2018年12月26日星期三

Jalan Kerja Soalan Objektif Penggal 2 Ekonomi STPM 2013 (U)

1. Pemboleh ubah yg tidak termasuk dlm aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor :
Jawapan : D. eksport  (X) terlibat dlm empat sektor sahaja.

Penerangan : Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor Y=C+I+G
                      Perbelanjaan penggunaan = C, perbelanjaan kerajaan = G, pelaburan = I


2. Keluaran negara kasar hrg pasaran lebih besar drpd keluaran negara kasar kos faktor kerana (KNKhp> KNKkf)

Jawapan : A. cukai tak langsung melebihi subsidi (CTL > B)

Penerangan :
KNKhp = KNKkf + CTL - B
KNKkf  = KNKhp - CTL + B

Jadi, apabila KNKhp > KNKkf, nilai  CTL > B.


3. Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah B. RM521096juta.

Penerangan :

Perbelanjaan penggunaan awam dan swasta (C) +
Pembentukan modal kasar awam dan swasta (I) +
Eksport barang dan perkhidmatan (X) +
Import barangan dan perkhidmatan (M) -
Perubahan stok (+)

= RM521096 juta

*Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN abaikan kerana hanya dijumlahkan apabila soalan dikehendaki untuk menghitung KNK)


4. Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) ialah B. RM215juta.

Penerangan :

KNK = 1982
KDNK = C+I+G+X-M = 1286+188+274+(25-6) = 1767

KNK - KDNK = PFbLN
1982 - 1767 = 215

5. Tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y) apabila
Perbelanjaan pelaburan (I) = 400
Perbelanjaan kerajaan (G) = 200

ialah B. RM5000juta

Pendapatan negara (Y) = Perbelanjaan penggunaan (C) + Perbelanjaan pelaburan (I) + Perbelanjaan kerajaan (G)

apabila Y=4000, C+I+G adalah sebanyak 3600+400+200 = 4200
apabila Y=5000, C+I+G adalah sebanyak 4400+400+200 = 5000
apabila Y=6000, .....= 5800
apabila Y=7000, .....= 6600
apabila Y=8000, .....= 7400


* Y = C+I+G,  5000 = 5000 , maka jawapan ialah B.


6. Fungsi tabungan (S) ialah D. S= -1200+0.4Y

apabila Y=4000, S= 400
apabila Y=6000, S=1200
apabila Y=8000, S=2000

Perubahan Y adalah 2000
Perubahan S adalah 800

S= -a + dY

-a  ialah  tabungan autonomi (tetap)
d ialah kecenderungan menabung sut (MPS)

untuk dapat -a , kita menghitung berdasarkan perubahan nilai Y & S

apabila Y=2000, S= -400
apabila Y= 0, -a = -1200 (nilai autonomi apabila Y sifar)

untuk dapat d, iaitu MPS, kita menghitung berdasarkan perubahan S bahagi perubahan Y

Formula MPS = Perubahan S / Perubahan Y


d= MPS = 800/2000
d= 0.4

Ringkasnya, -a = -1200, d=0.4
S= -a +dY
S= -1200+0.4Y


7. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat terdiri daripada
Jawapan D.  =  C, I, G

8. Fungsi penggunaan ialah C=120+0.6Yd , lompang deflasi adalah B. RM23juta.

Penerangan :

Pelaburan (I) =40
Perbelanjaan kerajaan (G) =20
Cukai (T) =5
Pendapatan negara potensi (Yf) =500

* Yd = Y-T

Ye = C+I+G
     =  120+0.6Yd + 40 + 20
    =  120+0.6(Y-5) + 40 + 20
    = 120+0.6Y-3+40+20
    = 177 +0.6Y
Y-0.6Y =177
0.4Y =177
Ye = 442.50

Lompang deflasi = Jurang KNK/ Pengganda

Jurang KNK = Yf - Ye = 500-442.5 =57.5
Pengganda = 1/ (1-MPC) = 1/(1-0.6) = 2.5

Lompang deflasi = 57.5/2.5 = 23juta


9. Faktor mengalihkan keluk permintaan agregat (keluk AD) ke kanan bermaksud faktor pertambahan permintaan agregat (AD meningkat)

Jawapan : C. Peningkatan penawaran wang (DDm akan menyebabkan AD naik)

Penerangan : Elemen AD = C, I, G, (X-M),bekalan wang

ini bermakna apabila AD naik, elemen AD pun naik.

