2020年7月22日星期三

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (4)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)

*Kedah*

Bahagian A
1. Cara murid mengisi masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah
-bersukan
-membaca
-membantu ibu bapa melakukan kerja rumah

Bahagian B
1. Persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda menceburi bidang kerjaya yang diminati.

2. Peranan ibu bapa untuk memupuk amalan menjaga kebersihan kediaman dalam kalangan anak-anak.

3. Usaha yang wajar dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

4. Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan tentang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyebabkan pelbagai keburukan kepada masyarakat global. Tulis rencana itu selengkapnya.

5. Petikan rangkap sajak di atas menjelaskan kesedihan hati seorang ibu yang diabaikan oleh anak-anaknya. Huraikan bagaimanakah anak-anak boleh membalas jasa ibu bapa mereka?

*Negeri Sembilan*

Bahagian A
1. Manfaat menganjurkan Hari Keusahawanan di sekolah
-memupuk semangat berniaga
-mendedahkan murid tentang perniagaan
-memupuk nilai-nilai murni

Bahagian B
1. Kejayaan cemerlang seseorang murid banyak bergantung pada amalan disiplin yang tinggi. Bincangkan.

2. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia. Berikan pendapat anda.

3. Kes kemalangan jalan raya menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan ahli keluarga yang terlibat. Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya’.  Sediakan teks ceramah tersebut.

4. Menguasai pelbagai bahasa amat penting terutama dalam dunia tanpa sempadan. Banyak faedah yang diperoleh jika kita menguasai pelbagai bahasa asing. Ulaskan pernyataan ini.

5. Sedikit-sedikit, lama- lama menjadi bukit.
Peribahasa di atas bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara sedikit-sedikit yang akhirnya akan memberikan hasil yang banyak. 
Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa tersebut.

*Melaka*

Bahagian A
1. Faedah penubuhan koperasi sekolah
i) Memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid
ii) Mudah mendapat barangan dan perkhidmatan
iii) Menambah sumber kewangan sekolah

Bahagian B
1. Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato.
Tajuk pidato anda ialah cabaran remaja dalam meningkatkan sahsiah diri. Tulis teks pidato itu selengkapnya.

2. Semangat patriotisme sangat penting diterapkan dalam diri remaja pada masa kini.
Huraikan peranan ahli keluarga bagi memupuk semangat patriotisme tersebut.

3. Pendidikan maya mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar.
Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam mengaplikasikan pendidikan maya dalam
pembelajaran.

4. Penularan wabak banyak memberi kesan negatif dalam sesebuah negara.
Bincangkan peranan negara-negara serantau dalam membasmi wabak tersebut.

5. Bunyi rebana sudah bergema,
Cepatlah adik, nanti terlambat,
Wau gasing permainan lama,
Bagaimana mungkin mahu dimartabatkan?
Huraikan cara-cara untuk memartabatkan permainan tradisional di negara kita.




没有评论 :

发表评论