2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Kaedah melindungi pasaran domestik (Kaedah tarif dan bukan tarif)

Kaedah melindungi pasaran domestik
(Kaedah perlindungan perdagangan -industri baharu di M’sia STPM 15)

Kaedah Tarif
-merupakan cukai yg dikenakan thd brg yg diimport dari luar negara bagi tujuan mengawal atau mengurangkan brg yg diimport.
- kesannya hrg brg import meningkat dan permintaan thd brg import dpt dikurangkan. Dgn itu,  industri baharu tempatan dilindungi.

Tarif spesifik  (tarif hasil)
-Cukai yg dikenakan berdasarkan unit brg tanpa mengambil kira nilai invois.
-Hal ini dpt meningkatkkan pendapatan kerajaan melalui cukai yg dikenakan thd brg import.
-Cthnya, bagi setiap tan beras yg dimport dikenakan RM10.

Tarif ad-valorem (tarif perlindungan)
-Cukai atau levi yg dikenakan berdasarkan nilai brg mengikut peratusan nilai invois.
-Bertujuan mengurangkan permintaan thd brg import.
-Cthnya, brg import yg berjumlah RM10000 dikenakan sebanyak 100% cukai.


Kaedah Bukan Tarif tidak memberi kesan thd hrg sst brg.

1. Kuota 
2. Subsidi eksport
3. Embargo
4. Kawalan tukaran asing 
5. Kempen membeli barangan tempatan
6. Piawai kesihatan dan keselamatan
7. Akta hak cipta
7. Polisi bekalan kerajaan
8. Dasar anti lambakan

Kuota. Kuota merupakan halangan dlm bentuk had kuantiti brgan yg boleh diimport pd suatu tempoh ttt. Kaedah ini bertujuan mengelakkan penawaran keluaran import scr berlebihan dlm negara dan seterusnya menjejaskan operasi industri tempatan. Contohnya, had atas kuantiti beras yg blh diimport dari Thailand.

Subsidi eksport. Subsidi eskport merupakan bantuan kerajaan kpd pengeluar tempatan (pengeksport) bagi mengurangkan kos pengeluaran mereka. Contohnya, bantuan kerajaan kpd pengeluar brgan pertanian.

Embargo. Embargo merupakan sekatan perdagangan yg dikenakan oleh ssb negara ke atas negara lain sama ada import/eksport thd semua jenis kategori produk. Contohnya, Malaysia melarang kemasukan brgan dari negara Israel dlm usaha mengelakkan sbrg perhubungan diplomatik dgn negara tsb.

Kawalan tukaran asing. Kawalan tukaran asing merupakan campur tangan kerajaan dlm pasaran peertukaran asing. Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing oleh pengimport tempatan. Kesannya, hrg brg import scr relatif lebih mahal berbanding dgn brg tempatan, kemasukan brg import berkurang dan industri tempatan dilindungi. Cara mengawal adalah dengan mengurangkan import dari negara tsb, menetapkan kadar pertukaran misalnya 1USD bersamaan RM3.80, dan mengehadkan jumlah wang yg blh dibawa ke luar negara.

Kempen membeli barangan tempatan. Kempen ini diadakan bagi meningkatkan tarikan dan minat pembeli domestik serta antarabangsa thd brgan yg dikeluarkan oleh Msia. Kaedah ini juga digunakan utk memberi keutamaan kpd pengeluar tempatan agar lebih berdaya saing dan dpt meningkatkan produktiviti dgn mengurangkan penggunaan bahan mentah yg diimport.  Tujuannya memberi kesedaran kpd pengguna utk memberi brgan buatan M’sia dan mengetahui bahawa kualiti brgan buatan M’sia adalah setanding dgn brgan luar negara. 

没有评论 :

发表评论