2020年7月22日星期三

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019 (3)

Soalan Karangan Kertas 1 Percubaan SPM 2019
(Dikemas Kini oleh Knowledge Is Infinite)


*Kelantan*

Bahagian A
1. Kepentingan mengukuhkan semangat patriotik
-menjamin perpaduan kaum
-mengelakkan perbuatan negatif
-memajukan negara

Bahagian B
1. Cara penjagaan kebersihan diri
2. Peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka
3. Kesan pengambilan makanan tambahan kepada masyarakat
4. Faktor Malaysia menjadi pilihan pekerja asing untuk mencari rezeki

5. Ciri karya yang boleh menarik generasi muda menjadi masyarakat yang minat membaca
*MRSM*

Bahagian A
1. Manfaat hari sukan negara kepada pelajar
-mengamalkan budaya hidup sihat
-memupuk minat bersukan
-mengeratkan hubungan

Bahagian B
1. Kelebihan minggu kerjaya kepada para pelajar
-peluang kerjaya
#maklumat peluang kerjaya mengikut minat, bakat, kelayakan akademik.
#mendapat maklumat berkaitan agensi/institusi yg menawarkan peluang pekerjaan yg sesuai.
#mendapatkan maklumat tajaan utk menyambung pengajian.

-persediaan kendiri
#membentuk personaliti/imej kendiri yg menarik.
#meningkatkan kemahiran insaniah (kemahiran komunikasi/kepimpinan/kemahiran penyelesaian masalah yg baik)

-pendedahan tentang kursus yang ditawarkan
#kursus jangka pendek/jangka panjang/pengajian berkembar.
#pengajian di dalam dan di luar negara.
#TVET/kursus atau latihan teknikal dan vokasional.

2. Punca budaya makan bersama-sama ahli keluarga kurang diamalkan
-ibu bapa sibuk dengan urusan kerja/mengembangkan kerjaya.
-anak-anak sibuk dengan tugasan sekolah/pembelajaran.
-ibu bapa tidak mendidik anak-anak dengan budaya makan bersama sejak kecil.
-pengaruh gaya hidup moden/teknologi.
-kurang kesedaran akan pentingnya amalan makan bersama.
-hubungan kekeluargaan yang hambar/tidak mesra.
-ruang makan tidak kondusif/sempit.
-tarikan makan di luar bersama dengan rakan-rakan.

3. Kebaikan & Usaha Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030
-Kebaikan
#melahirkan masyarakat Malaysia yg bermaklumat/berilmu pengetahuan.
#industri buku negara berkembang maju.
#kadar buta huruf dapat dihapuskan.
#menambahkan kosa kata/perbendaharaan kata.
#membantu masyarakat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.
#membaca ialah senaman minda/meningkatkan memori atau fokus.
#meningkatkan kreativiti.
#mengurangkan tekanan.

-Usaha
#penerbit buku menawarkan potongan harga.
#ibu bapa menyediakan bahan bacaan/sudut bacaan di rumah.
#pihak sekolah menganjurkan program galakan membaca.
#pihak kerajaan menggiatkan kempen memupuk amalan membaca/pesta buku.
#penulis buku perlu kreatif dalam menghasilkan karya yg menarik.
#agensi kerajaan menjadikan buku sebagai hadiah dalam pelbagai pertandingan.
#pihak swasta/korporat memberikan sokongan/bantuan kewangan dlm program galakan membaca.

4. Sumbangan hutan dalam kehidupan manusia sejagat
-hutan menjadi habitat flora dan fauna.
-hutan membekalkan sumber bahan mentah/pembalakan.
-hutan mampu mencegah kejadian tanah runtuh.
-hutan mengawal suhu bumi/pemanasan global.
-hutan berpotensi menjadi kawasan ekopelancongan.
-hutan menjadi kawasan tadahan hujan secara semula jadi.

5. Langkah yang wajar dilakukan bagi melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa/budi pekerti/akhlak mulia/nilai murni
-kerajaan memperkasakan kempen berbudi bahasa.
-ibu bapa mendidik anak tentang amalan berbudi bahasa.
-ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
-sekolah memperkasakan subjek Sivik dan Kewarganegaraan.
-guru menerapkan nilai murni dalam PdPc seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
-badan bukan kerajaan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang amalan berbudi bahasa.
-ibu menasihati anak-anak supaya menghormati orang yang lebih tua/ menerapkan sikap hormat-menghormati.
*Pulau Pinang*


Bahagian A
1. Kepentingan majlis anugerah pelajar cemerlang
-menghargai pencapaian murid
-motivasi kepada murid
-menjadi kebangaan kepada ibu bapa

Bahagian B
1. Kebaikan & Keburukan penggunaan internet kepada diri (remaja)
-Kebaikan
#dapat menerima maklumat dengan mudah dan pantas.
#dapat menambah kenalan daripada penggunaan Internet.
#saluran untuk menambah pendapatan.

-Keburukan
#terpengaruh dengan anasir negatif.
#remaja menjadi malas dalam aktiviti seharian.
#boleh mengundang pelbagai penyakit.

2. Kepentingan hidup berjiran
-dapat membantu jika menghadapi sesuatu masalah.
-dapat membantu melancarkan sesuatu majlis keramaian.
-memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

3. Langkah mengatasi kemalangan jalan raya
-mengadakan kempen kesedaran dalam isu kemalangan jalan raya.
-menggunakan pengangkutan awam.
-penyelenggaraan kenderaan dari semasa ke semasa.
-memperbaiki jalan raya yang bermasalah.

4. Kepentingan bantuan kemanusiaan terhadap negara yang terlibat
-bantuan perubatan kepada mangsa peperangan.
-bantuan kemudahan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, sebagainya.
-bantuan kewangan.
-bantuan pakar motivasi/kaunseling.

5. Penulisan sebuah cerpen yang bertemakan kesabaran
-watak & plot cerpen bebas mengikut kreativiti calon.

*Perlis*

Bahagian A

1. Cara remaja menjaga nama baik diri sendiri
-menjaga penampilan diri
-menjaga batas pergaulan
-menjaga tutur kata

Bahagian B
1. Cara murid memperoleh ilmu pengetahuan 
-melalui Internet/jaringan sosial.
-melalui media cetak.
-melalui media elektronik.
-mengunjungi perpustakaan.
-guru.
-ibu bapa.
-pengalaman.

2. Peranan ibu bapa untuk menerapkan pendidikan keusahawanan kepada anak-anak
-ibu bapa menjadi suri teladan.
-ibu bapa membawa anak mengunjungi ekspo keusahawanan/gerai jualan.
-ibu bapa menghantar anak mengikuti kursus berkaitan keusahawanan.
-ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian.
-ibu bapa memberikan bantuan (modal/sokongan moral).


3. Amalan masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan
-masyarakat menyertai kegiatan gotong-royong.
-masyarakat mengamalkan ziarah-menziarahi.
-masyarakat menganjurkan/menghadiri rumah terbuka.
-masyarakat menghulurkan bantuan ketika kecemasan.
-masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan Rukun Tetangga.

4. Kepentingan pelaburan asing kepada negara yang terlibat
-meningkatkan ekonomi.
-mewujudkan/menambahkan peluang pekerjaan.
-menggalakkan perkongsian/pemindahan teknologi.
-mengukuhkan hubungan antara negara.
-memajukan infrastruktur.

5. Penulisan sebuah cerita berdasarkan 'guru merupakan insan yang gigih berusaha demi memastikan kejayaan muridnya'.
-kegigihan guru
-jasa guru
-sumbangan
-kejayaan murid
#cerita perlu mengandungi watak & peristiwa

没有评论 :

发表评论