2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Proses merealisasikan idea

Proses merealisasikan idea

1. Tahap idea
2. ‘’ menapis idea
3. ‘’ membina konsep
4. ‘’ menguji konsep
5. ‘’ membuat rancangan perniagaan
6. ‘’ membina fizikal (prototaip)
7. ‘’ mengkomersialkan

Tahap idea. Pada tahap ini, usahawan akan mengumpulkan dan menyenaraikan idea. Usahawan menjana idea melalui sumber dalaman seperti kajian untuk penambahbaikan dan sumber luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar, pembekal dan lain-lain.

Tahap menapis idea. Pada tahap ini, usahawan akan menapis, mengenalpasti dan memilih idea-idea perniagaan yang dijana. Hanya idea-idea yang bernas dan mempunyai potensi untuk berjaya sahaja akan dipilih, sementara idea-idea yang kurang praktikal akan digugurkan.

Tahap membina konsep. Pada tahap ini, usahawan akan menyaringkan dan membangunkan idea dengan cara terperinci mengikut persepktif pelanggan bagi membina konsep. Konsep yang dibina merangkumi reka bentuk, kaedah, fungsi dan sebagainya.

Tahap menguji konsep. Pada tahap ini, usahawan akan menguji penerimaan bakal pelanggan terhadap konsep produk baharu yang bertujuan untk mengetahui konsep produk yang paling menjadi tarikan kepada pengguna. Selain itu, konsep yang dibina oleh usahawan juga perlu diuji melalui perbincangan dengan pihak berkuasa atau perunding profesional.

Tahap membuat rancangan perniagaan. Pada tahap ini, usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan secara terperinci yang menggariskan perkara-perkara berkaitan perancangan pengeluaran, pemasaran, kewangan dan sumber manusia. Penyediaan rancangan perniagaan bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan produk atau syarikat, untuk mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.

Tahap membina fizikal. Pada tahap ini, usahawan membina fizikal atau prototaipnya setelah idea yang dijana melepasi semua peringkat proses merealisasikan idea di atas. Tujuan prototaip dibina adalah untuk memberikan gambaran terhadap perlakuan dan ciri-ciri sebenar produk yang hendak dihasilkan kemudiannya membuat penilaian dan maklum balas terhadap produk tersebut.

Tahap mengkomersialkan. Pada tahap ini merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk. Pada tahap ini, produk yang dihasillkan akan dijual di pasaran. Oleh itu, usahawan boleh mula mengatur strategi seperti melakukan akiviti promosi yang aktif, membuat perancangan pemasaran yang efektif, dan melaksanakan campuran pamasaran yang ideal bagi mengembangkan perniagaanya. 

没有评论 :

发表评论