2018年12月11日星期二

Teknik Pasang Siap Karangan Bahasa Melayu SPM

Sumber dari Modul Karangan Pasang Siap (K-Pass)

Pendahuluan :

                    Sejak belakangan ini, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam pelbagai aspek terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ibarat belut diketil ekornya. Ledakan maklumat dan teknologi telah memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat kerana dapat mengetahui perkembangan isu-isu di dalam atau di luar negara. (TEMA) merupakan antara isu yang sering diuar-uarkan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita sejak akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana langkah yang seribu bermula dengan langkah yang pertama. Persoalan yang perlu kita rungkaikan ialah, apakah (ARAHAN SOALAN) ?


Isi 1 :

                   Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum retak menjadi belah, jika kita bersedia memerah otak, beringat serta berikhtiar berhempas pulas, tentu ada formula penyelesaian dan bukanlah satu sahaja kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Isu yang menjadi perbincangan di atas iaitu (ARAHAN SOALAN) akan dibugarkan dan didalami dari perspektif (ISI) . Hal ini dikatakan demikian kerana (ISI) oleh (SIAPA) dapat  (me-........) .Di samping itu, (ISI) ini juga dapat (me-.......) . Sebagai contoh, (HURAIAN) seperti (.......) . Sebaliknya, jika..... Pada hemat saya, kesan jika......... Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa (ISI) merupakan (ARAHAN SOALAN) .

Isi 2 :

                   Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Namun kita terkadang melihat dan menyesali pintu yang tertutup tersebut sehingga tidak melihat pintu lain yang terbuka. Memetik kata-kata Andelucia Longbotton, seorang ahli Sains dan Matematik bahawa terdapat pelbagai modus operandi yang efektif dan mujarab dalam (ISU) . (ISI) juga dikenal pasti sebagai salah satu (ARAHAN SOALAN) . Hal ini bermaksud, (SIAPA) mampu (me-......) . Lagipun, (ISI) ini juga mampu (me-.......)  . Sebagai tamsilan, (ISI) termasuklah ....... Sebaliknya jika...... Kesan yang tidak dapat disangkal lagi ialah ...... Huraian yang dinyatakan ini menjelaskan bahawa salah satu (ARAHAN) ialah (ISI) .....


Isi 3 :

                   Norman Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan krana semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda. Kata-kata hikmat tersebut sengaja dipetik untuk menonjolkan setiap masalah atau kemelut yang kita hadapi pasti mempunyai jalan penyelesaian yang proaktif dan ampuh. Kata-kata tersebut menjadi mukadimah perbincangan isu ini selanjutnya. Dalam konteks ini, (ARAHAN SOALAN) ialah (ISI). Fakta tersebut tidak dinafikan kerana..... oleh (SIAPA) berupaya untuk (me-.....) . Tambahan pula, ... Misalnya,... merangkumi..... Namun jika ...... Pada pandangan saya, kesan jika...... Saya optimis bahawa (ISI) merupakan (ARAHAN SOALAN).

Isi 4 :
                   Sebagai meneruskan kelangsungan idea perbincangan, isu yang sedang dibincangkan akan cuba dilihat pula dari aspek (ISI)  agar (ARAHAN SOALAN). Usaha ini sesuai dengan kata-kata mutiara seoang ahli ....  iaitu.... yang mengatakan bahawa ...... Hal ini lantaran, (SIAPA) yang (me-.....) kebiasaannya (me-.....) ... Pada masa yang sama,..... boleh ...... Biar kita mengambil satu contoh iaitu, ....... seperti...... Hal ini bertentangan pula jika...... Pada pandangan saya, kesan jika..... Menyedari hakikat ini, jadi (ISI) merupakan agar (ARAHAN SOALAN).


Isi 5 :

                   Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Jadi, (ARAHAN SOALAN) akan direalisasikan melalui (ISI) . Bertitik tolak daripada itu, (ISI) boleh (me-....) Di samping itu, ..... ini juga dapat...... Sebagai contoh, ...... Namun demikian,..... Impaknya ialah..... Justifikasinya, jelaslah bahawa (ISI) merupakan (ARAHAN SOALAN).


Kesimpulan :
                   Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa (ARAHAN SOALAN) . Tidak ada simpul yang tidak boleh diurai dan tidak ada lajak yang tidak boleh diundurkan. Oleh itu, (ISU) (wajar/tidak wajar) kerana memberi impak (positif/negatif) kepada masyarakat dan negara. Sebagai akhir kalam, saya ingin membuat konklusi bahawa semua pihak perlu menggembleng tenaga (agar/untuk)  (me-......) (ARAHAN SOALAN) persis peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Saya berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat Malaysia perlu bertungkus-lumus untuk (membendung/menggalakkan/merealisasikan) (ISU) hingga ke akar umbinya. Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang di persada antarabangsa. Deduksinya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang telah lama diimpikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. 

Informasi Tambahan  (terus klik)

#Frasa menarik yang boleh digunakan dalam karangan

#Penanda wacana menarik

#Kata2 hikmat karangan

没有评论 :

发表评论