2020年7月22日星期三

Percubaan SPM Sejarah 2019

1. MRSM

2. 

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (6)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)

*Selangor*

Bahagian A
1. Cara menguruskan kewangan yang boleh dijadikan sebagai panduan agar menjadi pengguna bijak.
· Mengamalkan sikap jimat cermat.
· Membandingkan harga.
· Menyenaraikan barangan keperluan.

Bahagian B
1. Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
- Melawat/menziarahi ibu bapa yang berada di kampung setiap hujung minggu.
- Mengambil berat perihal ibu bapa dengan sentiasa menghubungi ibu bapa, selalu bertanyakan khabar melalui telefon.
- Menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal yang selesa, pengangkutan dan makan pakai ibu bapa.
- Membuat ibu bapa berasa gembira seperti membawa ibu bapa melancong, menyambut ulang tahun kelahiran ibu bapa, atau menghantar ibu bapa menunaikan Umrah/ Haji.
- Menghormati dan berlemah lembut dengan ibu bapa; tidak bercakap kasar, menjaga ibu bapa yang sakit/uzur, menjaga maruah ibu bapa.

2. Langkah untuk menangani stres/tekanan dalam kalangan masyarakat
- Menjalankan aktiviti riadah seperti bersenam, berkelah, bersiar-siar, berbasikal – dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan minda.
- Rehat dan tidur yang cukup, tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari tidur setiap hari, mengatur waktu tidur secara konsisten/tetap.
- Makan makanan yang berkhasiat – minum air masak sekurang-kurangnya 8 liter sehari, lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan kafien. Kurangkan pengambilan makanan segera dan berlemak.
- Melakukan perkara/hobi yang disukai – bersukan, melancong, membaca, memancing.
- Mendapatkan bantuan kaunselor, pakar psikologi atau orang yang dipercayai untuk membantu menyelesaikan masalah – tidak memendam masalah seorang diri, berfikiran positif dan tidak lari daripada masalah. Bersolat dan perpegang teguh dengan pegangan agama.

3. Kepentingan Pelancongan Kesihatan Yang Dapat Memajukan Negara
- Dapat meningkatkan ekonomi negara – pengaliran wang dari negara luar ke dalam negara, cukai daripada perkhidmatan mendapatkan rawatan kesihatan, bayaran kos perubatan, ubat-ubatan dan caj hospital.
- Memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat – pembukaan hospital baharu memerlukan tenaga pekerja seperti pegawai perubatan, ahli farmasi, pengawal keselamatan. Membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan hospital di Malaysia – prasarana perubatan ditambah baik dan pada tahap kelas pertama, infrastuktur seperti jalan raya, kemudahan pengangkutan ditingkatkan.
- Menjana industri pelancongan negara – ramai pelancong asing datang untuk mendapatkan rawatan dan kemudahan, berlaku pertukaran mata wang asing, meningkatkan nama negara di persada antarabangsa.
 - Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional – rawatan alternatif melalui herbaherba tradisional, rawatan akupuntur, urutan refleksologi. Membantu menambahkan perembangan Industri Kecil Sederhana ( IKS ).

4. Punca & Kesan pemanasan global yang dihadapi penduduk dunia
#Punca
- Pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal seperti pembakaran hutan, pembebasan asap perindustrian dan penerokaan hutan kerana sikap manusia yang mementingkan keuntungan.
- Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang masih lemah.

#Kesan
- Penyebaran penyakit berbahaya, cuaca yang tidak menentu, mengganggu kesimbangan eko sistem, kawasan tadahan hujan semakin berkurangan,
- Mengancam kehidupan flora dan fauna kerana kemusnahan habitat haiwan, sumber alam semulajadi semakin berkurangan.
- Kehidupan penduduk dunia terancam kerana suhu yang semakin meningkat, udara yang tercemar dan cuaca yang tidak menentu.

