2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Kaedah memula dan menjalankan perniagaan

Kaedah memula dan menjalankan perniagaan
1. Memulakan sendiri
2. Mengambil alih perniagaan sedia ada
3. Francais
4. Pakatan strategik

Memulakan sendiri. Usahwan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang diingin diceburi dengan tepat dan berkeyakinan dalam usaha memulakan sesautu perniagaan baharu. Usahawan memilih kaedah ini kerana memiliki kebebasan untuk membuat keputusan mengenai perniagaan misalnya bebas memilih lokasi strategik dan kemudahan fizikal yang diperlukan, berpeluang untuk membangunkan imej yang baik sejak awal perniagaan ditubuhkan,  membentuk kaedah pengurusan yang tersendiri, terdapat galakan dan dorongan kerajaan kerana bantuan modal dan insentif khas disediakan oleh kerajaan seperti TEKUN Nasional.

Mengambil alih perniagaan sedia ada. Kaedah ini dilakukan oleh usahawan dengan mengganti, membeli, atau mewarisi perniagaan keluarga yang telah wujud dalam pasaran. Usahawan memilih kaedah ini kerana mempunyai rekod perniagaan yang terbukti dalam membantu usahawan menjangka perbelanjaan dan keuntungan jualan, mempunyai pelanggan sedia ada, pekerja sedia ada, inventori sedia ada, hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank dan pembekal. Dengan itu, kaedah ini dapat menjimatkan kos latihan pekerja dan kos pembelian aset tetap, di samping memudahkan kredit pinjaman diperolehi dan mengatasi masalah kekurangan modal.

Francais. Francais merupakan satu kaedah pemasaran barang atau perkhidmatan yang mana sebuah syarikat induk iaitu francaisor memberi hak kepada syarikat lain iaitu francaisi untuk memasarkan keluaran francaisor. Francais terbahagi kepada lima jenis, iaitu francais berformat, francais pengilang produk, francais wakil pengedar, francais penganjur, dan francais lesen bertanda dagang/ jenama. Contoh perniagaan yang menjalankan konsep francais ialah Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut. Usahawan memilih kaedah ini kerana francaisi dapat menikmati faedah ekonomi bidangan daripada pembelian produk dan bahan mentah secara pukal oleh francaisor pada harga harga yang lebih rendah, latihan pengurusan diberikan dan pemantauan dari segi khidmat nasihat dilakukan oleh francaisor ke atas francaisi, kualiti produk yang seragam dan berisiko rendah kerana jenama atau imej perniagaan telah mantap dan dikenali ramai.

Pakatan strategik. Pakatan strategik ialah penggabungan dua atau lebih firma yang bertujuan mencapai pasaran baharu dan mencapai tahap ekonomi bidangan, berkongsi kemahiran dan teknologi, menyebarkan risiko kerugian dan mengurangkan persaingan. Pakatan strategik terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha sama. Usahawan memilih kaedah ini kerana memperoleh modal pelaburan yang besar atas sumbangan beberapa buah perniagaan , peluang untuk mencapai kejayaan adalah tinggi melalui penggabungan kemahiran dan teknologi setiap syarikat, risiko kerugian yang rendah kerana kerugian ditanggung bersama ikut perjanjian, persaingan antara syarikat perniagaan yang mengeluarkan keluaran yang sama akan dikurangkan dan pasaran dapat diperluas. 

没有评论 :

发表评论