2018年12月5日星期三

Koleksi isi-isi penting esei Pengajian Am STPM

18 Menjamin keselamatan rakyat dan negara sahaja bukanlah satu-satunya matlamat dasar luar Malaysia. Huraikan.
1. Menjamin keselamatan rakyat dan negara (Idea Wajib)
2. Mengekalkan kedaulatan negara
3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
4. Kepentingan sosialbudaya
5. Mewujudkan keamanan sejagat

19 Kerajaan telah mengkaji tawaran kepada doktor asing sebagai usaha untuk menampung kekurangan doktor pakar dalam bidang kesihatan. Huraikan faktor kekurangan pegawai kesihatan yang berpengalaman dan pakar di hospital kerajaan dan kelebihan mengambil doktor luar negara untuk berkhidmat di Malaysia.
Punca Kekurangan
1. Pelajar Malaysia minat bekerja di luar negara
2. Faktor gaji
3. Kesukaran mengikuti pengajian perubatan
Manfaat
1. Dapat menampung kekurangan doktor
2. Meningkatkan taraf kesihatan rakyat
3. Mewujudkan perkongsian pintar
4. Menarik minat rakyat Malaysia pulang berkhidmat di negara sendiri

20 Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 1990-an bekalan makanan berkhasiat dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kepada penduduk di sesebuah negara. Ulaskan.
Punca Kekurangan Bekalan Makanan Berkhasiat
1. Pencemaran
2. Peningkatan suhu dunia
3. Bencana alam
4. Kurang menggunakan teknologi
Masalah kepada penduduk
1. Menjejaskan kesihatan
2. Keracunan makanan
3. Menjejaskan tumbesaran kanak-kanak

没有评论 :

发表评论