2018年12月5日星期三

Nota Ekonomi STPM Penggal 3- Langkah mengawal perdagangan antarabangsa (Dasar kerajaan)

Langkah mengawal perdagangan antarabangsa (Dasar kerajaan)

1. Liberalisasi perdagangan
2. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
3. Galakan eksport
4. Penggantian import
5. Dasar perlindungan

1. Liberalisasi perdagangan
Liberalisasi perdagangan merujuk kepada inisiatif mengurangkan atau menghapuskan halangan atau sekatan dalam perdagangan antarabangsa. Contohnya, perlonggaran pegangan ekuiti dan penurunan tarif membolehkan kemasukan tenaga profesional dari luar negara serta menggerakkan ekonomi negara dengan lebih rancak. Dengan itu, ia dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pengurusan dan seterunsya menggalakkan lebih banyak kegiatan inovasi dan kreativiti dalam kalangan pengeluar.

2. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
AFTA merupakan perjanjian blok perdagangan yang dimeterai oleh sepuluh anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Perjanjian ini bertujuan menyokong pertumbuhan industri tempatan di semua negara ASEAN. Salah satu mekanisme AFTA ialah mengenakan tarif antara sifat hingga 5% bagi barangan yang diimport dari mana-mana negara ASEAN. Dengan itu, ia dapat meningkatkan daya saing ASEAN di pasaran dunia.

3. Galakan eksport
Galakan eksport merupakan dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing barangan eksport negara di pasaran antarabangsa. Antara usaha yang telah diambil oleh kerajaan Msia ialah mewujudkan program latihan industri, skim pembiayaan semula kredit eksport, skim jaminan eksport, skim potongan berganda bagi promosi eksport dan perkongsian maklumat serta promosi berkaitan dengan eksport yang dijalankan oleh MATRADE.

4. Penggantian import
Penggantian import merupakan satu strategi kerajaan untuk menggantikan kegiatan mengimport barangan dari luar negara dengan menggalakkan perkembangan industri gantian import di dalam negara. Contohnya, kejayaan Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dalam industri pembuatan kereta, kerajaan boleh mengurangkan kemasukan kereta import dan mengeksport kereta nasional ke pasaran global.

5. Dasar perlindungan
Dasar perlindungan merupakan dasar kerajaan untuk melindungi kepentingan industri tempatan dengan mengenakan pelbagai sekatan terhadap kemasukan barang import. Antara dasar perlindungan yang telah dijalankan oleh kerajaan Msia ialah tarif, kuota, kawalan pertukaran asing dan embargo. Sekatan ini akan mengurangkan penawaran barangan import. Ini secara tidak langsung dapat meggalakkan penawaran barangan oleh industri tempatan.

没有评论 :

发表评论