2018年12月26日星期三

Koleksi Set Soalan Komsas Tingkatan 4&5 SPM Bahasa Melayu

Soalan 2(b)

1. Munsyi

SET 1

#(a) Kesan penjajahan kuasa….. (jawapan cari dlm petikan) sendiri buat, utk ingat.
- Bangsa Melayu merempat.
- Bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga.
- Maruah bangsa Melayu dicabul.

#(b) langkah memartabatkan tulisan Jawi di Malaysia :
-Tulisan Jawi diajar di semua sekolah.
- Papan tanda menggunakan tulisan Jawi.
- Memperbanyak bahan bacaan dalam tulisan Jawi.
- Pertandingan bahasa dalam tulisan Jawi.
- Pameran pertandingan Jawi di semua peringkat.

#(c) Nilai :
* dlm petikan :
-Nilai keberanian.
Contohnya, harapan bonda agar Mei berani memperjuangkan nilai dan kedaulatan bangsa.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Nilai kegigihan.
Contohnya, Mei gigih mencari sebuah rumah kayu berukir indah di perkampungan.
Kemudian, tradisi di pinggir kota sehingga berjaya mengesannya.

SET 2

#(a) Harapan bonda terhadap Mel… (jawapan cari dlm petikan)
- Moga-moga Mel menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan kepentingan bangsa Mel sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.

#(b) Perbezaan antara ketamadunan generasi sekarang dengan generasi dahulu :
- Dari segi bahasa, penggunaan bahasa yang betul tidak dititiberatkan.
- Generasi dahulu rela berkorban apa sahaja demi negara.
- Sentiasa memikirkan pembaharuan seperti teknologi.
- Pemikiran lebih rasional dan kreatif.

#(c) Latar masyarakat :
Masyarakat yang mengkaji sejarah.
Contohnya, bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau.
-Masyarakat yang prihatin.
Contohnya, bonda ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya.
Semangat cinta akan bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material ini.



2. Berkhidmat untuk Negara

SET 1

#(a) obj PLKN diperkenalkan. (jawapan cari dlm petikan)

- menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
- memupuk semangat perpaduan antara kaum.
- membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan remaja.

#(b) Cara untuk memupuk perpaduan kaum dalam masyarakat di negara kita (selain aktiviti PLKN) :
- mengadakan aktiviti gotong-royong.
- mengadakan majlis rumah terbuka.
- mengadakan aktiviti hari keluarga.
- menubuhkan pasukan rukun tetangga.

#(c) Persoalan :
* dlm petikan :
-Persoalan kegigihan menuntut ilmu.
Contohnya, Sandarani mendapatkan pelbagai… (jawapan wujud kesalahan) sila huraikan sendiri.
* dlm drama : (keseluruhan)
-Persoalan cinta akan negara.
Contohnya, Aiman akan menyertai PLKN dan akan membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya kerana mempunyai semangat cinta akan negara.


3. Kaduk, Ayam dan Raja

SET 1

#(a) tawaran yg diperolehi jika Pak Kaduk menang dlm persabungan (jawapan cari dlm petikan)

- berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan.
- termasuklah mengekalkan hak milik tanahnya.

#(b) Wajarkah Azzam bertindak sedemikian ketika berhujah di mahkamah? :
- wajar.
- kerana Azzam merupakan seorang peguam yang bertanggungjawab untuk membela anak guamnya.
- kerana Azaam merupakan kawan baik Hakim.
- kerana Azzam ingin mempertahankan hak orang yang telah ditindas dan tidak bersalah.

#(c) Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah :
- berfikiran matang untuk membezakan perkara yang betul dan salah, serta mampu menyelesaikan masalah dalam apa jua keadaan.
- mengikuti perkembangan semasa supaya tidak ketinggalan dalam apa-apa bidang perguaman.
- taat perintah agama supaya tidak mudah terpengaruh dengan wang dan dikaburi dengan rasuah.


