan menyediakan laporan lengkap tentang sambutan tersebut.
Format : Laporan
Cadangan isi:
a. majlis perarakan dan mengibarkan Jalur Gemilang
b. lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah
c. pertandingan mendeklamasikan sajak
d. ceramah
e. aktiviti menghias kelas
f. pertandingan melukis poster


2. Punca anak-anak mengabaikan ibu bapa.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. kos sara hidup yang tinggi
b. anak-anak mengutamakan kerjaya
c. anak-anak tidak dididik dengan baik oleh ibu bapa
d. sikap ibu bapa terlalu bergantung kepada anak-anak
e. terdapat jurang komunikasi dengan anak-anak
f. tidak tahan dengan karenah orang tua

3. Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendapat perhatian dan bantuan yang terbaik daripada pihak kerajaan.
Ulaskan penyataan tersebut.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. elaun sara hidup
b. peluang dalam kerjaya
c. Sekolah Pendidikan Khas
d. perkhidmatan OKU di tempat awam
e. bantuan alat tiruan dan alat sokongan
f. bantuan perubatan
g. bantuan modal perniagaan

4. Rakyat Malaysia banyak memberi bantuan untuk membela masyarakat dunia yang tertindas.
Bincangkan bantuan-bantuan rakyat Malaysia tersebut.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. bantuan kemanusiaan
b. bantuan kewangan
c. bantuan ketenteraan
d. bantuan makanan
e. bantuan peralatan
f. bantuan sokongan moral

5. Karya sastera seperti novel dan cerpen mempunyai banyak nilai murni yang boleh dijadikan pedoman hidup.
Huraikan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman hidup berdasarkan novel atau cerpen yang anda kaji.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. nilai ketabahan
b. nilai tanggungjawab
c. nilai kasih sayang
d. nilai kegigihan
e. nilai kejujuran
f. nilai kerjasama


*Sarawak Limbang*


Bahagian A
1. Manfaat Program Minda kepada murid
-Menambahkan pengetahuan diri
-Memupuk minat membaca
-Mengisi masa terluang

Bahagian B
1. Langkah yang perlu dilakukan oleh diri sendiri(golongan remaja) untuk meningkatkan semangat kejiranan
-Menyertai aktiviti kejiranan / gotong royong
-Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung
-Menganjurkan rumah terbuka
-Mengambil berat tentang jiran tertangga
-Menegur sapa antara jiran

2. Peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional
-Ibu bapa hendaklah memupuk minat diri sendiri dahulu/menjadi suri teladan
-Ibu bapa melalui PIBG mengesyorkan pertandingan permainan tradisional
-Ibu bapa hendaklah mengisi masa lapang dengan membawa anak-anak bermain
permainan tradisional
-Ibu bapa membeli permainan tradisional kepada anak-anak
-Ibu bapa membawa anak-anak menyertai pertandingan permainan tradisional

3. Kelebihan e-pembelajaran kepada para pelajar
-Penggunaan aplikasi e-pembelajaran bukan sahaja memudahkan proses P&P bahkan
meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu pelajaran. .
-Pengajar dan para pelajar mempunyai masa yang lebih fleksibel untuk penyampaian dan
pemahaman sesuatu pelajaran
-Proses P&P boleh dilakukan berulang kali tanpa bergantung sepenuhnya kepada pengajar,
contoh; multimedia (video rakaman).
-Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, asalkan ada capaian.

4. Faktor pengaruh budaya Barat kepada remaja
- Media massa
Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia.
- Faktor diri sendiri
Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara.
- Faktor rakan sebaya.
Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan
- Faktor keluarga
Keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam hal
in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan.

5. Usaha yang sewajarnya dilakukan oleh guru untuk mengembalikan minat murid terhadap karya-karya sastera.
-Guru membentuk suasana yang bermaksud, kelas itu hidup dan berinteraksi secara positif, kelas yang membuat setiap pelajar mahu mengikuti pengajarannya.
-Guru perlu bijak memilih bahan pengajaran sastera. . Pemilihan itu biarlah bervariasi dan sesuai dengan kecenderungan, kematangan dan keterbukaan fikiran para pelajar kita.
-Guru lebih kreatif dalam merancangkan pengajarannya. Kreativiti ini boleh ‘dipinjam’ bermaksud guru harus rajin membuat kajian kecil atau mencari sumber yang dapat membantunya melakarkan rancangan pengajaran yang menarik.
-Setiap kelas itu berbeza dan keberkesanan cara itu juga akan berbeda mengikut kemampuan kelas tersebut. Kepelbagaian cara mengajar sastera ini dapat menarik minat mereka.
-Memandangkan minat itu tidak datang dengan secara tiba-tiba, guru dengan keberaniannya bereksperimentasi perlu akur dan memahami bahawa produk itu tidak sepenting proses penghasilannya.

2020年4月21日星期二

Teknik Menulis Rumusan Bahasa Melayu SPM

Teknik / Strategi Menulis Rumusan BM SPM  (sumber dr BumiGemilang)

PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1 :
Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi sekurang-kurangnya 2 kali,
· Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
· Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2 :
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan perkataan-perkataan tersebut.
· Fokus 1 = Isi tersurat
· Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.[ISI TERSIRAT] 
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).

[ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung)[ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran).[ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka).[ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawab Fokus 1 . Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara)[ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4

Senaraikan FOKUS 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.
Isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran
1. Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]
2. Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
3. Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepada kita. [ 11 ]
Atau
Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
4. Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
6. Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
7. Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat setempat. [ 9 ]
8. Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5
Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
1. Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan
2. Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama perenggan isi tersurat.

CONTOH:
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
STRATEGI:
1. Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan
yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara memupuk semangat
kejiranan.

2. Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat
dan fokus 2 dalam arahan soalan.

3. Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
4. Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.

STRATEGI 1
Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara memupuk semangat kejiranan.

CONTOH :
1. Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia memberi
pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

2. Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin atau ambil
berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan kejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

4. Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat .

5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun tetangga /
persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

6. Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

7. Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak sombong /
berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2
Membina perenggan isi tersirat.
CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan. [ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN.

STRATEGI :
1. Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
2. Kenal pasti fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan fokus 1 itulah penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
3. Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu menjadi ayat anda sendiri.
4. Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
5. Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan / membicarakan …….

CONTOH PENDAHULUAN:
Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan:
Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita.
atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup berjiran dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN.
1. Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.
2. Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
3. Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
4. Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya, demi’.
5. Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …




CONTOH KESIMPULAN:
1. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan
Atau

2. Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat diwujudkan.

CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP
Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.
Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]