A. Pengurangan eksport bersih (X-M menurun) = AD menurun
B. Peningkatan cukai sekali gus  = AS menurun
D. Pengurangan perbelanjaan pelaburan (I) = AD menurun


10. Menurut (AD-AS), peningkatan harga dan pendapatan negara (P&Y) disebabkan

Penerangan :
A. Penurunan kadar bunga -AD naik, P&Y naik
B. Peningkatan produktiviti buruh- AS naik
C. Pemberhentian pemberian subsidi- AS turun
D. Peningkatan cukai pendapatan individu- AD turun


11. Kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah D. nilai wang merosot apabila harga meningkat


12. Mengikut Teori Kuantiti Wang, apabila
halaju wang (V) = 5
jumlah keluaran (PT) = 600
perubahan harga = 4 naik kpd 6

Formula : MV=PT

M- penawaran wang

MV=PT
M(5)=600
M= 600/5 = 120

120 x 4 = 480
120 x 6 = 720

Penawaran wang bertambah dari 480 kpd 720 (Jawapan C)



13. Permintaan wang utk tujuan urus niaga dan awasan ialah A. RM24juta

Keluk pertama ialah permintaan wang utk spekulasi
Keluk kedua ialah jumlah permintaan wang

Jumlah permintaan wang = Permintaan wang utk spekulasi + Permintaan wang utk tujuan urus niaga dan awasan

Pada kadar bunga 4%, jumlah permintaan wang  ialah  110juta, permintaan wang utk spekulasi ialah 86juta.

110 - 86 = 24juta.

(juga boleh guna 6% utk dpt jawapan, 72-48 =24)


Soalan 14-16 konsep sila rujuk nota masing-masing.

14. B
15. C
16. C


17. D
18. A
19. A
20. D

Koleksi Set Soalan Komsas Tingkatan 4&5 SPM Bahasa Melayu

Soalan 2(b)

1. Munsyi

SET 1

#(a) Kesan penjajahan kuasa….. (jawapan cari dlm petikan) sendiri buat, utk ingat.
- Bangsa Melayu merempat.
- Bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga.
- Maruah bangsa Melayu dicabul.

#(b) langkah memartabatkan tulisan Jawi di Malaysia :
-Tulisan Jawi diajar di semua sekolah.
- Papan tanda menggunakan tulisan Jawi.
- Memperbanyak bahan bacaan dalam tulisan Jawi.
- Pertandingan bahasa dalam tulisan Jawi.
- Pameran pertandingan Jawi di semua peringkat.

#(c) Nilai :
* dlm petikan :
-Nilai keberanian.
Contohnya, harapan bonda agar Mei berani memperjuangkan nilai dan kedaulatan bangsa.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Nilai kegigihan.
Contohnya, Mei gigih mencari sebuah rumah kayu berukir indah di perkampungan.
Kemudian, tradisi di pinggir kota sehingga berjaya mengesannya.

SET 2

#(a) Harapan bonda terhadap Mel… (jawapan cari dlm petikan)
- Moga-moga Mel menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa Mel sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.

#(b) Perbezaan antara ketamadunan generasi sekarang dengan generasi dahulu :
- Dari segi bahasa, penggunaan bahasa yang betul tidak dititiberatkan.
- Generasi dahulu rela berkorban apa sahaja demi negara.
- Sentiasa memikirkan pembaharuan seperti teknologi.
- Pemikiran lebih rasional dan kreatif.

#(c) Latar masyarakat :
Masyarakat yang mengkaji sejarah.
Contohnya, bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau.
-Masyarakat yang prihatin.
Contohnya, bonda ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya.
Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini.



2. Berkhidmat untuk Negara

SET 1

#(a) obj PLKN diperkenalkan. (jawapan cari dlm petikan)

- menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
- memupuk semangat perpaduan antara kaum.
- membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

#(b) Cara untuk memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat di negara kita (selain aktiviti PLKN) :
- mengadakan aktiviti gotong-royong.
- mengadakan majlis rumah terbuka.
- mengadakan aktiviti hari keluarga.
- menubuhkan pasukan rukun tetangga.

#(c) Persoalan :
* dlm petikan :
-Persoalan kegigihan menuntut ilmu.
Contohnya, Sandarani mendapatkan pelbagai… (jawapan wujud kesalahan) sila huraikan sendiri.
* dlm drama : (keseluruhan)
-Persoalan cinta akan negara.
Contohnya, Aiman akan menyertai PLKN dan akan membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya kerana mempunyai semangat cinta akan negara.