SET 2

#(a) bagaimana cara Hakim memanfaatkan tanah Pak Kaduk (jawapan cari dlm petikan)
- dengan menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar.
- dia bertindak memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor.
- dia turut berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.

#(b) Mengapakah Malaysia memerlukan lebih pengeluaran makanan? :
- bagi meningkatkan jumlah makanan yang terdapat di negara kita.
- bagi menampung keperluan makanan rakyat Malaysia yang semakin meningkat.
- bagi meningkatkan penghasilan produk makanan demi meningkatkan pendapatan negara.

#(c) Pengajaran :
* dlm petikan :
-Kita mestilah berusaha untuk memanfaatkan tanah yang terbiar.
Contohnya, Hakim mengambil pelbagai inisiatif sebagai usaha memajukan dan memanfaatkan tanah Pak Kaduk.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Kita mestilah bertanggungjawab membersihkan nama dan maruah ahli keluarga.
Contohnya, Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama datuknya.


4. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

SET 1

#(a) mengapakah jaket kulit itu telah  membawa kegembiraan : (jawapan cari dlm petikan)
- kerana lelaki tua berjaya menjualkannya kepada Shahmeem dan Shahmeem telah berjaya menjualkannya kepada aku.
- kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhospohorus.

#(b) Perwatakan :
* dlm petikan :
-Aku merupakan seorang yang bertolak ansur dengan orang lain.
-Buktinya, aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira.
-Aku merupakan seorang yang pemurah.
-Buktinya, aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang.
* dlm cerpen : (yg lain)
-Aku merupakan seorang yang berjimat cermat.
-Buktinya, aku merancang perbelanjaan semasa berada di Istanbul supaya tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.
-Aku merupakan seorang yang baik hati.
-Buktinya, aku memberi sedekah kepada nenek tua yang buta sebelum meneruskan perjalanan bersama rakan-rakanku.

#(c) langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kepupusan haiwan :
- dengan mengekalkan hutan simpan di negara ini agar haiwan-haiwan tidak kehilangan tempat tinggal.
- pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang supaya tiada seorang pun yang berani memburu lagi.
- pihak kerajaan haruslah mengadakan kempen sayangi haiwan supaya orang ramai dapat pendedahan tentang cara menghargai haiwan.


5. Cinta Ahmad Mutawakkil

SET 1

#(a) apakah yang berlaku selepas mereka Solat Maghrib (jawapan cari dlm petikan)
- mereka terdengar suara orang memberi salam dan bunyiny sangat rengsa.
- mereka melihat seorang lelaki di muka pintu.
- lelaki itu ialah Ahmad Mutawakkil dan kemeja putihnya berlumuran darah dan seluar kelabunya dipenuhi kotoran.
- calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya.

#(b) apakah yang perlu dilakukan oleh jemaah surau setelah melihat lelaki itu :
- jemaah surau itu perlu segera ergi ke lelaki itu dan membawanya ke dalam surau dan menenangkannya.
- setelah itu, lelaki itu perlu dirawat dan dibersihkan bajunya dan kemudian baru ditanyakan apa yang telah berlaku.

#(c) Persoalan :
* dlm petikan :
-Persoalan tentang masyarakat kampung yang bersatu padu.
Contohnya, penduduk kampung bersatu padu dengan menunaikan ibadah bersama-sama di surau.
* dlm cerpen : (keseluruhan)
-Persoalan tentang kesan kedatangan penjajah.
Contohnya, kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang.


Soalan 2(c)

1. Kepimpinan Melalui Teladan

SET 1

#(a) Koleksi soalan maksud rangkai kata :
@- ‘terlalu kepetangan’
ans : tersangat licik/bijak/cerdik.

@- ‘mati dengan pekerjaan’
ans : meningal dunia/terkorban/maut disebabkan menjunjung titah.

@- ‘jangan tiada dikasihi anakku ini’
ans : sayangilah puteraku ini.

@- ‘segera menyuruh’
ans : cepat mengarahkan.

