2018年12月5日星期三

Koleksi isi-isi penting esei Pengajian Am STPM

18 Kemampuan Malaysia menganjurkan pelbagai sukan di peringkat serantau dan antarabangsa telah mengharumkan nama negara di peringkat serantau dan global. Bincangkan.

Kepentingan / Sumbangan / Manfaaf / Faedah:

1. Mengharumkan nama /  imej negara
2.  Menjana pendapatan negara
3. Menjana peluang pekerjaan
4. Meningkatkan mutu sukan negara
5.  Perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
6.  Pembangunan kemudahan infrastrktur negara
7.  Kemasukan/pemindahan sains dan teknologi  moden dari luar negara

 19  Walaupun negara berpotensi menjadi hub pendidikan global, namun kemasukan pelajar asing secara tidak terkawal mempunyai risiko terhadap pembangunan negara. Bincangkan.

A. Kenapa negara ada potensi /berpotensi
1.   Kos belajar yang kompetetif/berdaya saing  (jika murah, TR)
2.  Keamanan dan kestabilan politik
3.   Penawaran pelbagai kursus bertaraf antarabangsa dan diiktiraf
4.  Tenaga pengajar yang mencukupi dan berkualiti
 5.  Persamaan budaya dan cara hidup

B. Risiko(mesti ada konsep risiko, jika tiada TR)
6.  Boleh menjejaskan peluang belajar dalam kalangan pelajar tempatan
7.  Boleh meningkatkan kos belajar bagi pelajar tempatan
8.  Boleh meningkatkan masalah sosial/gejala sosial/kemasukan budaya luar negatif
9.  Boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara
  
20 Sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia mempunyai prinsip tersendiri dalam mengamalkan hubungan luar. Jelaskan prinsip-prinsip yang diamalkan oleh negara dalam mengadakan hubungan luar.

Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia:
1. Menghormati kedaulatan setiap negara
2. Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
3. Tidak campur tangan urusan dalaman sesuatu negara
4. Bersikap terbuka dalam mengadakan hubungan luar
5. Sebarang pertikaian diselesaikan secara perundingan
6. Dasar berkecuali
7. Dasar berbaik-baik dengan semua negara

没有评论 :

发表评论