3. Kaduk, Ayam dan Raja

SET 1

#(a) tawaran yg diperolehi jika Pak Kaduk menang dlm persabungan (jawapan cari dlm petikan)

- berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan.
- termasuklah mengekalkan hak milik tanahnya.

#(b) Wajarkah Azzam bertindak sedemikian ketika berhujah di mahkamah? :
- wajar.
- kerana Azzam merupakan seorang peguam yang bertanggungjawab untuk membela anak guamnya.
- kerana Azaam merupakan kawan baik Hakim.
- kerana Azzam ingin mempertahankan hak orang yang telah ditindas dan tidak bersalah.

#(c) Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah :
- berfikiran matang untuk membezakan perkara yang betul dan salah, serta mampu menyelesaikan masalah dalam apa jua keadaan.
- mengikuti perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan dalam apa-apa bidang perguaman.
- taat perintah agama supaya tidak mudah terpengaruh dengan wang dan dikaburi dengan rasuah.


SET 2

#(a) bagaimana cara Hakim memanfaatkan tanah Pak Kaduk (jawapan cari dlm petikan)
- dengan menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar.
- dia bertindak memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor.
- dia turut berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.

#(b) Mengapakah Malaysia memerlukan lebih pengeluaran makanan? :
- bagi meningkatkan jumlah makanan yang terdapat di negara kita.
- bagi menampung keperluan makanan rakyat Malaysia yang semakin meningkat.
- bagi meningkatkan penghasilan produk makanan demi meningkatkan pendapatan negara.

#(c) Pengajaran :
* dlm petikan :
-Kita mestilah berusaha untuk memanfaatkan tanah yang terbiar.
Contohnya, Hakim mengambil pelbagai inisiatif sebagai usaha memajukan dan memanfaatkan tanah Pak Kaduk.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Kita mestilah bertanggungjawab membersihkan nama dan maruah ahli keluarga.
Contohnya, Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama datuknya.


4. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

SET 1

#(a) mengapakah jaket kulit itu telah  membawa kegembiraan : (jawapan cari dlm petikan)
- kerana lelaki tua berjaya menjualkannya kepada Shahmeem dan Shahmeem telah berjaya menjualkannya kepada aku.
- kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhospohorus.

#(b) Perwatakan :
* dlm petikan :
-Aku merupakan seorang yang bertolak ansur dengan orang lain.
-Buktinya, aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira.
-Aku merupakan seorang yang pemurah.
-Buktinya, aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang.
* dlm cerpen : (yg lain)
-Aku merupakan seorang yang berjimat cermat.
-Buktinya, aku merancang perbelanjaan semasa berada di Istanbul supaya tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.
-Aku merupakan seorang yang baik hati.
-Buktinya, aku memberi sedekah kepada nenek tua yang buta sebelum meneruskan perjalanan bersama rakan-rakanku.

#(c) langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan haiwan :
- dengan mengekalkan hutan simpan di negara ini agar haiwan-haiwan tidak kehilangan tempat tinggal.
- pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada seorang pun yang berani memburu lagi.
- pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen sayangi haiwan supaya orang ramai dapat pendedahan tentang cara menghargai haiwan.


5. Cinta Ahmad Mutawakkil

SET 1

#(a) apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib (jawapan cari dlm petikan)
- mereka terdengar suara orang memberi salam dan bunyiny sangat rengsa.
- mereka melihat seorang lelaki di muka pintu.
- lelaki itu ialah Ahmad Mutawakkil dan kemeja putihnya berlumuran darah dan seluar kelabunya dipenuhi kotoran.
- calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.

#(b) apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu :
- jemaah surau itu perlu segera ergi ke lelaki itu dan membawanya ke dalam surau dan menenangkannya.
- setelah itu, lelaki itu perlu dirawat dan dibersihkan bajunya dan kemudian baru ditanyakan apa yang telah berlaku.

#(c) Persoalan :
* dlm petikan :
-Persoalan tentang masyarakat kampung yang bersatu padu.
Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan menunaikan ibadah bersama-sama di surau.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Persoalan tentang kesan kedatangan penjajah.
Contohnya, kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.


Soalan 2(c)

1. Kepimpinan Melalui Teladan

SET 1

#(a) Koleksi soalan maksud rangkai kata :
@- ‘terlalu kepetangan’
ans : tersangat licik/bijak/cerdik.

@- ‘mati dengan pekerjaan’
ans : meningal dunia/terkorban/maut disebabkan menjunjung titah.

