Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)
*Pahang
Termeloh*
Bahagian A
1. Kebaikan pasar raya besar kepada pengguna
a) Pelbagai pilihan barangan
- barangan yang sama tetapi berbeza jenama
- pengguna dapat memilih mengikut kemampuan dan keperluan
- boleh membeli pelbagai jenis barangan di satu tempat
sahaja
- pengguna boleh membeli keperluan asas tanpa perlu
berkunjung ke pasar tani atau ke pasar malam.
b) Harga barangan lebih murah
- terdapat persaingan sihat antara produk buatan tempatan
dan antarabangsa
- harga murah dibandingkan kedai-kedai runcit
- konsep jualan pada harga borong dan pukal
- sering mengadakan promosi jualan
c) Pelbagai kemudahan
- pasar raya besar memperkenalkan konsep pusat sehenti atau
‘one stop shopping’
- menyediakan tempat letak kereta percuma, surau, gerai
makan dan sebagainya
- kesibukan masyarakat menyebabkan mereka suka bersikap
sambil menyelam minum air
- banyak urusan dapat diselesaikan dan menjimatkan masa
BAHAGIAN B
1. Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan
untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
murid.
Sebagai setiausaha Persatuan Sejarah, anda ditugaskan
menyediakan laporan lengkap tentang sambutan
tersebut.
Format : Laporan
Cadangan isi:
a. majlis perarakan dan mengibarkan Jalur Gemilang
b. lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah
c. pertandingan mendeklamasikan sajak
d. ceramah
e. aktiviti menghias kelas
f. pertandingan melukis poster
2. Punca anak-anak mengabaikan ibu bapa.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. kos sara hidup yang tinggi
b. anak-anak mengutamakan kerjaya
c. anak-anak tidak dididik dengan baik oleh ibu bapa
d. sikap ibu bapa terlalu bergantung kepada anak-anak
e. terdapat jurang komunikasi dengan anak-anak
f. tidak tahan dengan karenah orang tua
3. Orang Kurang Upaya (OKU) telah mendapat perhatian dan
bantuan yang terbaik daripada pihak kerajaan.
Ulaskan penyataan tersebut.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. elaun sara hidup
b. peluang dalam kerjaya
c. Sekolah Pendidikan Khas
d. perkhidmatan OKU di tempat awam
e. bantuan alat tiruan dan alat sokongan
f. bantuan perubatan
g. bantuan modal perniagaan
4. Rakyat Malaysia banyak memberi bantuan untuk membela
masyarakat dunia yang tertindas.
Bincangkan bantuan-bantuan rakyat Malaysia tersebut.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. bantuan kemanusiaan
b. bantuan kewangan
c. bantuan ketenteraan
d. bantuan makanan
e. bantuan peralatan
f. bantuan sokongan moral
5. Karya sastera seperti novel dan cerpen mempunyai banyak
nilai murni yang boleh dijadikan
pedoman hidup.
Huraikan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman
hidup berdasarkan novel atau
cerpen yang anda kaji.
Format : Tiada
Cadangan isi :
a. nilai ketabahan
b. nilai tanggungjawab
c. nilai kasih sayang
d. nilai kegigihan
e. nilai kejujuran
f. nilai kerjasama
*Sarawak Limbang*
Bahagian A
1. Manfaat Program Minda kepada murid
-Menambahkan pengetahuan diri
-Memupuk minat membaca
-Mengisi masa terluang
Bahagian B
1. Langkah yang perlu dilakukan oleh diri sendiri(golongan
remaja) untuk meningkatkan semangat kejiranan
-Menyertai aktiviti kejiranan / gotong royong
-Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung
-Menganjurkan rumah terbuka
-Mengambil berat tentang jiran tertangga
-Menegur sapa antara jiran
2. Peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bermain
permainan tradisional
-Ibu bapa hendaklah memupuk minat diri sendiri
dahulu/menjadi suri teladan
-Ibu bapa melalui PIBG mengesyorkan pertandingan permainan
tradisional
-Ibu bapa hendaklah mengisi masa lapang dengan membawa
anak-anak bermain
permainan tradisional
-Ibu bapa membeli permainan tradisional kepada anak-anak
-Ibu bapa membawa anak-anak menyertai pertandingan permainan
tradisional
3. Kelebihan e-pembelajaran kepada para pelajar
-Penggunaan aplikasi e-pembelajaran bukan sahaja memudahkan
proses P&P bahkan
meningkatkan minat para pelajar untuk mempelajari sesuatu
pelajaran. .
-Pengajar dan para pelajar mempunyai masa yang lebih
fleksibel untuk penyampaian dan
pemahaman sesuatu pelajaran
-Proses P&P boleh dilakukan berulang kali tanpa
bergantung sepenuhnya kepada pengajar,
contoh; multimedia (video rakaman).
-Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana, asalkan
ada capaian.
4. Faktor pengaruh budaya Barat kepada remaja
- Media massa
Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan
seharian manusia.
- Faktor diri sendiri
Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu
yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu
sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara.
- Faktor rakan sebaya.
Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu
itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan
- Faktor keluarga
Keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya
akan menghadapi masalah dalam hal
in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan.
5. Usaha yang sewajarnya dilakukan oleh guru untuk
mengembalikan minat murid terhadap karya-karya sastera.
-Guru membentuk suasana yang bermaksud, kelas itu hidup dan
berinteraksi secara positif, kelas yang membuat setiap pelajar mahu mengikuti
pengajarannya.
-Guru perlu bijak memilih bahan pengajaran sastera. .
Pemilihan itu biarlah bervariasi dan sesuai dengan kecenderungan, kematangan
dan keterbukaan fikiran para pelajar kita.
-Guru lebih kreatif dalam merancangkan pengajarannya.
Kreativiti ini boleh ‘dipinjam’ bermaksud guru harus rajin membuat kajian kecil
atau mencari sumber yang dapat membantunya melakarkan rancangan pengajaran yang
menarik.
-Setiap kelas itu berbeza dan keberkesanan cara itu juga
akan berbeda mengikut kemampuan kelas tersebut. Kepelbagaian cara mengajar
sastera ini dapat menarik minat mereka.
-Memandangkan minat itu tidak datang dengan secara
tiba-tiba, guru dengan keberaniannya bereksperimentasi perlu akur dan memahami
bahawa produk itu tidak sepenting proses penghasilannya.
没有评论 :
发表评论