2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Strategi memasuki perniagaan antarabangsa

Strategi memasuki PA

1. Import
2. Eksport
3. Kontrak pengeluaran
4. Pelesenan
5. Francais
6. Usaha sama
7. Subsidiari
8. Operasi serah kunci

Import. Import melibatkan pembelian brgan dari luar negara utk dijual/digunakan dlm negara. Pengimportan ini berlaku disbbkan brgan/perkhidmatan kurang dlm pasaran atau tidak dihasilkan oleh negara tsb. Kegiatan import melibatkan pembayaran dan pengaliran wang keluar ke negara asing. Contohnya, sykt M’sia mengimport brgan tekstil dari negara China.

Eksport. Eksport melibatkan penjualan brgan yg dihasilkan dlm negara ke luar negara. Pengeksportan ini dilakukan apabila keluaran dlm negara berlebihan. Kegiatan eksport tidak memerlukan pembinaan kilang milik sendiri di luar negara utk pengeluaran brgan. (sama dgn Kontrak Pengeluaran*) Contohnya, sykt M’sia mengeksport minyak sawit ke negara India.

Kontrak pengeluaran. Kontrak pengeluaran melibatkan pemberian kontrak pekilang-pekilang luar negara utk menghasilkan keluaran ssb sykt. Kegiatan kontrak pengeluaran tidak memerlukan pembinaan kilang milik sendiri di luar negara utk pengeluaran brgan. Contohnya, Coca-Cola memberi lesen kpd sykt di M’sia utk membotol dan mengedarkan keluarannya dlm pasaran M’sia. Sykt di M’sia pula dikehendaki membayar royalti dan hrg jualan adunan bancuhan Coca-Cola kpd sykt induk di Amerika Sykt.

Pelesenan. Pelesenan melibatkan pembentukan perjanjian antara pemegang lesen dgn penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen memasuki sst pasaran melalui tanggungan risiko yg minimum. Penerima lesen perlu membayar royalti kpd pemegang lesen. Dlm konteks ini, pemegang lesen berhak thd aspek-aspek spt proses pengeluaran, cap perdagangan, paten, dan rahsia perniagaan. Syarikat yang mengamalkan konsep pelesenan ini ialah Syarikat Pepsi dan Coca-Cola.

Francais. Francais merupakan satu kaedah pemasaran brg atau perkhidmatan yg mana sebuah sykt induk (francaisor) memberi hak kpd sykt lain (francaisi) utk memasarkan keluaran francaisor. Francais melibatkan pembentukan satu perjanjian atau kontrak undang-undang yg mengikat kedua-dua pihak iaitu francaisor dan francaisi. Contoh perniagaan yang menjalankan konsep francais ialah Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut.

Usaha sama. Usaha sama merujuk kpd penggabungan dua atau lebih sykt antarabangsa yg bertujuan menjalankan perniagaan dan mencapai matlamat yg ditetapkan. Sebab utama konsep ini diwujudkan adalah untuk berkongsi modal, kos dan risiko sst projek dan menembusi pasaran dgn cepat. Contohnya, PERODUA adalah sykt usahasama M’sia dan Jepun.

Subsidiari. Subsidiari merujuk kpd ssb sykt yg dipunyai oleh sykt lain melalui pemegangan sahamnya. Sykt induk dan sykt subsidiari merupakan entiti yg berlainan. Dalam konteks ini, sykt induk mempunyai kawalan sepenuhnya thd operasi dan perjalanan sykt subsidiari tsb di luar negara. Contohnya, Petronas dan Tesco merupakan sykt besar yg dimiliki subsidari di negara2 lain.

Operasi serah kunci. Operasi serah kunci merujuk kpd aktiviti sykt yg menjalankan perniagaan pd peringkat antarabangsa dgn cara mereka bentuk, membina, dan menyiapkan pembinaan kemudahan infrastruktur atau membina kilang. Apabila projek telah siap, sykt pembinaan tsb akan menyerahkan kunci kpd sykt / kerajaan tempatan untuk mengendalikan operasinya. Contoh projek spt pembinaan lapangan terbang, lebuh raya, pelabuhan dan sebagainya.

没有评论 :

发表评论