@- ‘jangan tiada dikasihi anakku ini’
ans : sayangilah puteraku ini.

@- ‘segera menyuruh’
ans : cepat mengarahkan.

@- ‘dukacitalah sekalian empunya harta’
ans : pemilik harta akan berasa sedih.

@- ‘ firasat’
ans : ramalan/jangkaan.

#(b)…. (semua jawapan cari dlm petikan) 

s/1 : nyatakan barang yang dicuri oleh Kertala Sari dari Daha.
- Emas dan Perak.
- Pakaian.
- Wang berpuluh juta.

s/2 : nyatakan kaedah pembahagian harta sebagaimana yang dicadangkan oleh baginda raja.
-  harta dibahagikan kepada tiga bahagian.
- dua bahagian untuk Laksamana yang telah menjumpainya.
- sebahagian kepada pemiliknya.

s/3 : apakah sembah Laksamana kepada raja tentang penjurit itu dan apakah permintaan Laksamana?
- Laksamana memberitahu raja bahawa pada malam itu penjurit akan mencuri di Istana.
- Laksamana meminta kebenaran raja untuk pergi berkawal dan menangkap penjurit tesebut.

s/4 : nyatakan reaksi-reaksi Patih Gajah Mada sebaik sahaja mendengar kata-kata Kertala Sari.
- terlalu gembira/sukacita.
- diperjamunya dengan makanan minum.
- bersuka-sukaan.
- diberikannya sepersalinan.

s/5 : nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata daripada Kertala Sari berkenaan pelantikannya sebgaai penggawa agung.
- Patih Gajah Mada menjamu Kertala Sari makanan.
- Patih Gajah Mada memberikan layanan istimewa sambil berhibur/bersuka-sukaan.
- Patih Gajah Mada memberikan persalinan pakaian.
- Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Paduka Seri Betara.

s/6 :  apakah yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada selepas Kertala Sari berjumpa dengannya?
- Baginda berasa dukacita.
- Dijamu Kertala Sari dengan makanan dan minuman.
- Diberikan Kertala Sari persalinan.

#(c) Soalan KBAT :

s/1 : langkah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak yang bermusuhan untuk mengelakkan berlaku peperangan.
- mengadakan perbincangan secara tertutup.
- mengadakan genjatan senjata.
- menggunakan orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
- membuat perjanjian damai.
- memohon maaf/bertolak ansur.

s/2 : mengapakah Kertala Sari bersedia menjunjung titah Paduka Seri Betara untuk menyerang negeri Melaka ? (3sebab)
- menuntut bela atas kematian bapanya yang dibunuh oleh Laksamana Melaka.
- membuktikan bahawa dia juga merupakan seorang hulubalang yang hebat/gagah.
- sebagai rakyat, dia perlu patuh akan perintah pemerintahnya, iaitu Patih Gajah Mada.

s/3 : mengapakah Patih Gajah Mada berasa gembira setelah mendengar kata-kata Kertala Sari?
- dendam baginda terhadap Ratu Melaka akan dapat dilunaskan.
- orang yang dicari-carinya selama ini telah ditemukan.
- hasrat baginda untuk menewaskan Melaka mungkin tercapai.

s/4 : mengapakah ibu Kertala Sari menangis apabila Kertala Sari mennayakan bapanya?
- Ibu Kertala Sari menangis kerana :
- sudah hilang tempat bergantung.
- sudah menjadi balu.
- dia amat sayang akan suaminya.

s/5 : apakah ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda raja?
- bertanggungjawab dalam membuat pengagihan harta dengan kadar segera.
- menghargai jasa seseorang dengan memberikan ganjaran kepada Laksamana sebagai tanda penghargaan.
- adil dengan bertanyakan pendapat yang hadir tentang kata-kata Laksamana tentang pembahagian harta.

s/6 : apakah dua kepentingan Laksamana dalam pemerintahan beraja?
- mengawal keselamatan raja.
- merupakan ketua angkatan laut.


2 Burung Terbang Dipipiskan Lada


#(a) Koleksi soalan maksud rangkai kata :

@- ‘usahakan jangan diberi berkarat kemakanan’.
ans : berikhtiar supaya tidak rosak.

@- ‘mengadu halnya’.
ans : membuat aduan/memberi tahu tentang dirinya/ melaporkan masalah yang melibatkan dirinya.

@- ‘kedua-duanya sama orang berasal’.
ans : Seri Nara dan Paduka Raja daripada keturunan yang baik-baik.