@- ‘dukacitalah sekalian empunya harta’
ans : pemilik harta akan berasa sedih.

@- ‘ firasat’
ans : ramalan/jangkaan.

#(b)…. (semua jawapan cari dlm petikan) 

s/1 : nyatakan barang yang dicuri oleh Kertala Sari dari Daha.
- Emas dan Perak.
- Pakaian.
- Wang berpuluh juta.

s/2 : nyatakan kaedah pembahagian harta sebagaimana yang dicadangkan oleh baginda raja.
-  harta dibahagikan kepada tiga bahagian.
- dua bahagian untuk Laksamana yang telah menjumpainya.
- sebahagian kepada pemiliknya.

s/3 : apakah sembah Laksamana kepada raja tentang penjurit itu dan apakah permintaan Laksamana?
- Laksamana memberitahu raja bahawa pada malam itu penjurit akan mencuri di Istana.
- Laksamana meminta kebenaran raja untuk pergi berkawal dan menangkap penjurit tesebut.

s/4 : nyatakan reaksi-reaksi Patih Gajah Mada sebaik sahaja mendengar kata-kata Kertala Sari.
- terlalu gembira/sukacita.
- diperjamunya dengan makanan minum.
- bersuka-sukaan.
- diberikannya sepersalinan.

s/5 : nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata daripada Kertala Sari berkenaan pelantikannya sebgaai penggawa agung.
- Patih Gajah Mada menjamu Kertala Sari makanan.
- Patih Gajah Mada memberikan layanan istimewa sambil berhibur/bersuka-sukaan.
- Patih Gajah Mada memberikan persalinan pakaian.
- Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Paduka Seri Betara.

s/6 :  apakah yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada selepas Kertala Sari berjumpa dengannya?
- Baginda berasa dukacita.
- Dijamu Kertala Sari dengan makanan dan minuman.
- Diberikan Kertala Sari persalinan.

#(c) Soalan KBAT :

s/1 : langkah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak yang bermusuhan untuk mengelakkan berlaku peperangan.
- mengadakan perbincangan secara tertutup.
- mengadakan genjatan senjata.
- menggunakan orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
- membuat perjanjian damai.
- memohon maaf/bertolak ansur.

s/2 : mengapakah Kertala Sari bersedia menjunjung titah Paduka Seri Betara untuk menyerang negeri Melaka ? (3sebab)
- menuntut bela atas kematian bapanya yang dibunuh oleh Laksamana Melaka.
- membuktikan bahawa dia juga merupakan seorang hulubalang yang hebat/gagah.
- sebagai rakyat, dia perlu patuh akan perintah pemerintahnya, iaitu Patih Gajah Mada.

s/3 : mengapakah Patih Gajah Mada berasa gembira setelah mendengar kata-kata Kertala Sari?
- dendam baginda terhadap Ratu Melaka akan dapat dilunaskan.
- orang yang dicari-carinya selama ini telah ditemukan.
- hasrat baginda untuk menewaskan Melaka mungkin tercapai.

s/4 : mengapakah ibu Kertala Sari menangis apabila Kertala Sari mennayakan bapanya?
- Ibu Kertala Sari menangis kerana :
- sudah hilang tempat bergantung.
- sudah menjadi balu.
- dia amat sayang akan suaminya.

s/5 : apakah ciri-ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda raja?
- bertanggungjawab dalam membuat pengagihan harta dengan kadar segera.
- menghargai jasa seseorang dengan memberikan ganjaran kepada Laksamana sebagai tanda penghargaan.
- adil dengan bertanyakan pendapat yang hadir tentang kata-kata Laksamana tentang pembahagian harta.

s/6 : apakah dua kepentingan Laksamana dalam pemerintahan beraja?
- mengawal keselamatan raja.
- merupakan ketua angkatan laut.


2 Burung Terbang Dipipiskan Lada


#(a) Koleksi soalan maksud rangkai kata :

@- ‘usahakan jangan diberi berkarat kemakanan’.
ans : berikhtiar supaya tidak rosak.

