2018年12月22日星期六

Karangan SPM- Sekolah Idaman Saya

Sekolah Idaman Saya


Pendahuluan:
Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan –  sekolah ibarat rumah kedua kepada pelajar –  sebagai rumah kedua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada para penghuninya.


Isi-isi:
· Untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya, mereka memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dankomited terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan –  guru-guru perlu menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya merekaakan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti.

·  Sekolah idaman juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pelajar yang berdisiplin –  disiplin yang baik menjadi asas kepada suasana sekolah yang tenteram dan harmoni –  keadaan sekolah yang tidak terkawal kerana masalah disiplin pelajar, sudah pasti akan mengganggu proses pembelajaran.

· Sekolah idaman haruslah memiliki kemudahan fizikal yang lengkap –  membolehkan pelajar belajar dengan selesa –  para guru mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran –  contohnya, sekolah dilengkapi dengan perpustakaan, makmal komputer, dan pusat akses.

· Kebersihan merupakann aspek yang penting dalam kehidupan –  persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada setiap warga di sekolah.


Penutup:
Sekolah ibarat sebuah rumah –  kita memerluan sebuah rumah yang cantik, selesa, dan tenteram untuk didiami –  begitu juga halnya dengan peranan sekolah sebagai tempat pelajar menimba ilmu pengetahuan.


Sumber : Ying Wei Ng dari Scrib




没有评论 :

发表评论