@- ‘sia-sialah cula dibeli oleh bapaku’.
ans : azimat yang dibayar oleh ayahandanya menjadi sesuatu yang tidak berfaedah.

#(b)…. (semua jawapan cari dlm petikan)

s/1 : Sultan Muzaffar Syah menitahkan Tun Perak menghadap baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang. Nyatakan reaksi spontan Tun Perak.
- segera menghadap baginda.
- berdiam diri ektika pertama kali ditanya.
- menjelaskan perkara sebenar.

s/2 : nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak untuk membela dirinya.
- menyuruh Sri Amerda menjaga hal sendiri.
- beliau berjanji untuk menjaga negeri sebaik mungkin.

s/3 : jelaskan sebab-sebab Sultan Muzaffar Syah berdukacita dengan sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja.
- Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersepakat.
- hubungan kedua-duanya tidak baik, sering bermasam muka jika bertemu.
- bimbang negeri Melaka akan binasa jika kedua-dua pembesar itu tidak bersepakat.

s/4 : nyatakan alasan-alasan Seri Nara Diraja untuk berkahwin dengan Tun Kudu.
- Tun Kudu mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu isteri kepada Duli Yang Dipertuan.
- Tun Kudu merupakan seorang yang cantik dan jelita.
- Tun Kudu jauh lebih muda berbanding dengan Seri Nara Diraja.

#(c) Soalan KBAT :

s/1 : jelaskan pendapat anda tentang tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.
- taat setia dengan sepenuhnya.
- berusaha untuk memajukan negara.
- sentiasa mendaulatkan negara.
- menjaga keamanan negara.
- mengekalkan perpaduan antara kaum.

s/2 : bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang baik untuk mentadbir urus sesebuah negara?
- bersifat amanah terhadap tanggungjawab yang dipikul.
- sentiasa berfikiran terbuka mendengar pendapat orang lain.
- perlu bertolak ansur dengan rakan-rakan sejawatan.
- bersikap prihatin dengan masalah dalam negara terutama kesusahan rakyat.
- mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.

s/3 : sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja berdasarkan petikan adalah tidak wajar. Berikan alasan-alasan anda.
- Paduka Raja dan Seri Nara Diraja merupakan pembesar negeri Melaka yang utama.
- perhubungan yang tidak baik antara kedua-duanya menyebabkan rakyat berpecah belah.
- memberi kesan buruk terhadap urusan pentadbiran negeri Melaka.

s/4 : mengapakah Duli Yang Dipertuan sanggup menceraikan isterinya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja?
- untuk menyatukan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
- sebagai anugerah kepada Seri Nara Diraja untuk menghargai jasanya.
- memastikan rakyat bersatu apabila ketua-ketua pemimpin tidak saling tidak bermusuhan.


Soalan 2(d)

1. Beberapa petua hidup

#Bentuk gurindam :
- mengandungi 18 perenggan
- dua baris dalam setiap perenggan
- rima akhir aabb

#Berikan maksud kalau mulut tajam dan kasar, boleh ditimpa bahaya besar.
- jikalau tidak pandai menjaga pertuturan pasti akan mewujudkan pergaduhan/permusuhan.

#Mengapakah seseorang itu memerlukan rakan-rakan untuk didampingi?
- tempat kita untuk mencurahkan masalah yang dihadapi.
- kita dapat bertukar-tukar fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- rakan-rakan sentiasa memberi dorongan supaya kita berjaya.
- menemani kita semaa beriadah, membeli belah dan pelbagai lagi.

#Maksud rangkap terakhir (ke-18) :
- sekiranya hendak melakukan perbuatan khianat sentiasalah ingat akan balasan Tuhan.

# Apakah kekurangan bagi orang yang tidak berilmu?
- mudah ditipu oleh orang lain.
- tidak dapat membezakan ilmu yang benar atau ilmu palsu.
- bagi ibu bapa yang tidak berilmu, mereka tidak akan dapat mendidik anak-anak dengan baik.

# jelaskan dua pengajaran yang terdapat di gurindam di atas.
- Kita mestilah banyak berfikir dalam sesuatu perkara.
Contohnya, berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan akan mendatangkan kebaikan.
- Kita mestilah banyak berbuat jasa.
Contohnya, orang yang banyak berbuat jasa, pastinya namanya akan dikenang oleh masyarakat.