5. Persediaan yang perlu dilakukan untuk menjadi penulis berjaya
- Perlu banyak membaca hasil karya penulis terkenal atau sasterawan negara; mempelajari teknik penulisan, memperkaya kosa kata dan teknik pengolahan cerita yang matang.
 - Mengembara ke sesuatu tempat untk mencari pengalaman dan idea-idea yang bernas; mengenali dan memahami budaya serta adat resam sesuatu kaum untuk menghasilkan karya yang realistik. Jauh perjalanan luas pemandangan.
- Menimba ilmu pengetahuan berkaitan penghasilan karya sastera yang bermutu - menyertai seminar teknik penulisan, menulis berulang-ulang kali untuk memandapatkan hasil karya yang bermutu.
- Bersikap terbuka dan menerima pandangan/kritikan daripada orang lain; penulis bertambah matang, memahami kehendak dan harapan pembaca terhadap sesuatu karya, menambah baik hasil mutu karya sastera melalui kritikan dan komen yang diutarakan.
- Peka/prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu semasa; boleh dijadikan sumber ilham dalam penulisan, tidak ketinggalan, dapat memberikan pendapat/kritikan sosial secara tidak langsung secara sihat.

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (5)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)

*Perak*

Bahagian A
1. Faktor yang membawa kepada kejayaan murid dalam akademik
-Menghadiri Program Sekolah
-Mendapat Dorongan Keluarga
-Memiliki Sikap Positif

Bahagian B
1. Cara untuk menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan hidup
Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal 
fizikal yang cergas menjaminkan mental yang cerdas serta emosi yang stabil 
perlu menjauhi aktiviti yang tidak sihat seperti berlepak, berjaga malam 
membendung emosi daripada mengalami tekanan dan kemurungan 
emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.

Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat 
pemakanan menjadi terminologi utama yang menentukan asas kesihatan 
peka terhadap piramid makanan 
pengambilan makanan yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap 
mengurangkan makanan bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual 
–riadah sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat 
menyusun jadual yang terancang untuk berehat, beriadah, bersosial dan tidur.

Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan 
bersosial boleh meluaskan kontaks silaturahim, menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi 
emosi yang stabil akan mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana 
perlu memilih kawan yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan


Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah 
Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam 
–Allah menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya 
hendaklah patuh kepada ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya 
insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat

Ungkapan menarik :
- Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang masa sakit
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- nasi sudah menjadi bubur
- jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika  berkawan  dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya
  
2. Peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat yang penyayang
·                     Ibu  bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
·                     Ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak semenjak  kecil lagi
·                     Ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
·                     Ibu bapa juga harus menjaga keharmonian rumah tangganya
·                     Ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak dalam aktiviti kemasyarakatan.

Ungkapan menarik :
·   bagaimana acuan, begitulah kuihnya
·   bapa borek, anak rintih
·   melentur buluh biarlah dari rebungnya
·   tak kenal maka tak cinta, sudah kenal baru jatuh cinta
·   anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya
·   bagai menatang minyak yang penuh
·   kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”




3. Usaha untuk memajukan destinasi pelancongan negara.
·   Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara.
·   Pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia.
·   Media massa juga bertanggungjawab dalam menggiatkan kempen untuk mempromosikan sektor pelancongan negara ini.
·   Pihak berkuasa perlu menghapuskan atau mengurangkan cukai belian barangan di negara ini.
·   Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil oleh pihak polis bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negara kita.

Ungkapan menarik :
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
tak kenal maka tak cinta
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
janganlah indah khabar dari rupa
kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.