@- ‘mengadu halnya’.
ans : membuat aduan/memberi tahu tentang dirinya/ melaporkan masalah yang melibatkan dirinya.

@- ‘kedua-duanya sama orang berasal’.
ans : Seri Nara dan Paduka Raja daripada keturunan yang baik-baik.

@- ‘sia-sialah cula dibeli oleh bapaku’.
ans : azimat yang dibayar oleh ayahandanya menjadi sesuatu yang tidak berfaedah.

#(b)…. (semua jawapan cari dlm petikan)

s/1 : Sultan Muzaffar Syah menitahkan Tun Perak menghadap baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang. Nyatakan reaksi spontan Tun Perak.
- segera menghadap baginda.
- berdiam diri ektika pertama kali ditanya.
- menjelaskan perkara sebenar.

s/2 : nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Tun Perak untuk membela dirinya.
- menyuruh Sri Amerda menjaga hal sendiri.
- beliau berjanji untuk menjaga negeri sebaik mungkin.

s/3 : jelaskan sebab-sebab Sultan Muzaffar Syah berdukacita dengan sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja.
- Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak bersepakat.
- hubungan kedua-duanya tidak baik, sering bermasam muka jika bertemu.
- bimbang negeri Melaka akan binasa jika kedua-dua pembesar itu tidak bersepakat.

s/4 : nyatakan alasan-alasan Seri Nara Diraja untuk berkahwin dengan Tun Kudu.
- Tun Kudu mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu isteri kepada Duli Yang Dipertuan.
- Tun Kudu merupakan seorang yang cantik dan jelita.
- Tun Kudu jauh lebih muda berbanding dengan Seri Nara Diraja.

#(c) Soalan KBAT :

s/1 : jelaskan pendapat anda tentang tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.
- taat setia dengan sepenuhnya.
- berusaha untuk memajukan negara.
- sentiasa mendaulatkan negara.
- menjaga keamanan negara.
- mengekalkan perpaduan antara kaum.

s/2 : bagaimanakah untuk menjadi pemimpin yang baik untuk mentadbir urus sesebuah negara?
- bersifat amanah terhadap tanggungjawab yang dipikul.
- sentiasa berfikiran terbuka mendengar pendapat orang lain.
- perlu bertolak ansur dengan rakan-rakan sejawatan.
- bersikap prihatin dengan masalah dalam negara terutama kesusahan rakyat.
- mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.

s/3 : sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja berdasarkan petikan adalah tidak wajar. Berikan alasan-alasan anda.
- Paduka Raja dan Seri Nara Diraja merupakan pembesar negeri Melaka yang utama.
- perhubungan yang tidak baik antara kedua-duanya menyebabkan rakyat berpecah belah.
- memberi kesan buruk terhadap urusan pentadbiran negeri Melaka.

s/4 : mengapakah Duli Yang Dipertuan sanggup menceraikan isterinya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja?
- untuk menyatukan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.
- sebagai anugerah kepada Seri Nara Diraja untuk menghargai jasanya.
- memastikan rakyat bersatu apabila ketua-ketua pemimpin tidak saling tidak bermusuhan.


Soalan 2(d)

1. Beberapa petua hidup

#Bentuk gurindam :
- mengandungi 18 perenggan
- dua baris dalam setiap perenggan
- rima akhir aabb

#Berikan maksud kalau mulut tajam dan kasar, boleh ditimpa bahaya besar.
- jikalau tidak pandai menjaga pertuturan pasti akan mewujudkan pergaduhan/permusuhan.

#Mengapakah seseorang itu memerlukan rakan-rakan untuk didampingi?
- tempat kita untuk mencurahkan masalah yang dihadapi.
- kita dapat bertukar-tukar fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- rakan-rakan sentiasa memberi dorongan supaya kita berjaya.
- menemani kita semaa beriadah, membeli belah dan pelbagai lagi.