2 Gurindam Dua Belas

Nota Ringkas :

tema
- bertemakan nasihat kepada murid supaya memelihara anggota diri dan memiliki budi pekerti yang mulia.
Penjagaan anggota diri boleh mengelakkan diri  daripada melakukan perbuatan yang keji dan buruk serta dikecam oleh masyarakat.

2 persoalan
- Persoalan tentang penjagaan mata.
Kita mestilah menjaga mata agar tidak timbul sebarang keinginan.
- Persoalan tentang penjagaan tangan.
Kita perlulah menjaga tangan daripada melakukan dosa-dosa yang berat mahupun yang ringan.

2 gaya bahasa
-Anafora
Apabila terpelihara mata,
Apabila terpelihara kuping.
- Inversi
Khabar yang jahat tiadalah damping.
(sepatutnya ditulis :
tiadalah damping khabar yang jahat)

4 bentuk
- bentuk terikat/tidak bebas
- gurindam ini terdiri daripada tujuh rangkap
- setiap rangkap terdiri daripada dua baris
- rima akir gurindam ialah aa

maksud rangkap ke-3
- orang yang menjaga percakapannya akan mendapat manfaat.

maksud rangkap ke-4
- Kita disarankan agar tidak mengambil sesuatu yang  bukan merupakan hak milik snediri.

2 pengajaran
- Kita mestilah menjaga mata agar tidak timbul sebarang keinginan.
- Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

s 1.
#Apakah kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga pancainderanya?
#Mengapakah kita perlu menjaga anggota diri?
#Apakah kesan positif yang akan berlaku sekiranya anggota badan diperlihara dengan baik?
- kita tidak tersalah langkah.
- akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
- ramai orang akan bersahabat dan mendampingi kita.
- tidak berlaku pergaduhan dan permusuhan dengan orang lain.
- tidak menyakiti mahupun menyentuh perasaan orang lain.
- mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.
- untuk memelihara imej diri, keluarga, masyarakat dan negara.

s2.
#Lidah lebih tajam daripada mata pedang memang ada kebenarannya.
Jelaskan dua alasan untuk pernyataan di atas.
- percakapan yang tidak dijaga dan dikawal mudah menggores perasaan orang lain.
- punca utama berlaku pergaduhan dan permusuhan bermula dari kata-kata.

s 3.
#Apakah kesan yang timbul jika seseorang itu tidak menjaga tangannya dengan baik?
- mudah melakukan jenayah sama ada jenayah yang berat mahupun yang ringan.
- suka terlibat dalam permusuhan dan pergaduahn.
- beranggapan dia boleh melakukan apa-apa sahaja dengan adanya sepasang tangan.

s4.
#Mengapakah kita disarankan supaya memelihara tangan seperti yang disebutkan dalam gurindam di atas?
- tangan akan melakukan pelbagai perkara.
- tangan melakukan perkara baik atau buruk.

s5.
#Mengapakah seseorang perlu berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata?
- bimbang akan menggores perasaan orang lain.
- mengelakkan diri daripada berkata tentang sesuatu yang sia-sia.
- mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang terburu-buru.

2018年12月25日星期二

How to organise your MUET writing essay?

MUET WRITING ESSAY QUESTION 2 (800/4)

Marks : 60
Write the essay not less than 350 words

Introduction :
-Intro
-Stand (agree/disagree)
-Thesis Statement (state your point with one sentence)

thesis statement : I will discuss  idea 1, idea 2, and idea 3.
*it is important sentence as it will LIST DOWN all the key points to support your stand.

Point (3/4 point)
-Main idea
-Elaboration
-Example
-Reiteration (ayat tegas) - exp : therefore, thus, hence, consequently, as a result

Conclusion :
-Restating your stand (there is no doubt that....)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Essay Format : (Based on your idea)

1. Totally Agree/Disagree (100)
-Intro
-Agree/Disagree 1
-Agree/Disagree 2
-Agree/Disagree 3
-Conclusion

2. Partially Agree/Disagree (50-50) or (40-60)
-Intro
-Agree 1
-Agree 2
-Disagree 1
-Disagree 2
- Conclusion

or

-Intro
-Agree 1
-Agree 2
-Disagree 1
- Conclusion

*Whatever the question type, you SHOULD have a stand (in my opinion...)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Important linkers :
1. Emphasis/certainty (indeed, certainly, in fact, of course, undoubtedly, obviously)
2. Show 2 things are similar/alike (in the same way, similarly, in the same manner)



2018年12月24日星期一

Formula Pengiraan STPM Ekonomi Penggal 2 (ikut bab)

