Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)
*Selangor*
Bahagian A
1. Cara menguruskan kewangan
yang boleh dijadikan sebagai panduan agar menjadi pengguna bijak.
· Mengamalkan sikap jimat
cermat.
· Membandingkan harga.
· Menyenaraikan barangan
keperluan.
Bahagian B
1. Tanggungjawab anak-anak
terhadap ibu bapa.
- Melawat/menziarahi ibu bapa yang
berada di kampung setiap hujung minggu.
- Mengambil berat perihal ibu bapa
dengan sentiasa menghubungi ibu bapa, selalu bertanyakan khabar melalui
telefon.
- Menyediakan kemudahan seperti
tempat tinggal yang selesa, pengangkutan dan makan pakai ibu bapa.
- Membuat ibu bapa berasa gembira
seperti membawa ibu bapa melancong, menyambut ulang tahun kelahiran ibu bapa,
atau menghantar ibu bapa menunaikan Umrah/ Haji.
- Menghormati dan berlemah lembut
dengan ibu bapa; tidak bercakap kasar, menjaga ibu bapa yang sakit/uzur,
menjaga maruah ibu bapa.
2. Langkah untuk menangani
stres/tekanan dalam kalangan masyarakat
- Menjalankan aktiviti riadah
seperti bersenam, berkelah, bersiar-siar, berbasikal – dapat meningkatkan
kesihatan dari segi fizikal dan minda.
- Rehat dan tidur yang cukup, tubuh
memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari tidur setiap hari, mengatur waktu
tidur secara konsisten/tetap.
- Makan makanan yang berkhasiat –
minum air masak sekurang-kurangnya 8 liter sehari, lebihkan makan sayur-sayuran
dan buah-buahan, kurangkan pengambilan kafien. Kurangkan pengambilan makanan
segera dan berlemak.
- Melakukan perkara/hobi yang
disukai – bersukan, melancong, membaca, memancing.
- Mendapatkan bantuan kaunselor,
pakar psikologi atau orang yang dipercayai untuk membantu menyelesaikan masalah
– tidak memendam masalah seorang diri, berfikiran positif dan tidak lari
daripada masalah. Bersolat dan perpegang teguh dengan pegangan agama.
3. Kepentingan Pelancongan
Kesihatan Yang Dapat Memajukan Negara
- Dapat meningkatkan ekonomi negara
– pengaliran wang dari negara luar ke dalam negara, cukai daripada perkhidmatan
mendapatkan rawatan kesihatan, bayaran kos perubatan, ubat-ubatan dan caj
hospital.
- Memberikan peluang pekerjaan
kepada rakyat – pembukaan hospital baharu memerlukan tenaga pekerja seperti
pegawai perubatan, ahli farmasi, pengawal keselamatan. Membantu meningkatkan
taraf kehidupan masyarakat.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan
hospital di Malaysia – prasarana perubatan ditambah baik dan pada tahap kelas
pertama, infrastuktur seperti jalan raya, kemudahan pengangkutan ditingkatkan.
- Menjana industri pelancongan
negara – ramai pelancong asing datang untuk mendapatkan rawatan dan kemudahan,
berlaku pertukaran mata wang asing, meningkatkan nama negara di persada
antarabangsa.
- Menggalakkan perkembangan
perubatan tradisional – rawatan alternatif melalui herbaherba tradisional,
rawatan akupuntur, urutan refleksologi. Membantu menambahkan perembangan
Industri Kecil Sederhana ( IKS ).
4. Punca & Kesan
pemanasan global yang dihadapi penduduk dunia
#Punca
- Pencemaran alam sekitar yang tidak
terkawal seperti pembakaran hutan, pembebasan asap perindustrian dan penerokaan
hutan kerana sikap manusia yang mementingkan keuntungan.
- Pemantauan dan penguatkuasaan
undang-undang yang masih lemah.
#Kesan
- Penyebaran penyakit berbahaya,
cuaca yang tidak menentu, mengganggu kesimbangan eko sistem, kawasan tadahan
hujan semakin berkurangan,
- Mengancam kehidupan flora dan
fauna kerana kemusnahan habitat haiwan, sumber alam semulajadi semakin
berkurangan.
- Kehidupan penduduk dunia terancam
kerana suhu yang semakin meningkat, udara yang tercemar dan cuaca yang tidak
menentu.
5. Persediaan yang perlu
dilakukan untuk menjadi penulis berjaya
- Perlu banyak membaca hasil karya
penulis terkenal atau sasterawan negara; mempelajari teknik penulisan,
memperkaya kosa kata dan teknik pengolahan cerita yang matang.
- Mengembara ke sesuatu tempat
untk mencari pengalaman dan idea-idea yang bernas; mengenali dan memahami
budaya serta adat resam sesuatu kaum untuk menghasilkan karya yang realistik.
Jauh perjalanan luas pemandangan.
- Menimba ilmu pengetahuan berkaitan
penghasilan karya sastera yang bermutu - menyertai seminar teknik penulisan,
menulis berulang-ulang kali untuk memandapatkan hasil karya yang bermutu.
- Bersikap terbuka dan menerima
pandangan/kritikan daripada orang lain; penulis bertambah matang, memahami
kehendak dan harapan pembaca terhadap sesuatu karya, menambah baik hasil mutu
karya sastera melalui kritikan dan komen yang diutarakan.
- Peka/prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu semasa; boleh dijadikan sumber ilham dalam penulisan, tidak
ketinggalan, dapat memberikan pendapat/kritikan sosial secara tidak langsung
secara sihat.
没有评论 :
发表评论