#Maksud rangkap terakhir (ke-18) :
- sekiranya hendak melakukan perbuatan khianat sentiasalah ingat akan balasan Tuhan.

# Apakah kekurangan bagi orang yang tidak berilmu?
- mudah ditipu oleh orang lain.
- tidak dapat membezakan ilmu yang benar atau ilmu palsu.
- bagi ibu bapa yang tidak berilmu, mereka tidak akan dapat mendidik anak-anak dengan baik.

# jelaskan dua pengajaran yang terdapat di gurindam di atas.
- Kita mestilah banyak berfikir dalam sesuatu perkara.
Contohnya, berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan akan mendatangkan kebaikan.
- Kita mestilah banyak berbuat jasa.
Contohnya, orang yang banyak berbuat jasa, pastinya namanya akan dikenang oleh masyarakat.

2 Gurindam Dua Belas

Nota Ringkas :

tema
- bertemakan nasihat kepada murid supaya memelihara anggota diri dan memiliki budi pekerti yang mulia.
Penjagaan anggota diri boleh mengelakkan diri  daripada melakukan perbuatan yang keji dan buruk serta dikecam oleh masyarakat.

2 persoalan
- Persoalan tentang penjagaan mata.
Kita mestilah menjaga mata agar tidak timbul sebarang keinginan.
- Persoalan tentang penjagaan tangan.
Kita perlulah menjaga tangan daripada melakukan dosa-dosa yang berat mahupun yang ringan.

2 gaya bahasa
-Anafora
Apabila terpelihara mata,
Apabila terpelihara kuping.
- Inversi
Khabar yang jahat tiadalah damping.
(sepatutnya ditulis :
tiadalah damping khabar yang jahat)

4 bentuk
- bentuk terikat/tidak bebas
- gurindam ini terdiri daripada tujuh rangkap
- setiap rangkap terdiri daripada dua baris
- rima akir gurindam ialah aa

maksud rangkap ke-3
- orang yang menjaga percakapannya akan mendapat manfaat.

maksud rangkap ke-4
- Kita disarankan agar tidak mengambil sesuatu yang  bukan merupakan hak milik snediri.

2 pengajaran
- Kita mestilah menjaga mata agar tidak timbul sebarang keinginan.
- Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.

s 1.
#Apakah kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga pancainderanya?
#Mengapakah kita perlu menjaga anggota diri?
#Apakah kesan positif yang akan berlaku sekiranya anggota badan diperlihara dengan baik?
- kita tidak tersalah langkah.
- akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
- ramai orang akan bersahabat dan mendampingi kita.
- tidak berlaku pergaduhan dan permusuhan dengan orang lain.
- tidak menyakiti mahupun menyentuh perasaan orang lain.
- mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.
- untuk memelihara imej diri, keluarga, masyarakat dan negara.

s2.
#Lidah lebih tajam daripada mata pedang memang ada kebenarannya.
Jelaskan dua alasan untuk pernyataan di atas.
- percakapan yang tidak dijaga dan dikawal mudah menggores perasaan orang lain.
- punca utama berlaku pergaduhan dan permusuhan bermula dari kata-kata.

s 3.
#Apakah kesan yang timbul jika seseorang itu tidak menjaga tangannya dengan baik?
- mudah melakukan jenayah sama ada jenayah yang berat mahupun yang ringan.
- suka terlibat dalam permusuhan dan pergaduahn.
- beranggapan dia boleh melakukan apa-apa sahaja dengan adanya sepasang tangan.

s4.
#Mengapakah kita disarankan supaya memelihara tangan seperti yang disebutkan dalam gurindam di atas?
- tangan akan melakukan pelbagai perkara.
- tangan melakukan perkara baik atau buruk.

s5.
#Mengapakah seseorang perlu berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata?
- bimbang akan menggores perasaan orang lain.
- mengelakkan diri daripada berkata tentang sesuatu yang sia-sia.
- mengelakkan diri daripada membuat keputusan yang terburu-buru.

没有评论 :

发表评论