#Sumber : Knowledge is infinite#

BAB 1 PENGENALAN

1.Kadar pengangguran
= Jumlah penganggur ÷ Jumlah tenaga buruh × 100

= (Jumlah tenaga buruh Jumlah guna tenaga) ÷ Jumlah tenaga buruh × 100

2. Kadar inflasi
= (Indeks harga pengguna tahun semasa Indeks harga pengguna tahun sebelumnya) ÷
           Indeks harga pengguna tahun sebelumnya × 100

Petunjuk (Short Form) :
Indeks harga pengguna = IHP
tahun semasa = t
tahun sebelum = t-1

3. Kadar pertumbuhan ekonomi
= (KDNK benar tahun semasaKDNK benar tahun sebelumnya) ÷
    KDNK benar tahun sebelumnya × 100

4. Akaun dagangan = Nilai eksport barang nampak - Nilai import barang nampak

Petunjuk (Short Form) :
Eksport = X
Import = M

Apabila nilai X > M, imbangan dagangan lebihan
Apabila nilai X < M, imbangan dagangan kurangan
Apabila nilai X = M, imbangan dagangan seimbang

5. Akaun semasa = Imbangan akaun dagangan + Imbangan perkhidmatan + Imbangan pendapatan + Imbangan pindahan
6. Kitaran perniagaan :
Apabila KNK sebenar > KNK potensi, mengalami inflasi
(iaitu melebihi drpd pencapaian yg sepatutnya dicapai)

Apabila KNK sebenar < KNK potensi, mengalami deflasi/ kemelesetan
(iaitu masih terdapat faktor pengeluaran yg x digunakan @ masih mengalami pengangguran)

Apabila KNK sebenar = KNK potensi, mencapai guna tenaga penuh

*Rumusan BAB :
Umumnya, soalan bagi menghitung 'kadar' biasanya dihitung dengan (nilai semasa - nilai sebelum) ÷ nilai sebelum x 100
Kadar = Peratusan, jawapannya mesti diikuti oleh  symbol '%'


BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

1. KNK = KDNK + PFbLN
  KNK- KDNK = PFbLN

Apabila PFbLN bernilai positif (+), maksudnya KNK > KDNK
Apabila PFbLN bernilai negatif (-), maksudnya KNK < KDNK
Apabila PFbLN bernilai sifar, maksudnya KNK = KDNK

2. KNK hp = KNK kf + CTL - B
  KNK kf = KNK hp - CTL +B

Apabila CTL > B, maksudnya KNK hp > KNK kf
Apabila CTL < B, maksudnya KNK hp < KNK kf
Apabila CTL = B, maksudnya KNK hp = KNK kf

Petunjuk (Short Form) :
CTL = cukai tak langsung
B = subsidi

3. KNB (keluaran negara bersih) = KNK - susut nilai barang modal

4. IHP semasa = KNK nominal ÷ KNK benar × 100

5. KNK nominal (harga pada tahun semasa @ harga pasaran) <------ditentukan oleh soalan
= KNK benar tahun semasa × ( IHP tahun semasa÷IHP tahun asas)

6. KNK benar (harga pada tahun asas @ harga tetap)
= KNK nominal tahun semasa × ( IHP tahun asas÷IHP tahun semasa)


*Peringatan : IHP tahun asas biasanya adalah 100.

Apabila IHP tahun semasa > 100, maksudnya KNK benar > KNK nominal
Apabila IHP tahun semasa < 100, maksudnya KNK benar < KNK nominal
Apabila IHP tahun semasa = 100, maksudnya KNK benar = KNK nominal

7. KNK/ KDNK benar per kapita = KNK benar ÷ Jumlah penduduk

8. KDNK hp =
melalui kaedah perbelanjaan : C + I + G + Perubahan Stok + (X-M) atau
melalui kaedah keluaran    : sektor utama + sektor kedua + sektor ketiga + cukai import

9. KNB kf (pendapatan negara) =
Upah + Bunga bersih + Sewa + Pendapatan Perusahaan Persendirian + (Untung Syarikat@Untung Kasar)

10. Kadar sumbangan sektor ekonomi = Nilai keluaran sektor ekonomi ÷ KDNK × 100 


BAB 3 KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA & DASAR FISKAL


1. Pendekatan AE- Y

2 sektor : Y = C+I
3 sektor : Y = C+I+G
4 sektor : Y = C+I+G+(X-M)

