2018年12月5日星期三

Nota Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3- Kaedah menjana idea dan mengembangkan idea

Kaedah menjana idea dan mengembangkan idea
1. Kumpulan fokus
2. Sumbang saran
3. Pemerhatian
4. Soal selidik

Kumpulan fokus. Kaedah menjana idea melalui sumbangan maklumat oleh sekumpulan individu dalam format yang berstruktur. Kaedah ini digunakan untuk menyaring idea-idea dan konsep baharu. Ahli-ahli terdiri daripada latar belakang sosioekonomi yang berbeza dan berpelbagai. Bilangan ahli ditetapkan biasanya 8 hingga 14 orang. Dalam sesi sumbangan idea, ahli dibenarkan mengkritik kerana kaedah ini mementingkan kualiti idea. Seorang fasilitator bertindak sebagai pemandu arah supaya perbincangan secara terarah.

Sumbang saran. Kaedah menjana idea melalui cara menjana sebanyak mungkin idea-idea dan jalan penyelesaian baru. Ahli-ahli terdiri daripada ahli dalam organisasi perniagaan itu sendiri dan keahlian tidak ditetapkan. Dalam sesi sumbangan idea, ahli dilarang mengkritik idea orang lain kerana kaedah ini menggalakkkan idea bebas dan mementingkan kuantiti idea yang banyak. Tiada ketua dilantik atau fasilitator tidak mendominasikan dalam kumpulan, tetapi seorang ahli dilantik untuk mencatatkan idea-idea yang dikemukakan.

Pemerhatian. Kaedah menjana idea dengan memantau persekitaran dan menghasilkan idea baru bagi memenuhi perubahan persekitaran. Usahawan akan memerhatikan keperluan diri sendiri atau orang sekeliling bagi menjana idea yang bernas untuk membantu meningkatkan kualiti barangan. Contohnya, melalui pemerhatian terhadap golongan ibu yang bekerja didapati mereka berhadapi masalah tentang tempat jagaan anak mereka, maka usahawan boleh menyediakan pusat jagaan kanak-kanak yang berhampiran dengan kediaman mereka.

Soal selidik. Kaedah menjana idea dengan menanya atau menemu bual beberapa orang soalan dan membuat rumusan terhadap maklum balas yang diterima daripada pelanggan. Set soal selidik boleh diberi kepada pelanggan melalui pos, e-mel atau secara bersemuka. Kaedah ini memberikan gambaran yang jelas tentang k&k sebenar pelanggan terhadap produk atau keluaran syarikat. Melalui dapatan ini, idea-idea produk baharu dapat dikenal pasti dengan lebih tepat dan berkesan. Data yang diperolehi dikenali sebagai data primer.  

没有评论 :

发表评论