4. Faedah memberi sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.
·         Dapat meringankan beban
o   Kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan - dengan bantuan yang diberikan mangsa dapat hidup sempurna seperti kita
·         Membantu atas dasar kemanusiaan dapat memberi keinsafan
o   Perlu bersyukur dengan segala keselesaan - telah terselamat daripada bencana alam ini - mencari mangsa-mangsa yang tertimbus atau hilang – pasukan sukarela atau badan-badan bukan kerajaan turut memberikan bantuan – pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa
·         Memastikan lebih banyak nyawa mampu diselamatkan
o   Pelbagai jenis penyakit akan merebak selepas bencana alam – bekalan air bersih akan terjejas – keadaan persekitaran akan kotor dan tercemar - doktor-doktor pakar dihantar untuk memberi rawatan terbaik kepada mangsa-mangsa bencana dan mendirikan pusar rawatan atau hospital sementara
·         Dapat memberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan
o   bimbingan dan kaunseling kepada mangsa bencana alam – mereka menjadi trauma- Sokongan yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban - dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.
·         Membantu menggerakkan sektor ekonomi yang lumpuh semula
o   Bantuan membina prasarana dan infrastruktur yang rosak semula – sekolah, hospital, klinik, jalan raya - Kerajaan menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama ahli perniagaan tempatan untuk menghidupkan semula aktiviti ekonomi yang sudah lumpuh di kawasan bencana itu - memastikan masa depan penduduk terbabit bertambah baik.

Ungkapan menarik :
1.       enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
2.       buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
3.       hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
4.       muafakat membawa berkat
5.       berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
6.       cubit paha kiri, paha kanan sakit juga
7.       ibarat hulurkan tangan, ringankan beban


5.Tindakan yang perlu dilakukan untuk memenuhi harapan ibu bapa
i.   Anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh
ii.   Seorang anak hendaklah mentaati segala perintah dan suruhan serta nasihat yang telah diberikan oleh ibu bapa
iii.   Anak-anak perlu menghulurkan bantuan kepada ibu bapa sekiranya telah dewasa dan berjaya.
iv.   Anak-anak mestilah menghormati dan menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa.
v.   Anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa di dunia dan akhirat.

Ungkapan menarik :
·                        Menurut  Henry Thoreau, manusia dilahirkan untuk meraih kejayaan, bukan mengalami kegagalan.
·                        Yang muda disayangi yang tua dihormati
·                        Menatang bagai minyak yang penuh
·                        Menurut hadis riwayat Al-Tarmizi, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.
·                        Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
·                        Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (4)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)

*Kedah*

Bahagian A
1. Cara murid mengisi masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
-bersukan
-membaca
-membantu ibu bapa melakukan kerja rumah

Bahagian B
1. Persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda menceburi bidang kerjaya yang diminati.

2. Peranan ibu bapa untuk memupuk amalan menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak.

3. Usaha yang wajar dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

4. Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan tentang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyebabkan pelbagai keburukan kepada masyarakat global. Tulis rencana itu selengkapnya.

5. Petikan rangkap sajak di atas menjelaskan kesedihan hati seorang ibu yang diabaikan oleh anak-anaknya. Huraikan bagaimanakah anak-anak boleh membalas jasa ibu bapa mereka?

*Negeri Sembilan*

Bahagian A
1. Manfaat menganjurkan Hari Keusahawanan di sekolah
-memupuk semangat berniaga
-mendedahkan murid tentang perniagaan
-memupuk nilai-nilai murni

Bahagian B
1. Kejayaan cemerlang seseorang murid banyak bergantung pada amalan disiplin yang tinggi. Bincangkan.

2. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia. Berikan pendapat anda.

3. Kes kemalangan jalan raya menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan ahli keluarga yang terlibat. Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya’.  Sediakan teks ceramah tersebut.

4. Menguasai pelbagai bahasa amat penting terutama dalam dunia tanpa sempadan. Banyak faedah yang diperoleh jika kita menguasai pelbagai bahasa asing. Ulaskan pernyataan ini.

5. Sedikit-sedikit, lama- lama menjadi bukit.
Peribahasa di atas bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara sedikit-sedikit yang akhirnya akan memberikan hasil yang banyak. 
Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.

*Melaka*

Bahagian A
1. Faedah penubuhan koperasi sekolah
i) Memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid
ii) Mudah mendapat barangan dan perkhidmatan
iii) Menambah sumber kewangan sekolah

Bahagian B
1. Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato.
Tajuk pidato anda ialah cabaran remaja dalam meningkatkan sahsiah diri. Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2. Semangat patriotisme sangat penting diterapkan dalam diri remaja pada masa kini.
Huraikan peranan ahli keluarga bagi memupuk semangat patriotisme tersebut.

