2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Jenis Kemudahan yg diberikan oleh agensi2 tsb

Jenis Kemudahan yg diberikan oleh agensi2 tsb

1. Bantuan kewangan
2. Tapak kilang
3. Khidmat nasihat dan perundingan
4. Pembangunan usahawan
5. Bantuan pemasaran


Bantuan kewangan. Bantuan ini diberi dlm bentuk wang, subsidi atau pinjaman bertujuan menyelesaikan masalah kewangan perniagaan usahawan. Contohnya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP) & Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) untuk membantu para usahawan.

Tapak kilang. Bantuan ini ditawarkan untuk membantu usahawan mendapat kemudahan ruang niaga, pejabat, tapak kilang & tapak perindustrian. Contohnya, MARA menyediakan tapak kilang dan perniagaan kepada usahawan bumiputera spt menyediakan kompleks jualan, pejabat, rumah2 kedai dan bangunan.

Khidmat nasihat dan perundingan. Kemudahan ini disediakan bagi memastikan usahawan melengkapkan diri mereka dgn ilmu pengetahuan & kemahiran dlm aspek pengurusan kpd usahawan. Contohnya, MARA menyediakan Program Perkhidmatan Pengurusan Perundingan utk memberikan pengetahuan dan nasihat kpd para usahawan dan bakal usahawan ttg cara keusahawanan dan kaedah merancang perniagaan.

Pembangunan usahawan. Pembangunan usahawan merupakan suatu yg menyediakan program pewujudan usahawan tekno dan menawarkan kursus utk mewujudkan msykt perdagangan & perindustrian bumiputera M’sia. Contohnya, MARA menyediakan bentuk-bentuk program spt Program Pembangunan Vendor, Program Mentor-Mentee, Program Pembangunan Francais, dan Konsep Inkubator dlm usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda.

Bantuan pemasaran. Bantuan ini memastikan produk2 yg dihasilkan oleh IKS dpt dipasarkan scr meluas dlm negara & peringkat antarabangsa. Contohnya, MARA menyediakan Program Pembangunan Pemasaran & Program Promosi Pemasaran dlm usaha memperkenalkan brgan keluaran bumiputera.

没有评论 :

发表评论