Ciri-ciri generasi berwawasan
- ·
Berusaha
menuntut ilmu
- ·
Memiliki
semangat patriotik
- ·
Berkemahiran
tinggi
Umum mengetahui bahawa generasi
berwawasan merupakan golongan muda kontemporari yang akan menerajui negara pada
masa kelak dengan ciri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap, serta
mantap bagi mencapai misi dan visi kudsi negara menjelang tahun 2035. Serangkai
kata bertuah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kepentingan mereka
kepada negara tidak dapat dinafikan lagi, apatah lagi dalam usaha kita untuk
melangkah ke arah negara maju. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang perlu ada
dalam diri remaja yang berwawasan?
Seseorang remaja yang
berwawasan acap kali berusaha menuntut
ilmu. Hal ini demikian kerana mereka mengetahui bahawa ilmu itu pelita
hidup dan membaca itu jambatan ilmu. Bukan itu sahaja, generasi muda dapat mengaplikasikan
semua ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam menjalankan sesuatu tugas. Dengan itu,
golongan ini tidak merungut dan berputus asa ketika menangkis sebarang kekangan.
Konklusinya, sikap berusaha menuntut ilmu akan memanifestasikan keperibadian
remaja yang berwawasan.
Kriteria seterusnya ialah memiliki semangat patriotik yang
menebal dalam diri. Hal ini tercetus apabila generasi muda memiliki perasaan cinta
akan negara yang mendalam tanpa sebarang prasangka. Dengan itu, golongan belia
akan berpegang teguh kepada undang-undang negara. Seyogia, mereka sentiasa
mendahulukan kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Umpamanya, penglibatan
diri dalam Program Latihan Khidmat Negara merupakan tanda bukti terbaik sebagai
semangat patriotik yang tinggi. Tegasnya, ciri-ciri tersebut perlulah
dimiliki untuk menjadi pedoman hidup.
Rentetan itu, generasi berwawasan juga hendaklah berkemahiran tinggi. Hal ini demikian kerana mereka sanggup mencari dan meneroka pengalaman baru untuk berada pada tahap yang tinggi. Tamsilnya, mereka sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu, yakni dari segi bahasa, ekonomi, sosial, sains dan teknologi, dan sebagainya. Dengan itu, generasi muda dapat membuat penilaian dan keputusan secara bijak dan rasional. Sudah terang lagi bersuluh, generasi muda yang berkemahiran tinggi mampu berdaya saing dalam era iktisad dunia yang kian mencabar.
Ikhtisarnya, generasi
berwawasan sememangnya merupakan tonggak pembangunan negara, maka semua remaja
perlulah sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan diri sebelum terlewat
kerana sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Diharapkan kelahiran
remaja berwawasan dapat memartabatkan imej dan menyemarakkan
keharuman negara kita di persada antarabangsa. Dalam konteks ini, golongan
cendekiawan pernah berpesan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya!
没有评论 :
发表评论