3. Pendidikan maya mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar.
Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam mengaplikasikan pendidikan maya dalam
pembelajaran.

4. Penularan wabak banyak memberi kesan negatif dalam sesebuah negara.
Bincangkan peranan negara-negara serantau dalam membasmi wabak tersebut.

5. Bunyi rebana sudah bergema,
Cepatlah adik, nanti terlambat,
Wau gasing permainan lama,
Bagaimana mungkin mahu dimartabatkan?
Huraikan cara-cara untuk memartabatkan permainan tradisional di negara kita.




Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (3)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)


*Kelantan*

Bahagian A
1. Kepentingan mengukuhkan semangat patriotik
-menjamin perpaduan kaum
-mengelakkan perbuatan negatif
-memajukan negara

Bahagian B
1. Cara penjagaan kebersihan diri
2. Peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka
3. Kesan pengambilan makanan tambahan kepada masyarakat
4. Faktor Malaysia menjadi pilihan pekerja asing untuk mencari rezeki

5. Ciri karya yang boleh menarik generasi muda menjadi masyarakat yang minat membaca
*MRSM*

Bahagian A
1. Manfaat hari sukan negara kepada pelajar
-mengamalkan budaya hidup sihat
-memupuk minat bersukan
-mengeratkan hubungan

Bahagian B
1. Kelebihan minggu kerjaya kepada para pelajar
-peluang kerjaya
#maklumat peluang kerjaya mengikut minat, bakat, kelayakan akademik.
#mendapat maklumat berkaitan agensi/institusi yg menawarkan peluang pekerjaan yg sesuai.
#mendapatkan maklumat tajaan utk menyambung pengajian.

-persediaan kendiri
#membentuk personaliti/imej kendiri yg menarik.
#meningkatkan kemahiran insaniah (kemahiran komunikasi/kepimpinan/kemahiran penyelesaian masalah yg baik)

-pendedahan tentang kursus yang ditawarkan
#kursus jangka pendek/jangka panjang/pengajian berkembar.
#pengajian di dalam dan di luar negara.
#TVET/kursus atau latihan teknikal dan vokasional.

2. Punca budaya makan bersama-sama ahli keluarga kurang diamalkan
-ibu bapa sibuk dengan urusan kerja/mengembangkan kerjaya.
-anak-anak sibuk dengan tugasan sekolah/pembelajaran.
-ibu bapa tidak mendidik anak-anak dengan budaya makan bersama sejak kecil.
-pengaruh gaya hidup moden/teknologi.
-kurang kesedaran akan pentingnya amalan makan bersama.
-hubungan kekeluargaan yang hambar/tidak mesra.
-ruang makan tidak kondusif/sempit.
-tarikan makan di luar bersama dengan rakan-rakan.

3. Kebaikan & Usaha Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030
-Kebaikan
#melahirkan masyarakat Malaysia yg bermaklumat/berilmu pengetahuan.
#industri buku negara berkembang maju.
#kadar buta huruf dapat dihapuskan.
#menambahkan kosa kata/perbendaharaan kata.
#membantu masyarakat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.
#membaca ialah senaman minda/meningkatkan memori atau fokus.
#meningkatkan kreativiti.
#mengurangkan tekanan.

-Usaha
#penerbit buku menawarkan potongan harga.
#ibu bapa menyediakan bahan bacaan/sudut bacaan di rumah.
#pihak sekolah menganjurkan program galakan membaca.
#pihak kerajaan menggiatkan kempen memupuk amalan membaca/pesta buku.
#penulis buku perlu kreatif dalam menghasilkan karya yg menarik.
#agensi kerajaan menjadikan buku sebagai hadiah dalam pelbagai pertandingan.
#pihak swasta/korporat memberikan sokongan/bantuan kewangan dlm program galakan membaca.

4. Sumbangan hutan dalam kehidupan manusia sejagat
-hutan menjadi habitat flora dan fauna.
-hutan membekalkan sumber bahan mentah/pembalakan.
-hutan mampu mencegah kejadian tanah runtuh.
-hutan mengawal suhu bumi/pemanasan global.
-hutan berpotensi menjadi kawasan ekopelancongan.
-hutan menjadi kawasan tadahan hujan secara semula jadi.