2. Pendekatan Suntikan-Bocoran

2 sektor : S = I
3 sektor : S+T = I+G
4 sektor : S+T+M = I+G+X

3. Fungsi penggunaan : C = a +bYd

4. Fungsi tabungan : S = -a+(1-b)Yd

5. MPC = Perubahan C ÷ Perubahan Yd

6. MPS = Perubahan S ÷ Perubahan Yd

Petunjuk (Short Form) :
a = penggunaan autonomi (tetap)
b= kecenderungan mengguna sut (MPC)
Yd = pendapatan boleh guna
MPC+MPS = 1

Apabila MPC menurun, C menurun
Apabila Yd menurun, C menurun
Apabila kadar bunga menurun, C menurun

7. Yd = C+S
   Yd = Y-T

8. Kesan cukai sekaligus (T) terhadap fungsi C dan fungsi S :
T menurun, Yd menurun, akibatnya C berkurang

9. Fungsi penggunaan selepas cukai = Perubahan C = MPC x Perubahan T

10. Fungsi tabungan selepas cukai = Perubahan S = MPS x Perubahan T

11. Pengganda (M)  [ 3 cara utk dapat ]
Cara 1 : Perubahan Y  ÷ Perubahan AE
Cara 2 : 1  ÷ ( 1 - MPC)
Cara 3 : 1  ÷ MPS

Apabila MPC meningkat, M meningkat
Apabila MPS meningkat, M menurun

Perubahan Y = M x Perubahan AE
12. Jurang KNK = Pendapatan negara potensi - Pendapatan negara sebenar (Yf - Ye)

13. Lompang deflasi = Jurang KNK  ÷ Pengganda  
(lompang ini utk mengatasi masalah pengangguran kitaran)


14. Lompang inflasi = (Ye - Yf)  ÷ Pengganda
(lompang ini utk mengatasi masalah inflasi tarikan permintaan)

BAB 4 : WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN


1. Indeks nilai wang = (Indeks harga tahun asas ÷ Indeks harga tahun semasa) x 100

2. Jumlah penawaran wang / simpanan semasa
= (1 ÷ Nisbah rizab) x Deposit semasa asal
Atau
= deposit semasa ÷ pengganda wang


3. Bekalan wang M1 = Wang dalam edaran + Deposit semasa

4. Bekalan wang M2 = M1 + Simpanan tetap + Simpanan tabungan

5. Hala pusingan wang = KNK nominal ÷ M1

6. Rizab wajib = Deposit semasa - Pinjaman

7. Deposit baru = ( 1 ÷ NR ) x deposit awal

8. Jumlah pinjaman
= ( 1 ÷ NR ) x pinjaman
Atau
= deposit semasa - rizab

9. Jumlah rizab = ( 1 ÷ NR ) x rizab awal

10. Teori kuantiti wang (persamaan pertukaran fisher) : MV = PT

* V= (Y÷M)

11. Pengganda wang = 1÷ Kadar nisbah rizab tunai

12. Perubahan nilai wang (%) = (Indeks nilai wang - 100) ÷  100 x 100

13. Nisbah rizab tunai = Rizab ÷ Deposit semasa x 100

14. Jumlah deposit semasa = Deposit semasa asal x pengganda wang

15. Jumlah rizab = Rizab asal x pengganda wang

16. Jumlah kredit pinjaman dicipta = Pinjaman asal x pengganda wang

17. Tambahan bekalan wang = Jumlah deposit semasa - Deposit wang tunai


BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

1. Kadar syarat perdagangan
= Indeks harga eksport ÷ Indeks harga import x 100
atau
= Nilai eksport ÷ Nilai import x 100

2. Imbangan dagangan = Barang pertanian + Barang perkilangan

3. Imbangan perkhidmatan = Pengangkutan + Perjalanan + Urusniaga kerajaan

4. Imbangan pendapatan = Untung + Dividen + Bunga

5. Imbangan pindahan = Pindahan rasmi + Pindahan swasta

6. Imbangan akaun semasa = Imbangan dagangan + Imbanga Perkhidmatan+ Imbanga Pendapatan+ Imbanga pindahan

7. Imbangan akaun modal = Pindahan modal + aset bukan kewangan bukan pengeluaran

8. Imbangan akaun kewangan = Pelaburan langsung + Pelaburan portfolio + Derivatif kewangan + pelaburan

9. Imbangan keseluruhan = Imbangan akaun semasa + Imbangan akaun modal + Imbangan akaun kewangan + Kesilapan dan ketinggalan