2018年12月26日星期三

Jalan Kerja Soalan Objektif Penggal 2 Ekonomi STPM 2013 (U)

1. Pemboleh ubah yg tidak termasuk dlm aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor :
Jawapan : D. eksport  (X) terlibat dlm empat sektor sahaja.

Penerangan : Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor Y=C+I+G
                      Perbelanjaan penggunaan = C, perbelanjaan kerajaan = G, pelaburan = I


2. Keluaran negara kasar hrg pasaran lebih besar drpd keluaran negara kasar kos faktor kerana (KNKhp> KNKkf)

Jawapan : A. cukai tak langsung melebihi subsidi (CTL > B)

Penerangan :
KNKhp = KNKkf + CTL - B
KNKkf  = KNKhp - CTL + B

Jadi, apabila KNKhp > KNKkf, nilai  CTL > B.


3. Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah B. RM521096juta.

Penerangan :

Perbelanjaan penggunaan awam dan swasta (C) +
Pembentukan modal kasar awam dan swasta (I) +
Eksport barang dan perkhidmatan (X) +
Import barangan dan perkhidmatan (M) -
Perubahan stok (+)

= RM521096 juta

*Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN abaikan kerana hanya dijumlahkan apabila soalan dikehendaki untuk menghitung KNK)


4. Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFbLN) ialah B. RM215juta.

Penerangan :

KNK = 1982
KDNK = C+I+G+X-M = 1286+188+274+(25-6) = 1767

KNK - KDNK = PFbLN
1982 - 1767 = 215

5. Tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y) apabila
Perbelanjaan pelaburan (I) = 400
Perbelanjaan kerajaan (G) = 200

ialah B. RM5000juta

Pendapatan negara (Y) = Perbelanjaan penggunaan (C) + Perbelanjaan pelaburan (I) + Perbelanjaan kerajaan (G)

apabila Y=4000, C+I+G adalah sebanyak 3600+400+200 = 4200
apabila Y=5000, C+I+G adalah sebanyak 4400+400+200 = 5000
apabila Y=6000, .....= 5800
apabila Y=7000, .....= 6600
apabila Y=8000, .....= 7400


* Y = C+I+G,  5000 = 5000 , maka jawapan ialah B.


6. Fungsi tabungan (S) ialah D. S= -1200+0.4Y

apabila Y=4000, S= 400
apabila Y=6000, S=1200
apabila Y=8000, S=2000

Perubahan Y adalah 2000
Perubahan S adalah 800

S= -a + dY

-a  ialah  tabungan autonomi (tetap)
d ialah kecenderungan menabung sut (MPS)

untuk dapat -a , kita menghitung berdasarkan perubahan nilai Y & S

apabila Y=2000, S= -400
apabila Y= 0, -a = -1200 (nilai autonomi apabila Y sifar)

untuk dapat d, iaitu MPS, kita menghitung berdasarkan perubahan S bahagi perubahan Y

Formula MPS = Perubahan S / Perubahan Y


d= MPS = 800/2000
d= 0.4

Ringkasnya, -a = -1200, d=0.4
S= -a +dY
S= -1200+0.4Y


7. Dalam ekonomi tiga sektor, perbelanjaan agregat terdiri daripada
Jawapan D.  =  C, I, G

8. Fungsi penggunaan ialah C=120+0.6Yd , lompang deflasi adalah B. RM23juta.

Penerangan :

Pelaburan (I) =40
Perbelanjaan kerajaan (G) =20
Cukai (T) =5
Pendapatan negara potensi (Yf) =500

* Yd = Y-T

Ye = C+I+G
     =  120+0.6Yd + 40 + 20
    =  120+0.6(Y-5) + 40 + 20
    = 120+0.6Y-3+40+20
    = 177 +0.6Y
Y-0.6Y =177
0.4Y =177
Ye = 442.50

Lompang deflasi = Jurang KNK/ Pengganda

Jurang KNK = Yf - Ye = 500-442.5 =57.5
Pengganda = 1/ (1-MPC) = 1/(1-0.6) = 2.5

Lompang deflasi = 57.5/2.5 = 23juta


9. Faktor mengalihkan keluk permintaan agregat (keluk AD) ke kanan bermaksud faktor pertambahan permintaan agregat (AD meningkat)

Jawapan : C. Peningkatan penawaran wang (DDm akan menyebabkan AD naik)

Penerangan : Elemen AD = C, I, G, (X-M),bekalan wang

ini bermakna apabila AD naik, elemen AD pun naik.

A. Pengurangan eksport bersih (X-M menurun) = AD menurun
B. Peningkatan cukai sekali gus  = AS menurun
D. Pengurangan perbelanjaan pelaburan (I) = AD menurun


10. Menurut (AD-AS), peningkatan harga dan pendapatan negara (P&Y) disebabkan

Penerangan :
A. Penurunan kadar bunga -AD naik, P&Y naik
B. Peningkatan produktiviti buruh- AS naik
C. Pemberhentian pemberian subsidi- AS turun
D. Peningkatan cukai pendapatan individu- AD turun


11. Kelemahan wang sebagai alat penyimpan nilai ialah D. nilai wang merosot apabila harga meningkat


12. Mengikut Teori Kuantiti Wang, apabila
halaju wang (V) = 5
jumlah keluaran (PT) = 600
perubahan harga = 4 naik kpd 6

Formula : MV=PT

M- penawaran wang

MV=PT
M(5)=600
M= 600/5 = 120

120 x 4 = 480
120 x 6 = 720

Penawaran wang bertambah dari 480 kpd 720 (Jawapan C)



13. Permintaan wang utk tujuan urus niaga dan awasan ialah A. RM24juta

Keluk pertama ialah permintaan wang utk spekulasi
Keluk kedua ialah jumlah permintaan wang

Jumlah permintaan wang = Permintaan wang utk spekulasi + Permintaan wang utk tujuan urus niaga dan awasan

Pada kadar bunga 4%, jumlah permintaan wang  ialah  110juta, permintaan wang utk spekulasi ialah 86juta.

110 - 86 = 24juta.

(juga boleh guna 6% utk dpt jawapan, 72-48 =24)


Soalan 14-16 konsep sila rujuk nota masing-masing.

14. B
15. C
16. C


17. D
18. A
19. A
20. D

没有评论 :

发表评论