5. Langkah yang wajar dilakukan bagi melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa/budi pekerti/akhlak mulia/nilai murni
-kerajaan memperkasakan kempen berbudi bahasa.
-ibu bapa mendidik anak tentang amalan berbudi bahasa.
-ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
-sekolah memperkasakan subjek Sivik dan Kewarganegaraan.
-guru menerapkan nilai murni dalam PdPc seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
-badan bukan kerajaan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang amalan berbudi bahasa.
-ibu menasihati anak-anak supaya menghormati orang yang lebih tua/ menerapkan sikap hormat-menghormati.
*Pulau Pinang*


Bahagian A
1. Kepentingan majlis anugerah pelajar cemerlang
-menghargai pencapaian murid
-motivasi kepada murid
-menjadi kebangaan kepada ibu bapa

Bahagian B
1. Kebaikan & Keburukan penggunaan internet kepada diri (remaja)
-Kebaikan
#dapat menerima maklumat dengan mudah dan pantas.
#dapat menambah kenalan daripada penggunaan Internet.
#saluran untuk menambah pendapatan.

-Keburukan
#terpengaruh dengan anasir negatif.
#remaja menjadi malas dalam aktiviti seharian.
#boleh mengundang pelbagai penyakit.

2. Kepentingan hidup berjiran
-dapat membantu jika menghadapi sesuatu masalah.
-dapat membantu melancarkan sesuatu majlis keramaian.
-memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

3. Langkah mengatasi kemalangan jalan raya
-mengadakan kempen kesedaran dalam isu kemalangan jalan raya.
-menggunakan pengangkutan awam.
-penyelenggaraan kenderaan dari semasa ke semasa.
-memperbaiki jalan raya yang bermasalah.

4. Kepentingan bantuan kemanusiaan terhadap negara yang terlibat
-bantuan perubatan kepada mangsa peperangan.
-bantuan kemudahan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, sebagainya.
-bantuan kewangan.
-bantuan pakar motivasi/kaunseling.

5. Penulisan sebuah cerpen yang bertemakan kesabaran
-watak & plot cerpen bebas mengikut kreativiti calon.

*Perlis*

Bahagian A

1. Cara remaja menjaga nama baik diri sendiri
-menjaga penampilan diri
-menjaga batas pergaulan
-menjaga tutur kata

Bahagian B
1. Cara murid memperoleh ilmu pengetahuan 
-melalui Internet/jaringan sosial.
-melalui media cetak.
-melalui media elektronik.
-mengunjungi perpustakaan.
-guru.
-ibu bapa.
-pengalaman.

2. Peranan ibu bapa untuk menerapkan pendidikan keusahawanan kepada anak-anak
-ibu bapa menjadi suri teladan.
-ibu bapa membawa anak mengunjungi ekspo keusahawanan/gerai jualan.
-ibu bapa menghantar anak mengikuti kursus berkaitan keusahawanan.
-ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian.
-ibu bapa memberikan bantuan (modal/sokongan moral).


3. Amalan masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan
-masyarakat menyertai kegiatan gotong-royong.
-masyarakat mengamalkan ziarah-menziarahi.
-masyarakat menganjurkan/menghadiri rumah terbuka.
-masyarakat menghulurkan bantuan ketika kecemasan.
-masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan Rukun Tetangga.

4. Kepentingan pelaburan asing kepada negara yang terlibat
-meningkatkan ekonomi.
-mewujudkan/menambahkan peluang pekerjaan.
-menggalakkan perkongsian/pemindahan teknologi.
-mengukuhkan hubungan antara negara.
-memajukan infrastruktur.

5. Penulisan sebuah cerita berdasarkan 'guru merupakan insan yang gigih berusaha demi memastikan kejayaan muridnya'.
-kegigihan guru
-jasa guru
-sumbangan
-kejayaan murid
#cerita perlu mengandungi watak & peristiwa